Sila Klik

Friday, 25 January 2013

Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1

Salam.
Alhamdudillah, Program Transisi Tahun 1, 2013 telah berjaya dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat terutama yang mengajar Tahun 1. Program tahunan yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula dari 2 Januari hingga 23 Januari 2013. 

ANAK CEMERLANG
Sayalah permata 
Anak cemerlang 
Kebanggaan ayah dan ibu 
Saya dibesarkan dengan kasih sayang 
Hanya yang terbaik 
Untukku..... 
Menjadi harapan 
Di masa hadapan 
Sayalah anak yang cemerlang

Program yang lebih dikenali sebagai Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan dalam transisi dari pendidikan tidak formal (Prasekolah / TADIKA) ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dijalankan selama 3 minggu, bertujuan untuk membina hubungan mesra di antara murid sesama murid dan di antara murid dengan guru. Program ini juga memperkenalkan murid kepada budaya dan persekitaran sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
  • Aktiviti dinamika kumpulan
  • Pengukuhan sosialisasi
  • Pergerakan motor halus
  • Motivasi diri
  • Belajar melalui bermain
  • Belajar sambil meneroka
  • Pemupukan nilai murni dan
  • Pemupukan daya kreativiti


Setelah berlangsung selama 3 minggu, satu majlis serba ringkas telah dijalankan untuk menandakan penutupan program tersebut. Majlis  telah dilangsung pada 23 Januari 2013 di Dewan Bougainvillea dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1, guru-guru Tahun 1 dan semua Penolong Kanan. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Wan Ismail bin Wan Chula. 


Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Si cilik memimpin nyanyian lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri.

Bacaan Doa
Khusyuk mengaminkan doa.
Guru Besar memberi kata-kata motivasi.

Thursday, 24 January 2013

Warna-warni Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Salam Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan siang tadi, 24 Januari 2013, bersamaan dengan 12 Rabiu'awwal 1434 di Tapak Perhimpunan seawal jam 6.45 pagi. Sambutan kali kali melibatkan guru dan kakitangan, ibubapa dan murid-murid dari Tahun Dua hingga Tahun Enam.

Penyelaras - Ustaz Shamhan Junny menyampai taklimat sambutan
Khusyuk mendengar ceramah Maulidur Rasul.


Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Mohd Ustaz Aizat bin Che Ramli. Tema bagi Maulidur Rasul tahun ini ialah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. 
Antara EXCO Persatuan Ibubapa Guru yang hadir

Berhimpun dan berselawat sebelum memulakan perarakan


Sebelum memulakan perarakan, peserta-peserta berselawat ke Nabi Muhammad SAW untuk memohon rahmat daripada Allah ke atas baginda Rasulullah. yang diketuai oleh Ustaz Shamhan Junny. Perarakan dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi, bermula dari perkarangan sekolah melalui Masjid Besar Sri Aman dan terus ke Surau Kampung Hilir dan kembali ke sekolah melalui Dewan Suarah. Lima kontinjen telah mengambil bahagian dalam pertandingan sepanduk yang diadakan.
Kontinjen Imam Muslim.
Kontinjen Imam Bukhari

Kontinjen Imam At-Tirmizi


Perarakan turut disertai oleh wakil ibubapa



Majlis diakhiri dengan Kuiz Maulidur Rasul yang berkisar tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda. Soalan-soalan kuiz dibahagikan kepada tiga kategori masing-masing untuk murid Tahun 2 - 3, murid Tahun 4 - 5 dan murid Tahun 6. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan wakil Persatuan Ibubapa Guru.




- semua gambar sumbangan Abang Rosni dan Abang Predrus
Entri yang berkaitan:

Wednesday, 23 January 2013

Kawad Pasukan Beruniform Sekolah


Logo Karnival Sri Aman 2013


Salam.
Sempena dengan Hari Ulang Tahun Ke 43 dan genap 15 tahun penempatannya di Sri Aman, Batalion Ke 13, RAMD menganjurkan Karnival Sri Aman 2013. Karnival tersebut akan berlangsung dari 25 - 27 Januari yang bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman.

