Sila Klik

Saturday, 14 July 2012

Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan

Salam.

Murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR akan berkampung lagi, kali ini di Dewan Suarah, Sri Aman pada 16 dan 17 Julai 2012. Mereka akan menghadiri bengkel dan ceramah menjawab soalan kertas-kertas UPSR di samping ceramah motivasi. Pada masa yang sama, ibubapa murid-murid Tahun 6 berpeluang mendengar dan mengikuti Ceramah Keibubapaan.

Seperti pada tahun-tahun yang lepas, pihak PIBG telah menjemput pemeriksa dan guru-guru cemerlang dalam bidang masing-masing untuk memberi petua dan tip cara-cara menjawab soalan-soalan kertas UPSR. Nama-nama seperi Encik Zoshi bin Salam, guru pemeriksa kertas Matematik, Cik Normala Haji Udin dan Encik Patrick Hansam masing-masing mempunyai kepakaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita juga telah menjemput Encik Mohamad Faizal untuk membantu murid-murid dalam subjek Sains.

Pada tahun ini, JK Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan membuat satu kejutan dengan menjemput mantan Pengetua SMK Simanggang dan SMK Sri Aman, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain bagi mengisi slot ceramah motivasi dan ceramah keibubapaan. Kita masih ingat lagi betapa sebaknya pelajar kedua-dua buah sekolah menengah tersebut dengan kehilangan pengetua yang mereka sayangi kerana berpindah tempat bertugas. Masyarakat Sri Aman, terutama ibubapa pun terasa kehilangan beliau. Jawatankuasa percaya dengan pengalaman dan komitmen beliau, Tuan Haji Ibrahim dapat membakar semangat murid-murid dan ibubapa bagi meneruskan survival dalam bidang pendidikan. Maka pada 16 Julai 2012, jam 2.15 petang sengaja kita bawa Tuan Haji Ibrahim bin Jemain ke Dewan Suarah untuk memberi ceramah kepada murid-murid dan ibubapa.

Kepada guru, ibubapa dan murid-murid ambillah peluang keemasan ini dengan datang beramai-ramai kita menghadiri program tersebut.

Mesti Datang! 

Imbas kembali Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang

Thursday, 12 July 2012

Tahniah! Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SK Abang Aing.




Tahniah kepada Yang Dipertua dan EXCO Persatuan Ibubapa Guru kerana telah dianugerahkan dengan "ANUGERAH PIBG CEMERLANG 2011", peringkat sekolah rendah Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman. Sesungguhnya memang banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak ahli-ahli, murid-murid dan seterusnya pihak pengurusan sekolah dalam memertabatkan SK Abang Aing. Selain daripada sokongan dari segi kewangan, PIBG, SK Abang Aing telah mengembelengkan usaha dalam merealisasikan impian warga sekolah - Menjadikan SK Abang Aing sekolah cemerlang di Sarawak.



Tuesday, 3 July 2012

PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2012





Salam. Lagi usaha untuk menjadikan keputusan UPSR 2012 satu keputusan yang luar biasa. Usaha yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang LUAR BIASA. Insyallah.
View more presentations from Wan Ismail.

Sunday, 24 June 2012


11 September 2012 (UPSR DATANG LAGI)
11 September datang lagi. Setiap tahun seluruh dunia mengingati peristiwa 4 pesawat komersil yang meranap Menara Berkembar World Trade Centre di New York dan bangunan Pentagon di Arlington, Virginia berdekatan Washington,  D.C. Kononnya angkara pengganas al-Qaeda yang yang menyerang Amerika. Berbagai spekulasi timbul akibat peristiwa yang terjadi pada 11 September 2001. PENGGANAS ATAU KONSPIRASI?

Itu 11 September 2001. Fokus entri ini ialah 11 September 2012.  Tarikh bermulanya  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Saya percaya semua sekolah telah mengatur strategi untuk menghadapi tarikh itu. Berbagai program diadakan untuk memantapkan kesediaan murid-murid Tahun 6. Ibubapa pun tidak kurangnya, selalu mengintai pusat tuisyen yang terbaik untuk anak-anak mereka. Di mana-mana saja, penganjur seminar tengah sibuk mempromosikan produk mereka dengan slogan-slogan yang “catchy”- Ke Arah 5A UPSR, Seminar Kecemerlangan UPSR 2012, Klinik UPSR 2012 dan bermacam lagi. Penerbit-perbit buku pula sejak dari penghujung tahun lepas berlumba-lumba melambakkan buku tentang UPSR di pasaran dengan berbagai tajuk yang memberi harapan tinggi kepada pemilik buku tersebut.

