Kopi O Kaw: Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA (Programme F...: Salam. Sebenarnya lama dah berhajat nak tulis tentang entri di atas. Akibat kesibukan, ianya sentiasa berada dalam status 'draf&#...
Maklumat lanjut di http://kopibiarpekat.blogspot.com/2014/05/status-pencapaian-malaysia-dalam-pisa.html
Sila Klik
Friday, 16 May 2014
Tuesday, 13 May 2014
Kopi O Kaw: i-THINK - Cara Hebat Belajar.
Kopi O Kaw: i-THINK - Cara Hebat Belajar.: Salam. Program iTHINK yang sedang dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara adalah hasil dari lawatan tinjauan di 'Thinking ...
Thursday, 10 April 2014
Prestasi Calon-calon UPSR 2014
Salam.
Dah lama tak up-date perkembangan tentang blog ini. Kali ini nak intai sikit tentang prestasi semasa murid-murid Tahun 6. Mereka, seramai 107 orang yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Macam mana prestasi semasa mereka sekarang? Mampukah mereka menandingi prestasi 125 orang calon UPSR tahun 2013
Sunday, 22 December 2013
Kartun - Sinis tapi berunsur pengajaran
Salam.
Kartun sebagai satu media komunikasi grafik dipersembahkan secara menarik dan ringkas bagi menyampaikan pesanan dan maklumat. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun boleh meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan murid-murid. Penggunaan kartun berupaya menarik minat murid-murid dalam sesuatu pengajaran.Kartun apabila digunakan dalam persembahan dan bahasa yang menarik dapat menjelaskan maksud bahan yang diajar.
Saturday, 21 December 2013
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014
Salam.
Cuti sesi persekolahan 2013 telah hampir ke penghujungnya, tak lama lagi maka sibuklah ibubapa merancang perbelanjaan untuk persediaan anak-anak mereka. Hari terakhir cuti sesi persekolahan 2013 bagi sekolah-sekolah di Sarawak adalah pada 1 Januari 2014, yang merupakan Cuti Umum sempena Tahun Baru. Tahun 2014, minggu pertama hari persekolahan hanya 2 hari, iaitu Khamis dan Jumaat.
![]() |
| Antara aktiviti semasa cuti sekolah - sumber Kopipesz.blogspot.com |
Mengimbas semula cuti selama 7 minggu yang hampir sampai penghujung . Ramai ibubapa yang sudah memenuhi cuti anak-anak mereka dengan pelbagai aktiviti. Ada yang telah pegi melancong dalam dan luar negeri, melawat keluarga di kampung, berkhatan (hehehe) dan bermacam-macam aktiviti untuk memenuhi cuti anak-anak. Walau apa-apa pun saat-saat gembira yang telah anak-anak lalui ibubapa perlu membuat persediaan untuk sesi persekolahan yang akan datang. Ingatlah peribahasa "sediakan payung sebelum hujan". Menghadapi sesi persekolahan 2014, memerlukan persediaan yang banyak, termasuk dari segi kewangan. Untuk panduan ibubapa dan murid-murid, disertakan Takwim Persekolahan 2014. Diharapkan dengan adanya takwim tersebut, perancangan yang dibuat tidak akan tergelincir.
Wednesday, 11 December 2013
Tahniah! Murid-murid Yang Berjaya Ke (SBP) Sekolah Berasrama Penuh 2014.
Salam
Tahniah kepada 4 orang murid SK Abang Aing, Sri Aman yang telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Kuching. Mereka telah mendapat keputusan cemerlang UPSR (sekurang-kurangnya 4A1B) dan telah memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tersebut. Seramai 22 orang telah memohon ke SBP tersebut. Mereka yang berjaya dikehendaki melapor di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara pada 8 Januari 2014. Mereka terdiri daripada:
- Mohammad Rizqullah bin Jamaeini
- Muhammad Firdaus bin Zaharin
- Muhammad Hafiz bin Zawawie
- Suhana binti Hazmi
Untuk murid-murid yang telah memohon sila semak secara online menerusi aplikasi yang terdapat di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memasukkan angka giliran UPSR.
Semakan boleh boleh dibuat dipautan berikut : Semakan Kemasukan Tingkatan Satu SBP 2014
![]() |
| Aplikasi online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Setelah memasukkan angka giliran UPSR, jika berjaya masukkan nombor KP/No. Surat Beranak untuk maklumat penempatan dan tarikh menlapor diri.
Seandainya, tidak berjaya dan mahu merayu sila klik E-rayuan pada laman seterusnya.
Thursday, 7 November 2013
Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2013
Salam.
Debaran jantung 478,848 orang calon (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) UPSR 2013 semakin kuat. Semakin hampir tarikh rasmi keputusan UPSR 2013 diumumkan semakin lajulah debaran tersebut. Perkara yang sama turut dialami oleh 125 orang calon UPSR 2013 dari SK Abang Aing, Sri Aman. Mereka seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui keupayaan masing-masing di dalam peperiksaan awam tersebut.
