GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA
Sila Klik
Wednesday, 15 May 2013
Sunday, 5 May 2013
Friday, 3 May 2013
Warkah Dari Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
![]() |
| Dato Seri Najib Tun Abdul Razak |
Wan Ismail Bin Wan Chula yang dikasihi,
Yang ikhlas,
Hari ini negara tercinta
Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan
harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan.
Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia
yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah
yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara
bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Empat tahun yang lalu
merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi
global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil
kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk
pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk
meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang
pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.
Ia bukanlah perjalanan yang
mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh
tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil
keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini kami tidak bertindak
sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji
secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja
terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami
tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
Setelah melalui proses
mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah
merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk
tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya
Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang
telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan
Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan
tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan
anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta
makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi
meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
PRU kali ini perlulah
ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan
kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji
tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah,
memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
Demi anak-anak Malaysia
fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan
dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
Undi tuan-tuan dan
puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan
progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi
politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua,
dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah
payung falsafah 1Malaysia.
Yang ikhlas,

Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional
Pengerusi Barsian Nasional
Wednesday, 3 April 2013
Marilah mari..... kita mengundi
Salam.
Pengumuman pembubaran parlimen ke 12 bertetapan dengan tempoh 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri bagi mengumumkan pembubaran parlimen di Putrajaya hari ini yang disiarkan oleh Utusan Online.
"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini
Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.
Rakyat Malaysia yang dikasihi.
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.
Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional.
Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir.
Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat.
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.
Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.
Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita.
Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.
Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.
Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara.
Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.
Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.
Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.
Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.
Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya.
Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas.
Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh.
Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua.
Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi.
Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti.
Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua.
Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.
- sumber Utusan Online
Tuesday, 26 March 2013
Maklumat di Wikipedia - janggal dan tidak jelas.
![]() |
| Paparan maklumat SK Abang Aing di Wikipedia. (sila klik untuk maklumat yang lebih jelas) |
Salam.
Agak terkilan apabila melihat paparan WIKIPEDIA tentang Sekolah Kebangsaan Abang Aing. Entah siapa yang telah memasukkan entri tersebut. Pertama agak janggal dan tidak kemas, kedua satu usaha melepas batuk di tangga dan ketiga tidak tepat dengan bahasa yang bercelaru. Memang selama ini, laman Wikipedia telah menjadi tempat rujukan utama apabila berkehendakkan maklumat. Boleh dipercayai. Bukan tujuan untuk merendahkan laman web yang telah diasaskan oleh Jimmy Wales, pengasas dan Presiden Wikimedia Foundation Inc. Pokok persoalan di sini, individu yang menyumbang maklumat tersebut tidak bertanggungjawab.
Daripada screen-shot di atas cuma 3 maklumat yang tepat iaitu Kod Sekolah, maklumat nombor untuk dihubungi dan alamat pos. Yang lain agak janggal dan mengelirukan, terutama frasa " ....yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman". Agak mengecewakan, entri Sejarah dan Pencapaian dibiarkan kosong. Tiada tarikh bila entri dimasukkan tetapi daripada nota kaki dinyatakan kali terakhir ianya diubah pada 31 Mac 2011.
Alangkah moleknya, sekiranya sukarelawan yang menyediakan maklumat seperti pada screen-shot di atas melakukan sedikit penyelidikan atau mendapat sumber yang sahih, jangan hentam keromo. Jangan ambil kesempatan terhadap dasar Wikipedia yang longgar, "the free encyclopedia that anyone can edit".
Untuk pengetahuan awal, Sekolah Kebangsaan Abang Aing telah mula beroperasi pada tahun 1931. Seawal tahun 1920 ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Kerajaan yang menumpang di bangunan Mahkamah Melayu. Pada 1931, SK Abang Aing mula beroperasi di tapak yang ada sekarang dengan bangunan asalnya berbentuk "Limas Serani".Abang Aing, adalah seorang Pegawai Bumiputera Melayu yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang semasa era pentadbiran Charles Brooke. Sehingga sekarang nama itu diabadikan kerana jasa beliau kepada bangsa dan tanah air, terutama kawasan Sri Aman.
- akan bersambung
Monday, 18 March 2013
Melonjakkan Keputusan UPSR 2013
Salam.
