Sila Klik
Wednesday, 1 August 2012
Monday, 23 July 2012
Program LINUS Kohort 1
Alhamdudillah.
Berkat usaha gigih semua pihak; guru-guru, ibubapa dan murid-murid akhirnya semua murid Tahun 3 melepasi sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia - "semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun menjalani pendidikan rendah pada akhir 2012".
Syabas dan setinggi tahniah kepada Pn Norsihah bt Mohamad, guru Literasi Tahun 3, Pn Dayang Hamidah bt Abang Bujang, guru Numerasi Tahun 3, Pn Salmah bt Sahari, setiauasa Program LINUS dan kepada semua ahli JK Task Force, Program LINUS 2012 kerana berjaya melepasi sasaran kementerian pada Saringan 8.
Sekali lagi syabas dan tahniah.
Friday, 20 July 2012
PRESTASI TERKINI MURID-MURID TAHUN 6
Setelah dijalankan 3 kali penilaian murid-murid Tahun 6 menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka berada pada landasan yang wajar. Sekiranya momentum ini berterusan, insyallah sasaran yang telah ditetapkan boleh tercapai. Cuma mereka masih lagi memerlukan suntikan semangat melalui sesi motivasi yang dijalan setiap pagi Jumaat.
Harapan semua pihak agar, mereka tetap tabah dan tidak pudar kesungguhan mereka. Sempena dengan semangat Ramadhan Al-Mubarak, didoakan agar murid-murid Tahun 6 dikurniakan kecerdasan berfikir, diberi keupayaan mengingat dan diilhamkan kekayaan budi perkerti dan keindahan tutur kata.
Amin.
Prestasi from Wan Ismail Thursday, 19 July 2012
Wajah-wajah Ceria - 5A, UPSR
![]() |
| Dayang Nur Amira bt Awang Mohammad Tajudin |
![]() |
| Brittany Simut Merai |
![]() |
| Farah Haziqah bt Hamdan |
![]() |
| Wan Nur Ain bt Wan Ismail |
![]() |
| An'nissa Ariqah bt Jobli |
Wednesday, 18 July 2012
Tuesday, 17 July 2012
Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 - Hari Kedua
Salam.
Alhamdudillah, siang tadi baru berakhir Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012. Terima kasih kepada JK Pelaksana, guru-guru, ibubapa dan murid-murid Tahun 6 kerana menunjukkan komitmen yang tinggi. Tak lupa juga kepada para fasilitator jemputan, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain, Cik Normala Udin, Encik Mohamad Faizai bin Ismail, Encik Zoshi bin Salam dan Encik Patrick Hansam.
Burung tempua terbang di awan
Hala menuju ke sebelah barat
Sungguh tinggi budimu tuan
Akan dikenang sepanjang hayat
Program di sebelah pagi dimulakan sesi refleksi aktiviti semalam. Pemudahcara adalah guru-guru subjek Bahasa Melayu iaitu Puan Norehah bt Mustapha dan Puan Julia bt Mohd Hashim sementara untuk subjek Sains pula ialah Puan Dayang Faridah bt Mohd Nor.
Tepat jam 10.00, Encik Zoshi bin Salam, Penolong Kanan dari SK Bandar Baru Semariang merangkap Ketua Pemeriksa bagi kertas Matematik UPSR membimbing peserta program selama 3 jam. Murid-murid didedahkan kaedah yang betul menjawab kertas Matematik melalu ceramah dan bengkel.
Pada sebelah petang, Encik Patrick Hansam seorang guru dari SK Batu LIntang, juga seorang pemeriksa kertas Bahasa Inggeris UPSR memukau peserta program dengan penampilan yang bersahaja tapi mudah diikuti.
Program diakhiri dengan Majlis Penangguhan Rasmi yang serba ringkas oleh Guru Besar. Dalam ucapan beliau, Guru Besar mencabar murid-murid Tahun 6 agar menunjukkan peningkatan keputusan Penilaian III dengan mengguna dan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi selama berkampung di Dewan Suarah.
Nyata sekali Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 adalah yang Program Kecemerlangan yang terbaik pernah dianjurkan.
Syabas.
