Sila Klik

Friday, 1 February 2013

Februari Yang Tak Kurang Sibuknya


Salam.
Alhamdudillah, walaupun agak sibuk kerana beberapa aktiviti yang di luar jangkaan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi kerajaan namun aktiviti sekolah yang dirancang dapat disempunakan dengan jayanya. Bulan Februari, menandakan satu tempoh yang tak kurang sibuknya. Beberapa aktiviti besar sedang menunggu seperti Majlis Akujanji, Program Mentor-mentee dan Program Rakan Sebaya. Semuanya ke arah mengemilangkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.

Program Akujanji merupakan acara tahunan Tahun 6
TAKWIM 2013
FEBRUARI
TARIKH / HARI
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
01- JUMAAT
Mesyuarat JK Pengurusan Kewangan & Akaun 1/2013
PT N22

02 – SABTU
Pelancaran Takwim MSS oleh Pengarah Pelajaran
 PK Kokurikulum

03 – AHAD



04 – ISNIN
Mesyuarat JK Pengurusan PPKI  1/2013
PENYELARAS PPKI

05 – SELASA
Mesyuarat JK Waris Prasekolah
PENY PRASEKOLAH

06 – RABU
Majlis Akujanji Tahun 6
SET KEC. AKADEMIK

07 – KHAMIS
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sukan Permainan
PK KK

08 – JUMAAT



09 – SABTU



10 – AHAD



11 – ISNIN
Cuti Umum – Tahun Baru Cina


12 – SELASA
Cuti Umum - Tahun Baru Cina


13 – RABU
Program Mentor Mentee Tahun 6
SET KEC. AKADEMIK

14 – KHAMIS
Kelas Fardzu Ain (KAFA) bermula
PENYELARAS KAFA

15 – JUMAAT
Mesyuarat JK Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2013
SET LDP

16 – SABTU



17 – AHAD



18 – ISNIN
Mesy Ahli Lembaga Koperasi SK Abang Aing Bhd 2/2013
SET. KOPERASI

19 – SELASA
Program Rakan Sebaya Tahun 6
SET KEC. AKADEMIK

20 – RABU
Penilaian 1 – Tahun 6
PK AKADEMIK

21 – KHAMIS
Penilaian 1 – Tahun 6
PK AKADEMIK

22 – JUMAAT
Mesyuarat Agung Koperasi SK Abang Aing Bhd
SET KOPERASI

23 – SABTU



24 – AHAD



25 – ISNIN
Mesyuarat EXCO PIBG 1/2013
SETIAUASAH PIBG

26 – SELASA
Mesyuarat Badan Pengawas Sekolah
PK HEM

27 – RABU
Perhimpunan Hari Kokurikulum
PK KK

28 - KHAMIS
Gotong Royong II – Bilik Guru
PK HEM



Wednesday, 30 January 2013

Wordless Wednesday - The Fantastic Faces

Merasmikan Bulan Bahasa 2012
Ramah-tamah Aidil Fitri 
Majlis Perasmian Sukan Tahunan Sekolah
Perasmian Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang 2012
Santai
Sebagai motivator kepada murid-murid Tahun 6
Menyampaikan cenderamata kepada Pengetua, SMK Bako
Perasmian Hari Guru 2012
Program Motivasi UPSR bersama mahasiswa UNIMAS
Program Motivasi Tahun 6
Perhimpunan Mingguan
Temasya Sukan Sekolah 2012
Menyampaikan sumbangan daging kurban
Perayaan Maulidur Rasul 2013

Tuesday, 29 January 2013

Alias dan Siti Norbaya mendapat cermin mata percuma.


Salam.
Satu skim khusus untuk membantu murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai masalah penglihatan telah lama diwujudkan. Skim Subsidi Cermin Mata yang diwujudkan di bawah Sektor Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak telah memberi manfaat kepada ramai murid sejak ianya diwujudkan. 


Siti Norbaya Mokti menerima bantuan cermin mata dari Guru Besar.

Murid-murid yang telah dikenalpasti menghadapi masalah penglihatan setelah dirujuk kepada klinik kesihatan kerajaan akan mendapat surat pengesahan untuk di bawa ke kedai-kedai cermin mata yang mengambil bahagian di dalam Skim Subsidi Cermin Mata. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pakar mata untuk menentukan kesesuaian cermin mata. Sekiranya harga cermin mata melebehi harga maksima yang ditentukan, kos selebihnya akan ditanggung oleh murid itu sendiri. Dalam kebanyakan kes, pemilik kedai cermin mata telah bermurah hati menanggung kos tersebut.

Alias Reduan dengan penuh keyakinan memakai cermin mata.

Pada 23 Januari 2013, merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi 2 orang murid, iaitu Alias bin Raduan seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan Siti Norbaya bt Mokti, murid Tahun 6. Mereka masing-masing telah menerima sepasang cermin mata dari Skim Subsidi Cermin Mata yang telah disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan mingguan.

Friday, 25 January 2013

Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1

Salam.
Alhamdudillah, Program Transisi Tahun 1, 2013 telah berjaya dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat terutama yang mengajar Tahun 1. Program tahunan yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula dari 2 Januari hingga 23 Januari 2013. 