Alhamdudillah 2 program besar telah sempurna dilancarkan. Pertama, Majlis Akujanji bersama waris calon-calon UPSR 2013 dan kedua Program Mentor Mentee. Satu lagi program yang bakal dilancarkan iaitu Bimbingan Rakan Sebaya. Semuanya menjurus kepada Kecemerlangan Keputusan UPSR 2013. Majlis Akujanji yang melibatkan 125 orang murid Tahun 6 dan waris masing-masing telah dilancar secara rasminya pada 7 Februari 2013 sementara Program Mentor Mentee telah disempurnakan pelancarannya pada 12 Mac 2013.
![]() |
| Mengimbas kembali Majlis Akujanji 2013. |
![]() |
| Murid-murid dan ibubapa semasa pelancaran Program Mentor Mentee 2013. |
Majlis Akujanji dan Program Mentor Mentee telah dijalankan setiap tahun sejak 2010. Ia diilhamkan sebaik sahaja keputusan UPSR 2009 diumumkan. Seluruh warga sekolah agar tercabar dengan keputusan pada tahun tersebut. Apa tidaknya, keputusan lulus semua kertas hanyalah setakat 57.25%, walaupun seramai 13 orang calon mendapat keputusan cemerlang 5A. Sejak dari tahun berikutnya, 2010 keputusan terus meningkat dengan agak ketara. Melihat kepada impak kedua-dua program terhadap keputusan UPSR agak posiitif, maka Majlis Akujanji dan Program Mentor Mentee telah dijadikan program tahunan.
Melihat kepada sasaran UPSR tahun ini (2013), jelas sekali ia memberi cabaran yang agak hebat kepada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Warga sekolah masih berpegang kepada kepercayaan bahawa 'setiap orang murid perlu diberi peluang untuk berjaya".
Wednesday, 13 March 2013
Fasa Pelaksanaan Saringan LINUS 2013
Salam.
Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah "semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah". Maka wujudlah LINUS (Literacy and Numeracy Screening) sebagai satu mekanisme untuk menentukan samada MPKI itu dapat dicapai atau tidak.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan mengenalpasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi direka berdasarkan kepada 12 konstruk asas literasi dan asas numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan.
Berikut adalah Fasa Pelaksanaan Saringan LINUS 2013:
AKTIVITI
|
SARINGAN 1
|
SARINGAN 2
|
Saringan
Membaca
|
10
Mac – 19 April 2013
|
01
– 27 Sep 2013
|
Saringan
Menulis
|
21
April – 30 April 2013
|
29
Sept – 11 Okt 2013
|
Memasukkan
Data Saringan
|
06
Mei – 17 Mei 2013
|
16
– 25 Okt 2013
|
Catatan
|
Semua
murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (termasuk murid Perdana) yang tidak
Berkeperluan Khas.
|
|
- sumber Portal NKRA KPM
Monday, 11 March 2013
Program Mentor Mentee 2013
Salam.
Program Mentor Mentee, 2013 akan dilancarkan dengan rasminya pada 12 Mac 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Suarah Sri Aman. Program yang melibatkan 40 orang murid, 40 orang guru dan 40 orang ibu atau bapa menjurus kepada kecemerlangan akademik, di samping akhlak dan sahsiah calon-calon UPSR yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang 5A.
Program yang telah diadakan sejak tahun 2011 telah menunjukkan keberkesanannya dalam melonjakkan kecemerlangan akademik sekolah. Melalui program ini, murid sebagai mentee akan dibimbing oleh guru sebagai mentor. Perjumpaan atau pertemuan antara mentor dan mentee akan dilakukan sekerap yang mungkin. Mentor akan berperanan sebagai motivator, 'coach' dan pembimbing kepada mentee.
