Sila Klik

Wednesday, 13 March 2013

Fasa Pelaksanaan Saringan LINUS 2013



Salam.
Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah "semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah". Maka wujudlah LINUS (Literacy and Numeracy Screening) sebagai satu mekanisme untuk menentukan samada MPKI itu dapat dicapai atau tidak.



Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan mengenalpasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi direka berdasarkan kepada 12 konstruk asas literasi dan asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan. 

Berikut adalah Fasa Pelaksanaan Saringan LINUS 2013:

AKTIVITI
SARINGAN 1
SARINGAN 2
Saringan Membaca
10 Mac – 19 April 2013
01  – 27 Sep 2013
Saringan Menulis
21 April – 30 April 2013
29 Sept – 11 Okt 2013
Memasukkan Data Saringan
06 Mei – 17 Mei 2013
16 – 25 Okt 2013
Catatan
Semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (termasuk murid Perdana) yang tidak Berkeperluan Khas.

- sumber Portal NKRA KPM

Monday, 11 March 2013

Program Mentor Mentee 2013


Salam.
Program Mentor Mentee, 2013 akan dilancarkan dengan rasminya pada 12 Mac 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Suarah Sri Aman. Program yang melibatkan 40 orang murid, 40 orang guru dan 40 orang ibu atau bapa menjurus kepada kecemerlangan akademik, di samping akhlak dan sahsiah calon-calon UPSR yang  berpotensi mendapat keputusan cemerlang 5A.


Program yang telah diadakan sejak tahun 2011 telah menunjukkan keberkesanannya dalam melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah. Melalui program ini, murid sebagai mentee akan dibimbing oleh guru sebagai mentor. Perjumpaan atau pertemuan antara mentor dan mentee akan dilakukan sekerap yang mungkin. Mentor akan berperanan sebagai motivator, 'coach' dan pembimbing kepada mentee.



Berikut adalah senarai murid-murid yang akan mengikuti Program Mentor Mentee 2013:
  1. Mohd Rizqullah bin Jamaeini
  2. Fiffy Hazwani bt Hajemi
  3. Aiezzah bt Azhar
  4. Mohd Firdaus bin Zaharin
  5. Nurazwarina Nadia bt Zulkhairin
  6. Mohd Hafiz bin Zawawie
  7. Nur Khuzaimah bt Khairol
  8. Suhana bt Hazmi
  9. Nur Afizah bt Mazalan
  10. Sharifah Nur Haziqah Atira bt Wan Asri
  11. Nurul Syazwana bt Mohd taha
  12. Wan Nur Aini bt Wan Selayatin
  13. Louisely ak Lorry
  14. Dayang Nuranisah bt Abang Khalid
  15. Nur Hidayah bt Pauzi
  16. Rafiqa Mastura bt Rafae
  17. Dayang Junnita Faiza bt Abang Ermanyady
  18. Izzat Hakimi bin Amin
  19. Afifah Syahirah bt Ismail
  20. Nur Azima bt Morshidi
  21. Rozi Fasihah bt Ramli
  22. Dayang Nur Syahirah Hazirah bt Awang Iskandar
  23. Wan Cairel bin Wan Habib
  24. Dayang Nur Farhana bt Awang Magerib
  25. Muhd Nur Izwan bin Mohd Yusuf
  26. Abang Ahmad Nazri bin Abang Ihsanallah
  27. Nur Amira Natasha bt Ja'afar
  28. Gladys Natasha Rabia ak Nixon
  29. Azrul Hafidz bin Ahmad
  30. Sharifah Arina bt Wan Abdul Razak
  31. Amisha bt Lamat
  32. Nurul Hayati bt jamain
  33. Niqkhelzie Iszam bin Nizam
  34. Dayang Nur Athirah bt Abang Abdul Rahman
  35. Mohd zahid Hidayat bin Mohd fauzi
  36. Aizat Ahada bin Mohd Hajini
  37. Abang Khairul Azizi bin Abang Hipeni
  38. Siti Afifah bt Yunus
  39. Eugene Saging Tuah
  40. Andrick Owen ak Yein


Majlis penyerahan mentee kepada mentor oleh ibu atau bapa akan dilakukan semasa Majlis Pelancaran Rasmi Program Mentor Mentee 2013.

