Sila Klik

Thursday, 30 August 2012

Warna-warni Eid al-Fitr 2012 - Part 1

                                                                                                                                                                                               
Kek sumbangan Kelas Prasekolah
Kanak-kanak Prasekolah beraya sakan
Menunggu ketibaan Tuan PPD
Ketibaan Encik Bihud Apok, PPD Sri Aman
Keriangan wajah Tuan PPD




Menjamu selera
Perkongsian idea antara Guru Besar dan PPD sambil menikmati juadah raya.
"Pinkish" dan "purplish"
Group "greenish".
"Reddish"
Sembang-sembang sambil menunggu lensa kamera.

Makan-makan.


Ambil kesempatan posting dengan Tuan PPD


Tuesday, 28 August 2012

Persediaan terakhir menghadapi UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

Salam. 
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan dari 11 September hingga 13 September 2012. Tinggal 14 hari lagi untuk calon-calon UPSR mempersiapkan diri bagi menghadapi tempoh terpenting dalam mereka mengharungi alam persekolahan di peringkat rendah.

Sebagai persediaan terakhir, elok rasanya dikongsi bersama-sama 7 petua sebagai persediaan menghadapi UPSR nanti. Petua-petua berikut dikutip dari beberapa media cetak dan blog-blog.


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara petua-petua yang boleh digunakan sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Selamat berjaya.



Saturday, 18 August 2012

Eid Mubarak


Eid means recurring happiness or festivity. There are two such Eid in Islam. The first is called Eid al-Fitr (the Festival of Fast Breaking). It falls on the first day of Shawwaal, the tenth month of the Muslim year, following the month of Ramadhaan in which the Holy Qur’an was revealed and which is the month of fasting.

The second is called Eid al-Adhaa (the Festival of sacrifice). It falls on the tenth day of Zulhijjah, the final month of the Muslim year. The Islamic Eid are unique in every way. To them there can be nothing similar in any other religion or any other sociopolitical system. Besides their highly spiritual and moral characteristics, they have matchless qualities.

Each Eid is a wholesome celebration of a remarkable achievement of the individual Muslim in the service of Allah SWT. The first Eid comes after an entire month of 'absolute' fasting during the days of the month. The second Eid marks the completion of Hajj to Mecca, a course in which the Muslim handsomely demonstrates his renouncement of the mundane concerns and hearkens only to the eternal voice of Allah SWT.

Each Eid is a thanksgiving day where Muslims assemble in a brotherly and joyful atmosphere to offer their gratitude to Allah SWT for helping them to fulfill their spiritual obligations prior to the Eid. This form of thanksgiving is not confined to spiritual devotion and verbal expressions. It goes far beyond that to manifest itself in a handsome shape of social and humanitarian spirit. The Muslims who have completed the fasting of Ramadhaan express their thanks to Allah SWT by means of distributing alms among the poor and needy on the first Eid before the prayer.

From: www.islaam.org

Wednesday, 8 August 2012

PRESTASI TERKINI MURID-MURID TAHUN ENAM

Salam.
Tahniah kepada peneraju-peneraju subjek UPSR kerana telah berjaya meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6, terutama sekali kepada Penolong Kanan Akademik Encik Ramlee b Rajali, Puan Sarah Gomes, Puan Anne Langkan, Encik Nixon Idal, Puan Dayang Aisyah bt Abang Amin, Puan Rohana bt Bustami, Puan Norihah bt Mustapha, Puan Julia bt Mohd Hashim, Puan Dayang Faridah bt Abang Nor dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sesungguhnya, seluruh warga SK Abang Aing telah  menyediakan peluang seluas-luasnya kepada murid-murid Tahun 6 untuk berjaya dan membuktikan kemampuan mereka. Sama-samalah kita berdoa agar Allah meletakkan nama SK Abang Aing di tempat yang sewajarnya. Amin.


Monday, 23 July 2012

Program LINUS Kohort 1

Alhamdudillah.
Berkat usaha gigih semua pihak; guru-guru, ibubapa dan murid-murid akhirnya semua murid Tahun 3 melepasi sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia - "semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun menjalani pendidikan rendah pada akhir 2012".

Syabas dan setinggi tahniah kepada Pn Norsihah bt Mohamad, guru Literasi Tahun 3, Pn Dayang Hamidah bt Abang Bujang, guru Numerasi Tahun 3, Pn Salmah bt Sahari, setiauasa Program LINUS dan kepada semua ahli JK Task Force, Program LINUS 2012 kerana berjaya melepasi sasaran kementerian pada Saringan 8.

Sekali lagi syabas dan tahniah.

Friday, 20 July 2012

PRESTASI TERKINI MURID-MURID TAHUN 6



Setelah dijalankan 3 kali penilaian murid-murid Tahun 6 menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka berada pada landasan yang wajar. Sekiranya momentum ini berterusan, insyallah sasaran yang telah ditetapkan boleh tercapai. Cuma mereka masih lagi memerlukan suntikan semangat melalui sesi motivasi yang dijalan setiap pagi Jumaat.

Harapan semua pihak agar, mereka tetap tabah dan tidak pudar kesungguhan mereka. Sempena dengan semangat Ramadhan Al-Mubarak, didoakan agar murid-murid Tahun 6 dikurniakan kecerdasan berfikir, diberi keupayaan mengingat dan diilhamkan kekayaan budi perkerti dan keindahan tutur kata.

Amin.
Prestasi from Wan Ismail

Thursday, 19 July 2012

Wajah-wajah Ceria - 5A, UPSR

Salam..
Sehingga Penilaian 4 Pra-UPSR, seramai 6 orang murid Tahun 6 telah berjaya mencapai keputusan lulus cemerlang 5A. Mereka telah berjaya mendapat keputusan 5A sekurang-kurang 2 kali penilaian. Mereka adalah Nur Nadzirah bt Ja'afar, Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin, Brittany Simut Merai, Wan Nur Ain bt Wan Ismail dan An'nissa Ariqah bt Jobli. 

Tahun 2012, sekolah mensasarkan 20 orang murid mendapat keputusan cemerlang 5A. Masih terdapat 14 orang lagi yang berada dalam keadaan "near-miss", masih dalam keputusan 4A1B. Insyallah, selepas Penilaian 5, Pra UPSR mereka akan berada dalam keadaan selesa untuk memperolehi 5A dalam UPSR September nanti.
Nur Nadzirah bt Ja'afar

Dayang Nur Amira bt Awang Mohammad Tajudin

Brittany Simut Merai

Farah Haziqah bt Hamdan
Wan Nur Ain bt Wan Ismail

An'nissa Ariqah bt Jobli