Banyak aktiviti telah diatur yang melibatkan penyertaan orang awam, badan korporat dan agensi-agensi kerajaan termasuk sekolah-sekolah di sekitar Bandar Sri Aman. Sekadar menyenaraikan beberapa aktiviti seperti Benak Big Burger Challenge, Battle of The Band, beberapa pertandingan sukan seperti Paintball, Futsal, Tarik Tali, dan beberapa acara yang berbentuk hiburan dan mencungkil bakat.  

Putera-puteri SK Abang Aing tidak ketinggalan untuk turut serta mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Pada awalnya, perancangan sekolah hendak menghantar 2 pasukan untuk Pertandingan Kawad Pasukan Beruniform Sekolah, pasukan Kadet Remaja sekolah (TKRS) dan Pergerakan Pengakap. Di saat-saat akhir kita hanya dibenarkan menghantarkan satu pasukan sahaja oleh sekolah pesaing, kononnya khuatir SK Abang Aing membolot kejuaraan walaupun pihak penganjur memberi lampu hijau. Congak kiri kanan, atas bawah, SK Abang Aing mengambil keputusan menghantar pasukan Pergerakan Pengakap Perempuan.


Pasukan "Boleh Menang" giat melakukan latihan
Dengan kegigihan dan semangat yang ada pada pasukan, para jurulatih Puan Hairyati Alon dan Encik Mohd Tahir tetap optimis, pasukan yang mewakili SK Abang Aing  tidak akan menghampakan. Sekurang-kurangnya berada pada tempat ketiga teratas. Sasaran adalah menjuarai pertandingan tersebut. Insyallah.


Pasukan yang akan mengegarkan Kompleks Sukan dengan derapan kasut dan laungan perintah perbarisan.

Wordless Wednesday - Menghayati Bulan kemerdekaan 2012






Wednesday, 16 January 2013

Alahai. Bantuan Khas Awal Persekolahan


Salam.
Dalam entri pada 26 Disember 2012, telah diulas dengan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100, sila klik di sini. Entri tersebut ditulis semata-mata menunjukkan rasa berterima kasih kepada kerajaan yang akur tentang beban ibubapa setiap awal persekolahan. sesuai dengan tajuk entri,  "Bantuan Khas Awal Persekolahan Akan Diteruskan - Satu Usaha Meringankan Beban Ibubapa". Kedua, untuk makluman kepada yang berkenaan; pihak pengurusan sekolah, ibubapa dan pelajar-pelajar.


Mengikut Surat Siaran Kementerian, Bahagian kewangan Bil 1/2012, bayaran bantuan tersebut dilakukan mulai 15 Januari hingga 15 Februari 2013 secara berperingkat. Sehubungan dengan perkara tersebut, media perdana dan akhbar-akhbar hampir setiap hari melaporkan pembayaran tersebut, lengkap dengan video dan gambaran majlis penyerahan terutama untuk murid-murid di Semananjung Malaysia. Antaranya, Utusan Malaysia pada 15 Januari 2013, melaporkan dengan tajuk Bantuan Persekolahan RM100 mula diagih hari ini. Sementara Bernama Online, melaporkan 100 orang ibubapa pelajar di salah sebuah sekolah menerima bantuan.

Peruntukan untuk tujuan tersebut telah dimasukkan ke akaun sekolah sejak 11 Januari 2013 yang lalu dan jadual pembayaran telah pun diberitahu kepada ibubapa bermula 15 Januari hingga 17 Januari. Tiba-tiba pihak sekolah diberitahu, pembayaran perlu ditangguh dan akan dilakukan pada tarikh yang akan ditetapkan. Sejak semalam, deringan telefon sekolah mengalahkan keadan di bursa saham, bertanyakan Bantuan Awal Persekolahan. Tak kurang pula yang datang sendiri ke sekolah, kerana jadual pembayaran telah diedarkan. Alahai, macam mana nie? 

Kepada ibubapa yang di luar sana, sabarlah tuan-tuan dan puan-puan. Penangguhan ini di luar kawalan sekolah, lambat laun akan dapat juga wang RM100 yang telah disediakan. Tangguhkan dulu pembeliaan peralatan persekolahan anak-anak. Takkan lari gunung dikejar, Betul, anak lain dah dapat, anak tuan-tuan dan puan-puan akan dapat juga nanti. Bukankah ianya akan dibayar dari 15 Januari hingga 15 Februari, masih ada 30 hari lagi. Alahai, alahai, alahai.