Mengimbau Program Mentor Mentee 2013

Thursday, 28 February 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan hari ini mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bagi  tempoh 13 tahun akan datang. 

Sebelas anjakan yang digariskan adalah:
  1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
  2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
  3. Membangun rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
  4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
  5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
  6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
  7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
  8. Menambahbaik keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
  9. Bekerjasama dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
  10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
  11. Meningkat ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.

Gelombang 1 (2013-2015)
  • Peningkatan dalam kemahiran guru.
  • Kualiti pengajaran.
  • Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah.
  • Mutu kepimpinan sekolah.
Gelombang 2 (2016-2020)
  • Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baru.
  • bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang 3 (2021-2025)
  • Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebehi standard minimum. 

Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


Terbitan  entri ini mendapat  restu dari pemilik blog Kopi O Kaw

Thursday, 21 February 2013

Tahniah! SK Abang Aing juara Kejohanan Olahraga MSSR Zon Sri Aman



Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah dan tahniah untuk kesekian kali kepada Pengurus Pasukan, Ketua Kontinjen, para jurulatih, guru pengiring dan semua atlit SK Abang Aing kerana telah merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga MSSR Zon Sri Aman. Kemenangan manis tersebut telah terpahat pada 19 Februari 2013 yang lalu.

Kontinjen SK Abang Aing menjuarai Kejohanan Olahraga Zon Sri Aman.
Dalam kejohanan tersebut, kontinjen SK Abang Aing telah mengalahkan 7 buah kontinjen dari sekolah-sekolah dalam Zon Sri Aman. Dengan memperolehi 13 pingat emas, 12 perak dan 8 gangsa SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kontinjen SK Melugu yang memperolehi 10 pingkat emas, 11 perak dan 7 gangsa sebagai naib juara dan kontinjen SJK Chung Hua Simanggang mendapat tempat ketiga.
Ketua Jurulatih mengatur strategi untuk meraih kemenangan.
Bersedia untuk bertarung di balapan dan padang Komplk Sukan Sri Aman.
Dua orang atlit SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai olahragawan terbaik bagi dua kategori iaitu atlit 11 TKB (tahun ke bawah) dan 12 TKB (tahun ke bawah). Mereka adalah atlit terpantas Zon Sri Aman, Mohd Azhar Ariffin dan atlit harapan SUKMA 2020, Ruzaimy Johari. Mereka telah menerima piala masing-masing pada Majlis Penutupan Kejohanan.

Mohd Azhar Ariffin (tengah)
Ruzaimy Johari (tengah)




















Seramai 16 atlit dari SK Abang Aing telah terpilih untuk mewakili Zon Sri Aman ke Kejohanan Olahraga MSS Daerah yang akan berlangsung pada pertengahan Mac 2013. Mereka terdiri dari 9 orang atlit lelaki dan 7 atlit perempuan. Latihan Pusat akan dimulakan pada awal Mac.

Para jurulatih tumpang gembira
Piala dan pingat kemenangan.

Wednesday, 20 February 2013

Gotong Royong Perdana 2013 - Wordless Wednesday (WW)



Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan kecuali pada caption. Terpulanglah kepada pengunjung membuat tafsiran sendiri. "A picture is worth a thousand words." 

GOTONG ROYONG PERDANA 2013.

Tarikh : 14 Februari 2013

Masa : 3.00 - 5.00 petang

Lokasi : SK Abang Aing, Sri Aman.

Peserta : Guru-guru, staf pengurusan dan murid-murid.

Proses penanaman semula hiasan dalam pasu.

Tempat pembiakan aedes dibersihkan
Bunga Bougainville penyeri persekitaran sekolah
Kerja pembersihan Bilik Rawatan

Hati-hati membuat 'pembakaran terbuka', JAS sedang mengintai.
Parit dan longkang dilancarkan aliran airnya.
Ada bakat jadi 'kontraktor lanskap'.
Usaha menjadi 'sekolah dalam taman'
Bersih, ceria dan kondusif.
Tandas 4 bintang.
Bersedia untuk proses kitar semula.