![]() |
| Mengimbas kembali sebelum menduduki UPSR 2013 |
Kebanyakkan maklumat dari blog-blog pendidikan menyatakan bahawa tarikh rasmi keputusan UPSR 2013 akan diumumkan dalam minggu ke 3 bulan November. Antaranya blog-blog yang mengupas tentang tarikh tersebut ialah NIZARAZU.COM, Gerbang Pendidikan, mysumber.com dan banyak lagi. Masa entri ini ditulis kita berada dalam minggu ke 2 bulan November. Maksudnya, tarikh rasmi adalah dalam minggu depan. Sama ada pada 11, 12, 13, 14 ataupun 15 November. Daripada amalan pada tahun-tahun sudah kecuali pada tahun 2012, tarikh rasmi keputusan UPSR diumumkan adalah pada minggu terakhir sesi persekolahan tahun semasa. Sahihlah ianya akan diumumkan pada minggu depan - minggu ke 3 bulan November.
Dari sumber yang tidak begitu sahih, tarikh rasmi keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis, 14 November 2013. Apa pun kita tunggu sajalah pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit masa lagi.
![]() |
| Inilah yang akan kita lihat pada 14 November nanti. |
Wednesday, 23 October 2013
Guru-guru dan Pentadbir Sekolah di Bumi Kenyalang !!! - Ayuh kita melaksanakan Ujian Kompetensi ICT
Salam.
![]() |
| Pastikan bukan kita |
Pelaksanaan ujian kompetensi ICT kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah) bagi negeri Sarawak dilaksanakan hari ini 23 Oktober 2013 (Rabu), bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengah malam pada 31 Oktober 2013 (Khamis). Ujian tersebut boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Matlamat ujian tersebut bertujuan mengumpul data yang membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan melaksana program latihan yang tepat berdasarkan tahap digital literasi guru dan pentadbir sekolah. Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Untuk Memulakan Ujian, Sila Klik Di sini
Guru dan pentadbir sekolah (Pengetua dan Guru Besar) haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan pembangunan profesionalisme secara berterusan.
Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit menggunakan pelbagai peranti (device) telekomunikasi. Contohnya: computer, iPad, tablet, smartphone dll.
Sila Klik Di sini Untuk Memulakan Ujian.
Guru atau pentadbir sekolah diminta memasukkan kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian dan ikutilah arahan seterusnya. Untuk perhatian setiap soalan mesti dijawab sebelum boleh bergerak ke soalan berikutnya. Ujian harus dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan boleh dilakukan di luar sesi persekolahan.
Selamat memerah otak.
Monday, 9 September 2013
KAMI JUARA LAGI!
Salam.
Tahniah kepada kontingen SK Abang Aing yang telah menjuarai Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Sekolah Daerah Sri Aman 2013. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Sri Aman dengan kerjasama pihak SHELL Malaysia. Sebelum pertandingan tersebut diadakan pihak penganjur telah memberi peluang dan kemudahan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk menjalani latihan di Taman Lalu Lintas. Latihan yang dlakukan di bawah seliaan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak PDRM.
.
![]() |
| Kontingen SK Abang Aing. |
Acara tahunan tersebut dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada generasi muda terutama para pelajar agar mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya bagi mengelak kemalangan. Lebih seratus orang pelajar dari 7 buah sekolah dalam daerah Sri Aman telah mengambil bahagian. Pertandingan tersebut dibahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah.
![]() |
| Kejayaan milik mereka. |
Dalam Kategori Sekolah Rendah, SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai juara, manakala naib juara disandang oleh SJK Chung Hua Simanggang dan SK Melugu tempat ketiga. Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perumahan merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia Luar Bandar, YB Datuk Francis Harden ak Hollis. Turut hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada Walikota Majlis Daerah Sri Aman, wakil dari SHELL Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Masyarakat termasuk guru dan pelajar dari sekolah yang mengambil bahagian.
![]() |
| Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Francis Harden ak Hollis |
Sebagai juara peringkat daerah Sri Aman, kontingen dari SK Abang Aing mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri Sarawak yang akan berlangsung di Kuching sekitar Oktober nanti. Sama-samalah kita berdoa agar SK Abang Aing akan terus menempa kejayaan untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.
![]() |
| Bersama hadiah dan sijil masing-masing. |
Thursday, 5 September 2013
Selamat Menduduki UPSR 2013.
Salam.
Selamat Menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada murid-murid Tahun 6, SK Abang Aing. Pada tahun SK Abang Aing mengenengahkan seramai 125 orang calon UPSR. Peperiksaan yang akan dilangsungkan serentak seluruh negara untuk semua murid Tahun 6 akan diadakan dari 10 hingga 12 September akan datang.
![]() |
| Calon-calon UPSR 2013 bersama guru-guru. |
Sasaran Pencapaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah pada tahun ini ialah 83.2% lulus semua mata pelajaran dengan sekurang-kurangnya mendapat Gred C. Di samping itu juga, Gred Purata Sekolah (GPS) yang telah disasarkan ialah 1.99 mata dan lulus cemerlang 5A seramai 15 orang.
Selamat berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