ANAK CEMERLANG
Sayalah permata 
Anak cemerlang 
Kebanggaan ayah dan ibu 
Saya dibesarkan dengan kasih sayang 
Hanya yang terbaik 
Untukku..... 
Menjadi harapan 
Di masa hadapan 
Sayalah anak yang cemerlang

Program yang lebih dikenali sebagai Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan dalam transisi dari pendidikan tidak formal (Prasekolah / TADIKA) ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dijalankan selama 3 minggu, bertujuan untuk membina hubungan mesra di antara murid sesama murid dan di antara murid dengan guru. Program ini juga memperkenalkan murid kepada budaya dan persekitaran sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
  • Aktiviti dinamika kumpulan
  • Pengukuhan sosialisasi
  • Pergerakan motor halus
  • Motivasi diri
  • Belajar melalui bermain
  • Belajar sambil meneroka
  • Pemupukan nilai murni dan
  • Pemupukan daya kreativiti


Setelah berlangsung selama 3 minggu, satu majlis serba ringkas telah dijalankan untuk menandakan penutupan program tersebut. Majlis  telah dilangsung pada 23 Januari 2013 di Dewan Bougainvillea dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1, guru-guru Tahun 1 dan semua Penolong Kanan. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Wan Ismail bin Wan Chula. 


Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Si cilik memimpin nyanyian lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri.

Bacaan Doa
Khusyuk mengaminkan doa.
Guru Besar memberi kata-kata motivasi.

Thursday, 24 January 2013

Warna-warni Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Salam Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan siang tadi, 24 Januari 2013, bersamaan dengan 12 Rabiu'awwal 1434 di Tapak Perhimpunan seawal jam 6.45 pagi. Sambutan kali kali melibatkan guru dan kakitangan, ibubapa dan murid-murid dari Tahun Dua hingga Tahun Enam.

Penyelaras - Ustaz Shamhan Junny menyampai taklimat sambutan
Khusyuk mendengar ceramah Maulidur Rasul.


Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Mohd Ustaz Aizat bin Che Ramli. Tema bagi Maulidur Rasul tahun ini ialah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. 
Antara EXCO Persatuan Ibubapa Guru yang hadir

Berhimpun dan berselawat sebelum memulakan perarakan


Sebelum memulakan perarakan, peserta-peserta berselawat ke Nabi Muhammad SAW untuk memohon rahmat daripada Allah ke atas baginda Rasulullah. yang diketuai oleh Ustaz Shamhan Junny. Perarakan dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi, bermula dari perkarangan sekolah melalui Masjid Besar Sri Aman dan terus ke Surau Kampung Hilir dan kembali ke sekolah melalui Dewan Suarah. Lima kontinjen telah mengambil bahagian dalam pertandingan sepanduk yang diadakan.
Kontinjen Imam Muslim.
Kontinjen Imam Bukhari

Kontinjen Imam At-Tirmizi


Perarakan turut disertai oleh wakil ibubapa



Majlis diakhiri dengan Kuiz Maulidur Rasul yang berkisar tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda. Soalan-soalan kuiz dibahagikan kepada tiga kategori masing-masing untuk murid Tahun 2 - 3, murid Tahun 4 - 5 dan murid Tahun 6. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan wakil Persatuan Ibubapa Guru.




- semua gambar sumbangan Abang Rosni dan Abang Predrus
Entri yang berkaitan:

Wednesday, 23 January 2013

Kawad Pasukan Beruniform Sekolah


Logo Karnival Sri Aman 2013


Salam.
Sempena dengan Hari Ulang Tahun Ke 43 dan genap 15 tahun penempatannya di Sri Aman, Batalion Ke 13, RAMD menganjurkan Karnival Sri Aman 2013. Karnival tersebut akan berlangsung dari 25 - 27 Januari yang bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman.

Banyak aktiviti telah diatur yang melibatkan penyertaan orang awam, badan korporat dan agensi-agensi kerajaan termasuk sekolah-sekolah di sekitar Bandar Sri Aman. Sekadar menyenaraikan beberapa aktiviti seperti Benak Big Burger Challenge, Battle of The Band, beberapa pertandingan sukan seperti Paintball, Futsal, Tarik Tali, dan beberapa acara yang berbentuk hiburan dan mencungkil bakat.  

Putera-puteri SK Abang Aing tidak ketinggalan untuk turut serta mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Pada awalnya, perancangan sekolah hendak menghantar 2 pasukan untuk Pertandingan Kawad Pasukan Beruniform Sekolah, pasukan Kadet Remaja sekolah (TKRS) dan Pergerakan Pengakap. Di saat-saat akhir kita hanya dibenarkan menghantarkan satu pasukan sahaja oleh sekolah pesaing, kononnya khuatir SK Abang Aing membolot kejuaraan walaupun pihak penganjur memberi lampu hijau. Congak kiri kanan, atas bawah, SK Abang Aing mengambil keputusan menghantar pasukan Pergerakan Pengakap Perempuan.


Pasukan "Boleh Menang" giat melakukan latihan
Dengan kegigihan dan semangat yang ada pada pasukan, para jurulatih Puan Hairyati Alon dan Encik Mohd Tahir tetap optimis, pasukan yang mewakili SK Abang Aing  tidak akan menghampakan. Sekurang-kurangnya berada pada tempat ketiga teratas. Sasaran adalah menjuarai pertandingan tersebut. Insyallah.


Pasukan yang akan mengegarkan Kompleks Sukan dengan derapan kasut dan laungan perintah perbarisan.