Thursday, 14 February 2013

TAHNIAH! Koperasi SK Abang Aing Berhad Untung Berganda



Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan semua ahli Koperasi SK Abang Aing Berhad kerana telah mencatat keuntungan yang di luar dugaan untuk tahun kewangan 2012. Prestasi yang cemerlang kali ini, adalah ekoran daripada kejayaan koperasi menyelesaikan semua hutang yang tertunggak. 

Pada tahun kewangan 2010, Koperasi SK Abang Aing Berhad telah mula menikmati keuntungan. Kejayaan ini berterusan untuk tahun kewangan 2011, apabila koperasi mencatatkan keuntungan besar sebelum cukai berjumlah RM12,112.41. Keuntungan pada tahun tersebut, membolehkan ahli-ahli koperasi menikmati dividen atas modal syer setelah sekian lama tidak menikmatinya.

Pengerusi Koperasi SK Abang Aing Berhad mengiringi pegawai-pegawai dari SKM
Pagi tadi, berlansung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SK Abang Aing Berhad, bagi tahun kewangan 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi koperasi merangkap Guru Besar, Encik Wan Ismail bin Wan Chula, dihadiri oleh ALK dan ahli-ahli koperasi. Turut sama hadir, Encik Rizan bin Tuah dan Encik Mohd. Najib bin Ulis dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewakili Penolong Pengarah SKM, Sri Aman. Semasa membentangkan Laporan Audit Luar, bendahari koperasi Puan Noria binti Bujang telah mengumumkan keuntungan koperasi sebanyak RM20,916.30 iaitu peningkatan sebanyak 72.68%. 

Bendahari koperasi membentang laporan kewangan
Setiausaha koperasi meloprkan kegiatan sepanjang tahun kewangan 2012. 
Sepanjang mesyuarat berlangsung, ahli-ahli koperasi yang terdiri dari murid-murid dan guru sekolah telah memain peranan yang aktif dalam perbincangan terutama dalam menentukan halatuju koperasi. Majlis telah sebulat suara mengekalkan barisan ALK. Semasa meluluskan belanjawan tahunan koperasi, majlis mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menambah had maksimum pelaburan dengan peningkatan 100%  dan mengekalkan had maksimum pembiayaan. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan dari Encik Rizan bin Tuah.

Encik Rizan berucap mewakil Ketua Penolong Pengarah SKM  
- kredit kepada En Abang Firdaus kerana menyediakan foto

Wednesday, 13 February 2013

DARI ALBUM KEM MOTIVASI JATI DIRI 2012 - WORDLESS WEDNESDAY (WW)



Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan kecuali pada caption. Terpulang kepada pengunjung membuat tafsiran sendiri. "A picture is worth a thousand words."











Monday, 11 February 2013

Sifat-sifat ular perlu dicontohi untuk lebih berjaya.



Salam.
Rasanya tidaklah begitu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk rakan-rakan berbangsa Cina. Walau apa pun, seperti pada tahun-tahun yang lalu ucapan Selamat Tahun Baru telah diucapkan melalui sms, email, telefon ataupun bila terserempak di mana-mana. Kunjung mengunjung memang dah jadi amalan, cuma tak terdaya untuk rakan-rakan yang berada di kejauhan.

Berbagai harapan dan impian dijanjikan untuk Tahun Ular. Hanyalah harapan dan impian, ada ketikanya harapan dan impian tidak menjadi nyata. Dalam entri kali ini, penulis tidak berminat untuk mengulas tentang harapan dan impian yang dijanjikan untuk Tahun Ular, tidak mahu terjebak dalam amalan syirik.

Harapan penulis agar sifat-sifat ular yang positif dapat diikuti oleh 125 orang murid Tahun 6 yang akan berjuang menghadapi UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) tahun ini. Disenaraikan beberapa sifat ular yang boleh dicontohi dalam menghadapi cabaran.
  1. cepat mengambil keputusan dan bertindak pantas
  2. pemikir yang serius
  3. mudah menghadapi berbagai suasana
  4. kesabaran alamiah serta sifat penuh ketenangan
  5. penuh perhitungan dan gigih mengejar kejayaan
  6. licik dengan kepantasan
  7. kehidupan berakhir dengan kemenangan
Bertindaklah putera-puteriku, kalaulah ada sifat-sifat di atas walaupun tidak semua dapat dicontohi lalu disertakan dengan amalan doa memohon restu Allah SWT kecemerlangan adalah janjinya. Insyallah.