Sila Klik

Friday, 19 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 - Bahagian 1



Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, asas-asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hand on di kalangan peserta perkhemahan. Sifat-sifat mulia seperti bertoleransi, tolong menolong, berdisiplin disemai semasa proses penyuburan emosi peserta. Di samping itu, aktiviti perkhemahan juga mendedahkan peserta terutama pelajar-pelajar kepada cabaran fizikal dan mental. Cabaran ini akan memantapkan semangat juang dalam diri mereka serta memperkukuhkan keyakinan diri.


Perkhemahan yang diadakan sebenarnya telah dirancang dengan agak teliti, secara sistematik dan bersepadu dengan harapan natijah dari perkhemahan tersebut peserta dapat mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Dengan kata lain, segenap aspek telah dikaji terutamanya soal keselamatan peserta. Bukan itu saja, aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan amalan dan kepercayaan peserta yang terlibat. Dengan erti kata lain, memenuhi kehendak syariat Islam. 


Adalah tidak wajar mentohmahkan yang Perkhemahan Unit Beruniform, tidak memberi sebarang faedah kepada pelajar-pelajar. Malah anggapan setengah pihak menganggap aktiviti ini bertentangan dengan syiar Islam adalah meleset. Kalau dihalusi, berpandukan kepada aturcara aktiviti, solat fardhu tidak diabaikan malah setiap kali selepas solat fardhu diikuti tazkirah ringkas. Lupakan saja tentang unggun api yang satu ketika dulu (mungkin 20 tahun yang lalu) menjadi isu, tidak lagi dipraktikkan sekarang.


Bicara awal ini, cuma mahu perjelaskan pandangan yang salah tentang aktiviti  Perkhemahan Unit Beruniform. Kita lihat dan nilai saja nanti. Sama-samalah memberi pandangan dan kritikan yang membina apabila ianya dilaksanakan nanti dari 21 hingga 23 Oktober nanti. Seramai 95 orang ahli-ahli dari Persatuan Bulan Sabit Merah, Persekutuan Pengakap Malaysia, Tunas kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Persatuan Silat Sekolah.

Selamat berkhemah.

Thursday, 18 October 2012

HARI BERSAMA PELANGGAN - Klinik Pergigian SK Abang Aing

18 September 2012 (KHAMIS)
Jam 3.00 petang

OBJEKTIF UMUM
Kesinambungan dari Program Pelaksanaan Aktiviti Memberus Gigi Harian Di Sekolah. Pendekatan integrasi antara pihak sekolah serta ibubapa/penjaga dalam usaha mencegah serta langkah prevelen kejadian penyakit pergigian di kalangan murid SK Abang Aing.

OBJEKTIF KHUSUS
Memperkukuhkan komitmen serta penglibatan murid-murid di SK Abang Aing dalam usaha mempertingkatkan status kesihatan mulut mereka melalui motivasi dan nasihat kepada ibubapa/penjaga agar lebih prihatin terhadap kesihatan mulut kalangan keluarga.

Peserta Ceramah Kesihatan Pergigian.

Program dimula dengan pendaftaran para peserta ceramah yang terdiri daripada ibubapa dan guru SK Abang Aing. Dianggarakan seramai lebih 150 orang telah datang sejak dari pukul 2.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, dimulakan dengan Ceramah Kesihatan Pergigian yang disampaikan oleh Dr Mohd Rizal bin Mohd Rias. Untuk menguji minda dan ingatan peserta, kuiz telah diadakan dan jawapan yang betul dari peserta akan menerima hadiah dari penganjur.

Secara bersahaja tapi menarik minat Dr Rizal menyampaikan ceramah

Aturcara yang selanjutnya ialah, kaunseling untuk para ibubapa/penjaga tentang penjagaan kesihatan gigi dan mulut anak-anak mereka. Kaunseling dikendalikan oleh semua jururawat pergigian yang hadir. Untuk guru-guru pula disediakan kemudahan Pemeriksaan Gigi Percuma oleh Dr Mohd Rizal dan Dr Lai.

Pemenang kuiz menerima hadiah dari Dr Lai

Program Hari Bersama Pelanggan, Klinik Pergigian SK Abang Aing dengan lawatan ke ruang pameran di Dewan Borgainvilla sambil menjamu selera dengan Jamauan Ringan.
Lagi pemenang kuiz

Wednesday, 17 October 2012

Sukan Tahunan 2012 - Bahagian 3

Salam.
Dalam posting yang lepas bertajuk Sukan Tahunan 2012 Bahagian 1 dan Bahagian 2, gambar-gambar yang disertakan lebih berfokus kepaga gelagat murid-murid, sama ada sebagai atlit yang bertanding atau sebagai penyokong kontingen masing-masing. Posting kali ini, saya paparkan gelagat yang jarang dilihat: aksi guru-guru dan kakitangan sekolah. Tatapilah wajah dan kelibat mereka bila berada di luar bilik darjah. Agak melucukan, itulah mereka.

Sebanarnya, tidaklah serious sangat.
Tuk baruk serious tapi masih mampu tersenyum.
Nah.... PK Kokurikulum yang dedikasi
Sempat juak tersenyum sidak pengadil 
Cewah. Kuat sikit ustaz
Semua nok bergambar ngan Juruteknik Komputer yang baru. Sik ingat ngan Mohd Khairul agikkah
Panjang betul senarai atlit?
Santai sambil menunggu acara selanjutnya.
Perlukan pakai topi. Vitamin D baik untuk kulit.

Ada barang hilangkah?

Berpantun, jangan sik berpantun.

Mee tomyam maggie.
Michael sedang "sunbathing".
Kira betul-betul. Cukupkah untuk Jamuan Akhir Tahun?
Main "zero point", teringat masa dulu-dulu.
Terbukti ustaz bukan saja teror dalam hal-hal keagamaan tapi dalam bab sukan, jangan cuba nak challenge.
Apa tunggu lagi? Budak-budak tengah tunggu 

Tuesday, 16 October 2012

Sukan Tahunan 2012 - Bahagian 2


Tahunan 2012, Sekolah Kebangsaan Abang Aing telah berlalu namun telah meninggalkan seribu kenangan manis dan pahit di kalangan murid-murid terutamanya Tahun 6. Walaupun kemenangan menjadi sasaran semua atlit tapi ada yang lebih utama dari mencapai kemenangan. Lihatlah, walaupun bersaingan di atas balapan tapi di luar balapan kemesraan masih dipelihara. 

Nah! rasalah pecutan dari Patinggi Ali.

Tanda sukan untuk keamanan dan ke akraban.

Sambil menunggu giliran untuk bertanding, silatulrahim tetap dipelihara.

Lontaran sampai di langit ke 7.

Apa macam? Lompatan sambil bersuffle.

Murid-murid Tahun 6 mengambil kesempatan mencebur diri dalam perniagaan.

Ada untung? 

Yooh! Stail apa nih?

Patinggi Ali lagi?

Muka kecewa. Tahun depan cuba lagi.

Tak faham-faham arahan. Bawa terus ke garisan penamat.

Monday, 15 October 2012

Sukan Tahunan 2012 - Bahagian 1

"Tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi, sukar untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang. Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan."
- YB Puan Hajah Simoi bt Haji Peri ADUN N.23, Lingga

Itulah intipati ucapan Yang Berhormat Hajah Simoi, semasa Majlis Penangguhan Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Abang Aing di padang KPSU pada 12 Oktober yang lalu. Pada majlis itu, Ruzaimi Johan telah dianugerahkan Olahragawan Terbaik 2012 sementara Amisha Lamat sebagai Olahragawati Terbaik 2012.

Kontingen sukan yang bertanding terdiri daripada:

Rumah Biru - Raja Muda Hashim

Rumah Kuning - Patinggi Ali

Rumah Ungu - Rosly Dhoby

Rumah Hijau - Rentap

Rumah Merah - Sharif Mashor
Kedudukan kontingen-kontingen yang bertanding setelah temasya berakhir adalah seperti berikut:


  • Johan - Rosly Dhoby
  • Naib Johan - Patinggi Ali
  • Tempat Ketiga - Sharif Mashor
  • Tempat Keempat - Rentap
  • Tempat Kelima - Raja Muda Hashim

Sunday, 14 October 2012

Friday, 12 October 2012

Majlis Penangguhan Rasmi Sukan Tahunan Sekolah - Meriah Dan Termahal

Alhamdudillah.
Majlis Penangguhan Sukan Tahunan Sekolah 2012 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Simoi bt Haji Peri dengan penuh meriah. Kemeriahan yang berlaku di Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Encik Bihud anak Apok, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan masyarakat setempat. Kira-kira 1000 orang termasuk para atlit sekolah terlibat dalam majlis yang berlangsung kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Ketibaan YB Pn Hajah Simoi diiringi oleh En James ak Itam
Para jemputan menyambut ketibaan Yang Berhormat ADUN N.23, Lingga
Dalam ucapan penangguhan rasmi, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi telah menyeru agar masyarakat membantu dan menyokong usaha Persatuan Ibubapa Guru dan pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Menurut beliau lagi, sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terancang, tidak ada sebab Sri Aman tidak dapat melahirkan jagoan sukan yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa. Di akhir ucapan, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi telah mengumumkan pemberian permohonan sebanyak RM30,000 untuk pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung dan RM3,500 untuk sekolah membiayai program di hujung tahun. Beliau juga telah sudi untuk menaja Makan Malam kepada rombongan sekolah yang akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar pada 1 dan 2 November 2012.

Terima kasih Yang Berhormat kerana menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah.
Perbincangan serious isu-isu pendidikan  antara YB, PPD dan GB 
Menyerahkan tropi olahragawati terbaik 2012.
Cenderamata untuk Yang Berhormat Puan Hajah Simoi
 Lagi gambar-gambar kemeriahan Sukan Tahunan Sekolah 2012.

Memohon restu kepada Allah SWT .

Perbarisan kontingen semasa majlis Penangguhan Rasmi

Sebahagian daripada atlit yang bertanding

Rumah Kuning sebagai Naib Juara

Posting istimewa dari petugas dan penyokong bagi Rumah Merah

Ahli sukarelawan dari JPAM memberi pertolongan cemas

Petugas-petugas  kejohanan 

Kontingen Rumah Hijau 
Kontingen Rumah Ungu diisytiharkan sebabagi Juara 2012

* gambar-gambar yang disiarkan adalah dari ihsan Abang Preudrus