Murid-murid SK Abang Aing tidak terkecuali. Dimulakan dengan Majlis Akujanji yang menghimpun seramai 242 orang murid dan ibubapa masing di Dewan Suarah Sri Aman pada 1 Mac yang lepas. Bergema Dewan Suarah dengan kesungguhan semua murid Tahun 6 yang telah memperkuatkan semangat dan tekad di hadapan ibubapa dan guru.
 
 Majlis Akujanji 2012

                                                   Program Mentor-Mentee 2012
Sekali lagi Dewan Suarah bergema dengan Majlis  Perasmian Program Mentor Mentee. Seramai 42 orang mentee (murid) telah diserahkan oleh ibubapa masing-masing kepada mentor (guru). Para mentee yang berpotensi untuk mendapat keputusan cemerlang 5A dibimbing oleh mentor dalam semua subjek UPSR.

Untuk selama 3 hari Kem Motivasi dan Jati Diri telah dilangsungkan pada 14 hingga 16 Mei 2012. Murid-murid Tahun 6 telah dilatih untuk lebih berdikari dan mengenal potensi dalam diri mereka. Mereka juga diajar untuk menggunakan potensi yang ada bagi mencari kaedah terbaik mencapai kejayaan terutama dalam bidang akademik.


Kem Motivasi Dan Jati Diri 2012

Pada Jumaat lepas, 22 Jun 2012, dilancarkan pula Program Rakan Sebaya. Seramai 25 orang Tahun 6 Jaya akan membimbing dan membantu seramai 50 rakan mereka yang belum menguasai subjek-subjek tertentu. Program tersebut akan berjalan selama 2 bulan dalam 2 fasa. Mereka yang dibimbing adalah kalangan murid yang belum mencapai gred C dalam satu-satu subjek.
Sekarang warga SK Abang Aing sedang rancak mengatur persediaan untuk menyambut 10 orang mahasisiwa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan mengadakan program motivasi kepada murid-murid Tahun 6 pada 29 Jun 2012. Semua murid-murid Tahun begitu teruja menunggu kakak-kakak dan abang-abang berkunjung ke SK Abang Aing. Harapan kita agar semua perancangan berjalan lancar. Insyallah.


Majlis Penutupan Rasmi Kem Motivasi Dan Jati Diri




Thursday, 14 June 2012

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

"The qualities of a great man are vision, integrity, courage, understanding, the power of articulation, and profundity of character."
           - Dwight David Eishenhower

Tahniah kepada 6 orang warga SK Abang Aing yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk perkhidmatan sepanjang 2011. 
Puan Faizah bt Drani
Puan Fatimah bt Achau
Puan Halimah bt Juki
Puan Nur Farhana bt Abdullah
Puan Rosty bt Bujang
Puan Siti Taurah bt Mustapha

Mereka bersama 168 orang penerima yang lain, telah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Tuan Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah bin Adam yang telah berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman.

Dalam ucapan perasmian Tuan Pengarah Pendidikan Sarawak melontar ungkapan untuk renungan kepada warga pelajaran yang kira-kira bermaksud : 
"Benih yang baik kalau dilontar ke darat akan menjadi sebuah pohon yang rendang, kalau dilontar ke laut akan menjadi pulau dan kalau dilontar ke langit akan menjadi bintang Kejora."
Beliau mengingatkan warga pelajaran agar terus komited dalam usaha Menjulang Sarawak dalam bidang pelajaran. 

Insyallah seluruh warga sekolah akan meletakkan SK Abang Aing ke tempat yang sewajarnya seiring dengan "battle cry" Jabatan Pelajaran Sarawak, Menjulang Sarawak.

Tahniah.



 

Monday, 4 June 2012

Hari ini dalam sejarah

Dari arkib berita. 

