Sila Klik
Saturday, 9 February 2013
4 inisiatif PPPM Untuk 100 Hari Yang Pertama 2013 - Cabaran Untuk Guru
Kopi O Kaw: 4 Inisiatif PPPM Dalam 100 Hari Pertama 2013:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) Baca seterusnya di sini
Thursday, 7 February 2013
Majlis Akujanji 2013
Salam.
Saya terpanggil menulis entri kali ini, setelah melihat seribu harapan pada wajah-wajah ibubapa yang menghadirkan diri semasa Majlis Akujanji 2013. Seramai 125 orang murid Tahun 6 bersama ibu atau bapa masing-masing telah menandatangani 'surat akujanji' disaksikan oleh guru. Majlis tersebut, bertujuan untuk memastikan calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, bertanggungjawab melunaskan janji mereka memperolehi kejayaan cemerlang. Setiap murid dikehendaki membuat sasaran keputusan UPSR mengikut kemampuan mereka dengan syarat tidak ada yang mensasarkan untuk mendapat gred D dan gred E.
![]() |
| Pendaftaran ibubapa sebelum majlis dimulakan |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon restu dari Allah SWT, diikuti oleh bacaan ikrar murid yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah. Dalam ucapan perasmian oleh Guru Besar, beliau berharap pemaufakatan antara ibubapa dan sekolah dapat menyemarakan dan merealsasikan harapan dan impian murid-murid. Menurut beliau, murid-murid penuh harapan dan impian, yang kurang ialah dorongan, bimbingan dan panduan untuk mencapai harapan dan impian mereka.
![]() |
| Guru Besar merasmikan Majlis Akujanji 2013 |
Majlis Akujanji kali ini adalah yang ke 5 diadakan sejak tahun 2009. Daripada rekod keputusan UPSR tidak dapat dinafikan ianya telah memberi impak yang positif. Daripada 57.25% kelulusan pada 2009 ianya telah meningkat kepada 76.92% pada 2012. Diharapan agar satu lonjakan saujana dapat dilakukan terhadap keputusan UPSR 2013. Yang Dipertua PIBG, Encik Zaidi bin Sarkawi turut hadir menyaksikan majlis tersebut.
![]() |
| Kehadiran Yang Dipertua PIBG |
Setelah upacara menandatangani 'surat akujanji' oleh murid dan ibubapa selesai, sesi perjumpaan dan perbincangan dengan guru mata pelajaran dimulakan. Ibubapa diberi gambaran yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan anak mereka dalam setiap bidang. Di samping itu juga, ibubapa berpeluang mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
![]() |
| Ibubapa yang hadir bersama anak-anak mereka. |
![]() |
| Mungkin ibubapa tidak berpuas hati dengan sasaran anak. |
Rata-rata ibubapa yang hadir menaruh sepenuh harapan terhadap kejayaan anak-anak mereka. Mereka yakin, program pemaufakatan seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan strategik dengan sekolah di samping mengurangkan salah tanggapan antara kedua pihak: guru dan ibubapa. Teringat kata-kata mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Wira Abdul Rahman Arshad. "Kalau guru sanggup menjadi ibubapa kepada murid-murid ketika di sekolah, tidak salah ibubapa menjadi guru kepada anak-anak mereka ketika di rumah."
![]() |
| Ikrar murid-murid. |
- sumber semua foto dari Abang Rosni b Abang Moslini
Wednesday, 6 February 2013
Sekitar Kejohanan Merentas Desa peringkat Negeri - Wordless Wednesday (WW)
Salam.
Setiap hari rabu, semua bloggers membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat persepsi mereka sendiri tentang apa yang dipaparkan. Gambar yang hebat boleh menerangkan segala-galanya.
Friday, 1 February 2013
Februari Yang Tak Kurang Sibuknya
Salam.
Alhamdudillah, walaupun agak sibuk kerana beberapa aktiviti yang di luar jangkaan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi kerajaan namun aktiviti sekolah yang dirancang dapat disempunakan dengan jayanya. Bulan Februari, menandakan satu tempoh yang tak kurang sibuknya. Beberapa aktiviti besar sedang menunggu seperti Majlis Akujanji, Program Mentor-mentee dan Program Rakan Sebaya. Semuanya ke arah mengemilangkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.
![]() |
| Program Akujanji merupakan acara tahunan Tahun 6 |
TAKWIM 2013
FEBRUARI
|
|||
TARIKH
/ HARI
|
AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
CATATAN
|
01-
JUMAAT
|
Mesyuarat
JK Pengurusan Kewangan & Akaun 1/2013
|
PT
N22
|
|
02
– SABTU
|
Pelancaran Takwim MSS oleh Pengarah Pelajaran
|
PK Kokurikulum
|
|
03
– AHAD
|
|||
04
– ISNIN
|
Mesyuarat
JK Pengurusan PPKI 1/2013
|
PENYELARAS
PPKI
|
|
05
– SELASA
|
Mesyuarat JK Waris Prasekolah
|
PENY PRASEKOLAH
|
|
06
– RABU
|
Majlis Akujanji Tahun 6
|
SET KEC. AKADEMIK
|
|
07
– KHAMIS
|
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sukan Permainan
|
PK KK
|
|
08
– JUMAAT
|
|||
09
– SABTU
|
|||
10
– AHAD
|
|||
11
– ISNIN
|
Cuti
Umum – Tahun Baru Cina
|
||
12
– SELASA
|
Cuti Umum - Tahun Baru Cina
|
||
13
– RABU
|
Program
Mentor Mentee Tahun 6
|
SET KEC. AKADEMIK
|
|
14
– KHAMIS
|
Kelas Fardzu Ain (KAFA) bermula
|
PENYELARAS KAFA
|
|
15
– JUMAAT
|
Mesyuarat
JK Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2013
|
SET
LDP
|
|
16
– SABTU
|
|||
17
– AHAD
|
|||
18
– ISNIN
|
Mesy
Ahli Lembaga Koperasi SK Abang Aing Bhd 2/2013
|
SET.
