Sila Klik

Tuesday 9 October 2012

Murid-murid Tahun 6, 2009 - Wajah-wajah kesayangan hamba.

Putera-puteri SK Abang Aing.

Anak-anak harapan bangsa.
Menyanyikan lagu "You raised me up".
Salam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa posting kali ini memberi tumpuan kepada bekas pelajar-pelajar SK Abang Aing tahun 2009. Jawapannya mudah saja, merekalah kumpulan yang mengatasi rekod terbaik  UPSR 1999. Mereka jugalah kohort Tahun 6 yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam kegiatan kokurikulum, juga telah menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan menaikkan nama sekolah. Yang paling penting, kumpulan inilah yang sedang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Selamat berjuang putera dan puteriku.

Saat yang terbaik untuk mengingat semula  wajah-wajah kesayangan ini adalah mengimbas semula Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang 2009. Majlis yang khusus diadakan untuk mereka penuh nostalgik. Penuh dengan kerinduan terhadap kenangan indah selama 6 tahun mereka berada di SK Abang Aing. Nostalgik bukan hanya untuk mereka tapi juga untuk guru dan kakitangan sekolah.

Guru sebak, pelajar lagi sebak.
Saat akhir mereka berada di SK Abang Aing
Sebut saja nama-nama mereka seperti Nur Faris, Ariessa, Ummu Zaimah, Mohd Amirul, Nur Shahizatie, Wan Mohd Taufiq, Hazwani Basilah, Noor Azzarianie, Ain Natasya, Allis Sandra, Allistair Selumbang, Nurul Syafiqah, Norcahaya, Awang Muhd Shahiran, Awang Iskandar, Suzannie George, Florence Munai dan banyak lagi nama yang tak dapat disebut, pasti semua guru masih ingat. Paling tidak dapat dilupa, gelagat nakal tetapi menghiburkan Ian Kedit, Muhamad Alif, Awang Anas, Mohd Sanie dan geng-geng mereka.

Sebahagian dari wajah-wajah ceria Tahun 6, 2009
Walau di mana saja mereka berada, samada di SMK Simanggang, SMK Sri Aman, SMK St Luke, MRSM Kuching, MRSM Betong atau di SM Sains Kuching, kami guru-guru di SK Abang Aing mendoakan agar mereka berjaya melakukan pecutan terakhir semasa menghadapi PMR 2012. Yang Allah, peliharalah kesihatan mereka yang menduduki PMR tahun ini. Permudahkan mereka menjawab soalan-soalan. Berilah ketenangan kepada mereka, jauhilah mereka dari perasaan resah dan gelisah. Kuatkan ingatan mereka, cekalkan hati mereka, doronglah mereka menjawab dengan betul seperti yang diarahkan dan jaminkan keputusan cemerlang untuk mereka. Amin.

                               Tuan Residen Sri Aman menerima cenderamata.                                             

Tetamu Kehormat Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang, 

No comments: