Sila Klik

Thursday, 1 November 2012

Von Voyage Rombongan Lawatan Sambil Belajar

1 November 2012
Salam.
Seawal jam 6.00 pagi, rombongan Lawatan Sambil Belajar telah berhimpun di Tapak Perhimpunan Sekolah. Ditemani oleh ibubapa dan guru, mereka telah bersedia untuk memulakan lawatan ke destinasi-destinasi yang menarik di bandaraya Kuching.


Peserta rombongan telah bersedia seawal 6.00 pagi
Ibubapa menunggu keberangkatan anak-anak.
Lawatan selama 3 hari 2 malam menggunakan 3 buah bas adalah progam tahunan sekolah. Seramai 80 orang murid Tahun 6 dan 35 orang guru dan kakitangan sekolah turut serta. Rombongan diketua oleh En Ramlee Rajali, PK Akademik SK Abang Aing.

Menyimpan luggage di dalam bas.
Suasana sebelum masa keberangkatan
Sepanjang masa lawatan, rombongan akan menginap di Sinar Serapi Eco Theme Park, Matang. Tempat-tempat yang dilawat termasuk Astana Negeri dan Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari pertama, Sekolah Menengah Seni dan Dewan Undangan Negeri pada hari kedua, pada hari ketiga mereka akan berada di Kampung Budaya sambil menikmati makan tengahari di sana.
Memohon berkat dan keredaan Allah sebelum memulakan perjalanan.
Tak sabar untuk memulakan perjalanan.
Antara guru yang mengikutin lawatan.
Sinar Serapi Eco Theme Park
Selamat datang SK Abang Aing

Wednesday, 31 October 2012

Lagi rakaman Majlis Khatam Al-Quran 2012

Kumpulan pembawa bunga manggar

Perarakan peserta khatam Al-Quran

Sebahagian peserta khatam Al-Quran

Menzikirkan  Asmaul Husna

103 orang peserta majlis khatam Al-Quran


Dengan penuh perasaan mengalunkan zikir Asmaul Husna

Pentas Majlis Khatam Al-Quran, hasil kreatif  En Mohd Tahir

Ucapan alu-aluan

Peserta perempuan khatam Al-Quran

Peserta khatam memperdengar bacaan ayat suci Al-Quran

Peserta majlis khatam Al-Quran

Persembahan dari peserta Kem Bestari Solat

Cenderamata sebagai kenangan

Hadirin yang hadir.

Sijil dan cenderamata untuk peserta khatam

Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan

Pendeklamasi sajak berunsur Tuhan.

Berposting bersama peserta khatam.

Barisan JK Pengelola Majlis Khatam Al-Quran

Santai selepas majlis bersejarah.

Tuesday, 30 October 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Penangguhan Rasmi Kem Bestari Solat 2012

Majlis dimulakan seawal jam 7.15 pagi dengan kedatangan ibubapa dan para jemputan. Tepat jam 7.30 pagi tetamu khas, Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd Isselahuddin bin Kamri, Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib), Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman memasuki dewan diiringi oleh Guru Besar, wakil Pegawai Pelajaran Bahagian, Penyelia KAFA dan Tuan Iman, Masjid Besar Sri Aman.



Sejurus selepas itu, perserta khatam Al-Quran pun diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar memenuhi pentas Dewan Suarah. Zikir Asmaul Husna pun berkemundang memenuhi kesyahduan dewan yang dizikir oleh semua peserta dan hadirin yang hadir. 


Majlis Perasmian Khatam Al_Quran dan Penangguhan Rasmi Kem bestari Solat 2012 kali ini telah menempa sejarah dengan menampilkankan 3 orang juruacara menggunakan bahasa bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Seramai 103 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 telah mengambil bahagian kali ini.




Untuk memberkati majlis dan memohon keredaan Allah, bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Zulkarnai bin Zahari diikuti oleh bacaan ayat suci Al-Quran, surah Lokman ayat 23 hingga ayat 28 oleh adik Mohamad Hazid bin Razali.


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Guru Besar SK Abang Aing, Encik Wan Ismail bin Wan Chula mengalu-alukan kedatangan para jemputan dalam ucapan pembukaan beliau. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kerana kesudian jemputan memenuhi undangan JK Pengelola dan kepada pihak-pihak yang terlibat yang telah memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung.




Selepas ucapan perasmian Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd Isselahuddin bin Kamri, Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib) dari Pejabat Agama Islam Sri Aman, majlis khatam Al-Quran pun dimulakan. Majlis diketuai oleh Ustaz Shamhan bin Junny sebagai Khalifah.

Khatam Al-Quran telah dibimbing oleh Ustaz Shamhan bin Junny


Majlis diselangi dengan penampilan Kumpulan Annisa yang mempersembahkan Kalam Jama'i. Kumpulan yang terdiri daripada murid-murid perempuan Tahun 5 dan 6 telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Kalam Jama'i peringkat daerah Sri Aman.


Kumpulan Annisa mempersembahkan Kalam Jama'i.
Majlis Khatam Al-Quran tahun ini telah menobatkan Adik Zainuddin bin Hamdi sebagai Tokoh Soleh dan Adik Farah Haziqah binti Hamdan sebagai Tokoh Solehah. 
Tokoh Soleh
Tokoh Solehah

Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan



Sunday, 28 October 2012

Sibuk sesibuk sibuknya.

Alhamdudillah.
Oktober 2012 semakin hampir melabuh tirainya. Hanya berbaki beberapa hari lagi, namun bagi warga SK Abang Aing, penutup Oktober ditunggu dengan penuh debaran. Setelah beberapa aktiviti besar sepanjang Oktober sempurna dilaksanakan. Bermula dari Sukan Tahun 2012 pada 11 dan 12 Oktober, diikuti pula dengan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) pada 16 dan 17 Oktober. Pada 18 Oktober pula, Hari Bertemu Pelanggan anjuran Klinik Pergigian Sekolah dan bermula pada 21 Oktober, dianjurkan pula Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam dan pada 23 Oktober pula kanak-kanak Prasekolah melawat ke Pejabat Bomba dan Penyelamat. Program Mengenapasti Bakal Sukan pula diadakan, bertempat di Stadium Tertutup Sri Aman pada 24 Oktober. Semalam baru selesai Majlis Ibadat Korban sempena dengan Hari Raya Eid Al Adha.

Sukan Tahunan Sekolah 2012

Hari Bertemu Pelanggan Anjuran Klinik Pergigian Sekolah
Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Lawatan Kanak-kanak Prasekolah Ke Pejabat Bomba & Penyelamat
Ibadat Qurban
30 Oktober merupakan tarikh keramat bagi murid-murid SK Abang Aing yang telah khatam Al Quran. Bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman Majlis Khatam Al Quran akan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi, pada 30 Oktober 2012. seramai 103 orang murid akan memperdengarkan bacaan mereka pada maklis tersebut.

Sehari selepas itu, pada 1 November 2012 rombongan terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 dan 35 orang guru akan bertolak ke Kuching dalam siri Lawatan Sambil Belajar. Antara tempat yang bakal dilawat termasuk Komplek Dewan Undangan Negeri, Astana Negeri, Sekolah Menengah Seni Sarawak, Kampung Budaya dan berbagai tempat yang menarik.
Imbas kembali: Lawatan ke Dewan Undangan Negeri 2011
Kemuncak daripada semua aktiviti sepanjang 2012 adalah Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang yang akan diadakan pada 8 November di Dewan Suarah, Sri Aman.

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal diadakan adalah untuk mendewasa murid-murid SK Abang Aing terutamanya murid-murid Tahun 6. Bila saja mereka melangkah keluar dari pagar sekolah, mereka telah mendapat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar. Seseorang murid tidak akan ingat semua yang mereka belajar di sekolah tetapi mereka pasti ingat apa yang mereka alami dan rasai di sekolah.