KOPERASI
|
|
19
– SELASA
|
Program
Rakan Sebaya Tahun 6
|
SET KEC. AKADEMIK
|
|
20
– RABU
|
Penilaian
1 – Tahun 6
|
PK
AKADEMIK
|
|
21
– KHAMIS
|
Penilaian
1 – Tahun 6
|
PK
AKADEMIK
|
|
22
– JUMAAT
|
Mesyuarat
Agung Koperasi SK Abang Aing Bhd
|
SET
KOPERASI
|
|
23
– SABTU
|
|||
24
– AHAD
|
|||
25
– ISNIN
|
Mesyuarat
EXCO PIBG 1/2013
|
SETIAUASAH
PIBG
|
|
26
– SELASA
|
Mesyuarat
Badan Pengawas Sekolah
|
PK
HEM
|
|
27
– RABU
|
Perhimpunan
Hari Kokurikulum
|
PK
KK
|
|
28
- KHAMIS
|
Gotong
Royong II – Bilik Guru
|
PK
HEM
|
|
Wednesday, 30 January 2013
Wordless Wednesday - The Fantastic Faces
![]() |
| Merasmikan Bulan Bahasa 2012 |
![]() |
| Ramah-tamah Aidil Fitri |
![]() |
| Majlis Perasmian Sukan Tahunan Sekolah |
![]() |
| Perasmian Majlis Khatam Al-Quran |
![]() |
| Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang 2012 |
![]() |
| Santai |
![]() |
| Sebagai motivator kepada murid-murid Tahun 6 |
![]() |
| Menyampaikan cenderamata kepada Pengetua, SMK Bako |
![]() |
| Perasmian Hari Guru 2012 |
![]() |
| Program Motivasi UPSR bersama mahasiswa UNIMAS |
![]() |
| Program Motivasi Tahun 6 |
| Perhimpunan Mingguan |
![]() |
| Temasya Sukan Sekolah 2012 |
![]() |
| Menyampaikan sumbangan daging kurban |
![]() |
| Perayaan Maulidur Rasul 2013 |
Tuesday, 29 January 2013
Alias dan Siti Norbaya mendapat cermin mata percuma.
Salam.
Satu skim khusus untuk membantu murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai masalah penglihatan telah lama diwujudkan. Skim Subsidi Cermin Mata yang diwujudkan di bawah Sektor Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak telah memberi manfaat kepada ramai murid sejak ianya diwujudkan.
![]() |
| Siti Norbaya Mokti menerima bantuan cermin mata dari Guru Besar. |
Murid-murid yang telah dikenalpasti menghadapi masalah penglihatan setelah dirujuk kepada klinik kesihatan kerajaan akan mendapat surat pengesahan untuk di bawa ke kedai-kedai cermin mata yang mengambil bahagian di dalam Skim Subsidi Cermin Mata. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pakar mata untuk menentukan kesesuaian cermin mata. Sekiranya harga cermin mata melebehi harga maksima yang ditentukan, kos selebihnya akan ditanggung oleh murid itu sendiri. Dalam kebanyakan kes, pemilik kedai cermin mata telah bermurah hati menanggung kos tersebut.
![]() |
| Alias Reduan dengan penuh keyakinan memakai cermin mata. |
Pada 23 Januari 2013, merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi 2 orang murid, iaitu Alias bin Raduan seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan Siti Norbaya bt Mokti, murid Tahun 6. Mereka masing-masing telah menerima sepasang cermin mata dari Skim Subsidi Cermin Mata yang telah disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan mingguan.
Friday, 25 January 2013
Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1
Salam.
Alhamdudillah, Program Transisi Tahun 1, 2013 telah berjaya dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat terutama yang mengajar Tahun 1. Program tahunan yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula dari 2 Januari hingga 23 Januari 2013.
ANAK CEMERLANGSayalah permata
Anak cemerlang
Kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik
Untukku.....
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang
- sumber dari Modul Latihan Guru Tahun Satu
Program yang lebih dikenali sebagai Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan dalam transisi dari pendidikan tidak formal (Prasekolah / TADIKA) ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dijalankan selama 3 minggu, bertujuan untuk membina hubungan mesra di antara murid sesama murid dan di antara murid dengan guru. Program ini juga memperkenalkan murid kepada budaya dan persekitaran sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Aktiviti dinamika kumpulan
- Pengukuhan sosialisasi
- Pergerakan motor halus
- Motivasi diri
- Belajar melalui bermain
- Belajar sambil meneroka
- Pemupukan nilai murni dan
- Pemupukan daya kreativiti
Setelah berlangsung selama 3 minggu, satu majlis serba ringkas telah dijalankan untuk menandakan penutupan program tersebut. Majlis telah dilangsung pada 23 Januari 2013 di Dewan Bougainvillea dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1, guru-guru Tahun 1 dan semua Penolong Kanan. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Wan Ismail bin Wan Chula.
![]() |
| Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku |
![]() |
| Si cilik memimpin nyanyian lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri. |
![]() |
| Bacaan Doa |
![]() |
| Khusyuk mengaminkan doa. |
![]() |
| Guru Besar memberi kata-kata motivasi. |
Subscribe to:
Posts (Atom)





