Monday, 16 July 2012
Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 - Hari Pertama
Program
Motivasi dan Ceramah Keibubapaan 2012, dimulakan dengan Bengkel Menjawab Soalan
Bahasa Melayu UPSR yang dikendalikan oleh Cikgu Normala Haji Udin. Beliau
merupakan Pemeriksa kertas UPSR selama 3 tahun. Sesi selama 3 jam kendalian
beliau yang mencakupi Kertas 011 dsn Kertas 012 amat berguna kepada calon-calon
UPSR untuk mendapat Gred A dalam kedua-dua kertas.
| Cikgu Normala Haji Udin mengendalikan sesi bengkel |
| Murid-murid tekun mengikuti ceramah dan mencatat nota. |
Pada sebelah petang pula, murid dan ibubapa masing-masing mengikuti ceramah motivasi dari Tuan Haji Ibrahim bin Jemain mantan Pengetua SMK Simanggang dan SMK Sri Aman. Menurut beliau, sebagai pemimpin kepada anak-anak ibu dan bapa berperanan sebagai :
- penentu halatuju
- memimpin perubahan
- contoh melalui teladan
- menunjukkan keyakinan
- menimbulkan keghairahan, inspirasi dan semangat
- menggalakkan komunikasi dua hala
- memberi sokongan dan bantuan dan
- menjalankan pemantauan
| Murid-murid memeluk ibubapa masing-masing di akhir ceramah keibubapaan |
Saturday, 14 July 2012
Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan
Salam.
Murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR akan berkampung lagi, kali ini di Dewan Suarah, Sri Aman pada 16 dan 17 Julai 2012. Mereka akan menghadiri bengkel dan ceramah menjawab soalan kertas-kertas UPSR di samping ceramah motivasi. Pada masa yang sama, ibubapa murid-murid Tahun 6 berpeluang mendengar dan mengikuti Ceramah Keibubapaan.
Seperti pada tahun-tahun yang lepas, pihak PIBG telah menjemput pemeriksa dan guru-guru cemerlang dalam bidang masing-masing untuk memberi petua dan tip cara-cara menjawab soalan-soalan kertas UPSR. Nama-nama seperi Encik Zoshi bin Salam, guru pemeriksa kertas Matematik, Cik Normala Haji Udin dan Encik Patrick Hansam masing-masing mempunyai kepakaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita juga telah menjemput Encik Mohamad Faizal untuk membantu murid-murid dalam subjek Sains.
Pada tahun ini, JK Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan membuat satu kejutan dengan menjemput mantan Pengetua SMK Simanggang dan SMK Sri Aman, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain bagi mengisi slot ceramah motivasi dan ceramah keibubapaan. Kita masih ingat lagi betapa sebaknya pelajar kedua-dua buah sekolah menengah tersebut dengan kehilangan pengetua yang mereka sayangi kerana berpindah tempat bertugas. Masyarakat Sri Aman, terutama ibubapa pun terasa kehilangan beliau. Jawatankuasa percaya dengan pengalaman dan komitmen beliau, Tuan Haji Ibrahim dapat membakar semangat murid-murid dan ibubapa bagi meneruskan survival dalam bidang pendidikan. Maka pada 16 Julai 2012, jam 2.15 petang sengaja kita bawa Tuan Haji Ibrahim bin Jemain ke Dewan Suarah untuk memberi ceramah kepada murid-murid dan ibubapa.
Kepada guru, ibubapa dan murid-murid ambillah peluang keemasan ini dengan datang beramai-ramai kita menghadiri program tersebut.
Mesti Datang!
| Imbas kembali Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang |
Thursday, 12 July 2012
Tahniah! Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SK Abang Aing.
Tahniah kepada Yang Dipertua dan EXCO Persatuan Ibubapa Guru kerana telah dianugerahkan dengan "ANUGERAH PIBG CEMERLANG 2011", peringkat sekolah rendah Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman. Sesungguhnya memang banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak ahli-ahli, murid-murid dan seterusnya pihak pengurusan sekolah dalam memertabatkan SK Abang Aing. Selain daripada sokongan dari segi kewangan, PIBG, SK Abang Aing telah mengembelengkan usaha dalam merealisasikan impian warga sekolah - Menjadikan SK Abang Aing sekolah cemerlang di Sarawak.
Tuesday, 3 July 2012
PROGRAM GERAK GEMPUR UPSR 2012
Salam. Lagi usaha untuk menjadikan keputusan UPSR 2012 satu keputusan yang luar biasa. Usaha yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang LUAR BIASA. Insyallah.
View more presentations from Wan Ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)