Entri lain yang berkaitan:

Wednesday, 9 January 2013

Sibuknya Januari 2013

Sibuknya Januari 2013.

  
TAKWIM 2013
JANUARI
TARIKH / HARI
AKTIVITI
TINDAKAN
CATATAN
01 – SELASA
Cuti Umum – Tahun Baru


02 – RABU
Sesi Persekolahan 2013 bermula.
Prog. Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1
Gotong Royong I – Tempat Letak Kenderaan

PK AKADEMIK
PK HEM

03 – KHAMIS
Mesyuarat JK Kurikulum 1/2013
PK AKADEMIK

04 – JUMAAT
Mesyuarat JK Pengurusan Kelas Fardu Ain (KAFA)
Mesyuarat K Program Pemulihan Khas
PENYELARAS KAFA
GURU PEM. KHAS

05 - SABTU



06 – AHAD



07 – ISNIN



08 – SELASA
Mesyuarat JK HEM 1/2013
Mesy Ahli Lembaga Koperasi SK Abang Aing Bhd 1/2013
PK HEM
SET KOPERASI

09 – RABU
Ujian Saringan Program Pemulihan Khas
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris 1/2013
GURU PEM. KHAS
KP BAH INGGERIS

10 – KHAMIS
Mesyuarat JK Kokurikulum 1/2013
Mesyuarat JK Sambutan Maulidur Rasul
PK KK
KP PEN ISLAM

11 – JUMAAT
Mesyuarat JK Kecemerlangan Akademik 1/2013
SET KEC. AKADEMIK

12 - SABTU



13 – AHAD



14 – ISNIN
Mesyuarat J-Qaf, Panitia Pen. Islam & Bah.  Arab 1/2013
KP PI, BA & SET J-QAF

15 – SELASA
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 1/2013
KP BAH MELAYU

16 - RABU
Mesyuarat Panitia Matematik 1/2013
KP MATEMATIK

17 – KHAMIS
Mesyuarat JK Pengurusan Prasekolah 1/2013
PENY PRASEKOLAH

18 – JUMAAT
Mesyuarat Panitia Sains 1/2013
KP SAINS

19 – SABTU



20 – AHAD



21 – ISNIN
Mesyuarat JK Pengurusan Pusat Sumber 1/2013
SETIAUSAHA PSS

22 – SELASA
Mesy. JK Peng. Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1/2013
SETIAUSAHA PBS

23 – RABU
Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1
Mesyuarat JK LINUS 1/2013
PK AKADEMIK
SETIAUSAHA LINUS

24 – KHAMIS
Cuti Umum – Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW


25 – JUMAAT
Mesyuarat Panitia PSK & Kajian Tempatan 1/2013
KP PSK & KT

26 – SABTU



27 – AHAD



28 – ISNIN
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pakaian Seragam
PK KK

29 – SELASA
Mesyuarat Panitia Pen. Moral & Kemahiran Hidup 1/2013
KP PM & KH

30 - RABU
Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan 1/2013
KP PJK

31 - KHAMIS
Mesyuarat Pend. Muzik & Pendidikan Seni Visual 1/2013
KP PM & PSV



Entri yang berkaitan:

Monday, 31 December 2012

TADIKA ATAU PRASEKOLAH ANAK ANDA SELAMAT??


Salam.
Anda mempunyai anak yang belajar di prasekolah atau TADIKA? Sila amati dan fahami poster di bawah. Adakah prasekolah atau TADIKA anak anda memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan? Atau adakah persekolah atau TADIKA anak anda telah berdaftar dengan pihak yang berwajib? Bertindaklah sekarang...

Mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.
Setiap prasekolah dan TADIKA mesti mematuhi garis panduan pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Keselamatan untuk memastikan asas yang terbaik untuk persekitaran pembelajaran dan perkembangan masa depan kanak-kanak.

Hanya 25 orang kanak-kanak dibenarkan dalam sebuah kelas.

Setiap prasekolah atau TADIKA hanya dibenarkan mengendalikan 25 orang kanak-kanak dalam setiap kelas untuk memastikan setiap kanak-kanak diberi perhatian yang lebih untuk membangunkan potensi mereka  yang sedia ada.

Patuh dan memenuhi peraturan keselamatan.
Peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak. Sekaligus mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.
- sumber portal Government Tranformation Programme (GTP)