Berikut adalah senarai murid-murid yang akan mengikuti Program Mentor Mentee 2013:
- Mohd Rizqullah bin Jamaeini
- Fiffy Hazwani bt Hajemi
- Aiezzah bt Azhar
- Mohd Firdaus bin Zaharin
- Nurazwarina Nadia bt Zulkhairin
- Mohd Hafiz bin Zawawie
- Nur Khuzaimah bt Khairol
- Suhana bt Hazmi
- Nur Afizah bt Mazalan
- Sharifah Nur Haziqah Atira bt Wan Asri
- Nurul Syazwana bt Mohd taha
- Wan Nur Aini bt Wan Selayatin
- Louisely ak Lorry
- Dayang Nuranisah bt Abang Khalid
- Nur Hidayah bt Pauzi
- Rafiqa Mastura bt Rafae
- Dayang Junnita Faiza bt Abang Ermanyady
- Izzat Hakimi bin Amin
- Afifah Syahirah bt Ismail
- Nur Azima bt Morshidi
- Rozi Fasihah bt Ramli
- Dayang Nur Syahirah Hazirah bt Awang Iskandar
- Wan Cairel bin Wan Habib
- Dayang Nur Farhana bt Awang Magerib
- Muhd Nur Izwan bin Mohd Yusuf
- Abang Ahmad Nazri bin Abang Ihsanallah
- Nur Amira Natasha bt Ja'afar
- Gladys Natasha Rabia ak Nixon
- Azrul Hafidz bin Ahmad
- Sharifah Arina bt Wan Abdul Razak
- Amisha bt Lamat
- Nurul Hayati bt jamain
- Niqkhelzie Iszam bin Nizam
- Dayang Nur Athirah bt Abang Abdul Rahman
- Mohd zahid Hidayat bin Mohd fauzi
- Aizat Ahada bin Mohd Hajini
- Abang Khairul Azizi bin Abang Hipeni
- Siti Afifah bt Yunus
- Eugene Saging Tuah
- Andrick Owen ak Yein
![]() |
| Mengimbau Program Mentor Mentee 2013 |
Thursday, 28 February 2013
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan hari ini mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bagi tempoh 13 tahun akan datang.
Sebelas anjakan yang digariskan adalah:
- Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
- Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Membangun rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
- Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
- Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
- Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
- Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
- Menambahbaik keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
- Bekerjasama dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
- Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
- Meningkat ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.
Gelombang 1 (2013-2015)
- Peningkatan dalam kemahiran guru.
- Kualiti pengajaran.
- Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah.
- Mutu kepimpinan sekolah.
Gelombang 2 (2016-2020)
- Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baru.
- bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang 3 (2021-2025)
- Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebehi standard minimum.
Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Terbitan entri ini mendapat restu dari pemilik blog Kopi O Kaw
Thursday, 21 February 2013
Tahniah! SK Abang Aing juara Kejohanan Olahraga MSSR Zon Sri Aman
Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah dan tahniah untuk kesekian kali kepada Pengurus Pasukan, Ketua Kontinjen, para jurulatih, guru pengiring dan semua atlit SK Abang Aing kerana telah merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga MSSR Zon Sri Aman. Kemenangan manis tersebut telah terpahat pada 19 Februari 2013 yang lalu.
![]() |
| Kontinjen SK Abang Aing menjuarai Kejohanan Olahraga Zon Sri Aman. |
Dalam kejohanan tersebut, kontinjen SK Abang Aing telah mengalahkan 7 buah kontinjen dari sekolah-sekolah dalam Zon Sri Aman. Dengan memperolehi 13 pingat emas, 12 perak dan 8 gangsa SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kontinjen SK Melugu yang memperolehi 10 pingkat emas, 11 perak dan 7 gangsa sebagai naib juara dan kontinjen SJK Chung Hua Simanggang mendapat tempat ketiga.
![]() |
| Ketua Jurulatih mengatur strategi untuk meraih kemenangan. |
![]() |
| Bersedia untuk bertarung di balapan dan padang Komplk Sukan Sri Aman. |
Dua orang atlit SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai olahragawan terbaik bagi dua kategori iaitu atlit 11 TKB (tahun ke bawah) dan 12 TKB (tahun ke bawah). Mereka adalah atlit terpantas Zon Sri Aman, Mohd Azhar Ariffin dan atlit harapan SUKMA 2020, Ruzaimy Johari. Mereka telah menerima piala masing-masing pada Majlis Penutupan Kejohanan.
![]() |
| Mohd Azhar Ariffin (tengah) |
![]() |
| Ruzaimy Johari (tengah) |
Seramai 16 atlit dari SK Abang Aing telah terpilih untuk mewakili Zon Sri Aman ke Kejohanan Olahraga MSS Daerah yang akan berlangsung pada pertengahan Mac 2013. Mereka terdiri dari 9 orang atlit lelaki dan 7 atlit perempuan. Latihan Pusat akan dimulakan pada awal Mac.
![]() |
| Para jurulatih tumpang gembira |
![]() |
| Piala dan pingat kemenangan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)





