Syabas murid-murid yang cemerlang UPSR (5A)
(Utusan Sarawak)

19 NOVEMBER, 2009


13 murid SK Abang Aing dapat 5A dalam UPSR

SRI AMAN, Khamis (19 Nov) - Seramai 13 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman mencatatkan keputusan 5A dalam semua matapelajaran menerusi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 yang diumumkan hari ini.
Pelajar cemerlang terbabit ialah Aliss Sandra anak Ugas, Alistair Selumbang anak Ambu, Ariessha binti Azhar, Awang Iskandar bin Awang Busrah dan Awang Muhammad Shahiran bin awang Iskandar.
Mereka yang lain pula terdiri dari Florence Munai anak Jonny, Hazwani Bazilah binti Bostami, Norcahaya binti Sulaiman, Nur Faris binti Hossin, Nurul Shafiqah binti Hamzah, Suzannie anak George Kana, Ummu Zaimah binti Ahmad dan Wan Mohamad Taufiq bin wan Ismail.
Terdahulu Guru Besar SK Abang Aing, Wan Ismail Wan Chula berkata, seramai 140 orang pelajar sekolah ini menduduki ujian peperiksaan UPSR bagi tahun 2009.
Daripada jumlah tersebut katanya seramai 13 orang murid sekolah terbabit mendapat keputusan cemerlang 5A manakala 30 orang murid pula mendapat keputusan 4A 1B.
"Ini merupakan sejarah baru bagi sekolah ini dimana seramai 13 orang murid sekolah ini mendapat keputusan cemerlang 5A berbanding sembilan orang murid yang mendapat nilai yang sama bagi ujian UPSR tahun 2008,” katanya.
Beliau berkata demikian ditemui pemberita sebaik sahaja selesai Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bertempat di sekolah berkenaan dekat sini hari ini.
Walaupun kadar peratus keputusan peperiksaan sekolah ini menurun kepada 59 peratus bagi tahun ini namun peratus keputusan untuk beberapa mata pelajaran itu ujian menurut beliau telah meningkat.
"Sasaran jumlah murid untuk mendapat keputusan 5A bagi ujian ini adalah 20 orang. Bagaimanapun pihak kita masih lagi berasa bangga kerana berjaya menghasilkan seramai 13 orang murid cemerlang pada ujian itu.
"Kita tetap bersyukur kerana keputusan ini merupakan sejarah pertama bagi SK Abang Aing untuk mendapat jumlah yang begitu besar calon murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR untuk tahun ini," katanya.
Sementara itu seramai sembilan orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman mendapat keputusan 5A bagi ujian yang sama manakala SK Saint Luke, Sri Aman dan SK Sri Aman pula masing-masing mencatatkan seramai enam dan empat orang murid yang memperoleh keputusan 5A.

UPSR 2011

(suratkhabar berbahasa Cina)




Sunday, 3 June 2012


Finally, Progam LINUS Literasi Kohort 1 (Tahun 3) telah mencapai sasaran. Baki 4% lagi, akan melepasi sasaran dalam saringan 8. Insyallah.



LINUS Literasi Kohort 1
View more presentations from Wan Chula.


Saturday, 2 June 2012

SASARAN UPSR 2012 DAN KEPUTUSAN TERKINI

SUBJEK
Penilaian 1
(MAC 2012)
Penilaian 2
(MEI 2012)
UPSR 2011
UPSR 2012
(SASARAN)
BM Pemahaman 
% Lulus
93.39%
88.89%
94.64%
97.48%
GPMP
2.05
2.47
1.79
1.71
BM Penulisan
% Lulus
77.07%
89.74%
87.50%
94.96%
GPMP
2.73
2.20
2.13
1.79
English
% Lulus
51.24%
74.36%
84.82%
89.92%
GPMP
3.25
2.83
2.69
2.35
Mathematics
% Lulus
60.33%
75.21%
95.53%
97.47%
GPMP
3.06
2.76
2.04
2.02
Science
% Lulus
74.38%
82.76%
92.00%
93.27%
GPMP
2.68
2.54
2.22
2.12
Keseluruhan
% Lulus
43.80%
65.25%
77.68%
83.19%
GPS
2.75
2.56
2.18
1.99
Cemerlang 5A
2
2
13
20