Sila Klik

Tuesday, 17 June 2014

Dari Arkib Sejarah Sekolah



Salam.
Entri kali ini sekadar mengingatkan murid-murid SK Abang Aing yang ada menghargai apa yang dinikmati sekarang. "Legacy", sekolah tidak datang begitu saja. Ia nya dipupuk dan diolah sebegitu rupa oleh tokok-tokoh pendidik yang telah banyak menyumbang jasa kepada pembangunan sekolah. Sebagai mengenang jasa dan perjuangan mereka dalam mempertabatkan SK Abang Aing, disingkap sejarah 2 orang tokoh pendidik tersebut.

Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim
Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim, (1910-1991). Lulusan James Brooke’s Training College, Kuching (1930-1933), bersara pada tahun 1965. Tokoh Guru Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 1991 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak tahun 1991.

Allahyarham Tuan Haji Mohammad bin Bujang

Tuan Haji Mohammad bin Bujang, (1915-1998). Menerima latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Menerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri pada tahun 1982. Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan tahun 1984 dan menerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak yang pertama pada tahun 1994.(Pena Melati Sarawak)


Bangunan SK Abang Aing pada tahun 1940an
Guru-guru dan murid-murid SK Abang Aing pada tahun 1957
Persembahan murid SK Abang Aing sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di Sri Aman pada 7 Okt. 1967.

Thursday, 12 June 2014

Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 Untuk Ahli Kelab TAHA (Lembaga Tabung Haji)



Salam. 
Semakin hampir tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, semakin gigih badan-badan korporat menganjurkan program-program untuk membantu calon-calon UPSR mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak ketinggalan Lembaga Tabung Haji (Sri Aman) melalui Kelab TAHA akan menganjurkan Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 yang bertepatan dengan objektif penubuhan Kelab Taha pada tahun 2008. 
  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda.
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membengkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.

Pada 9 Mei 2014, Kelab TAHA Tabung Haji (TH) telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai sebuah kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai di Malaysia (Most Number of School Students Memberships In A Single Club) iaitu seramai 1,119,094 pada 31 Disember, 2013.

Berbalik kepada Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 di Sri Aman. Ianya akan diadakan pada 14 Jun, 2014 di Dewan Al-Ghazali, SK Agama Sri Aman dari pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang. Menurut Encik Awang Hussine bin Awang Dolhan, pegawai di LembagaTabung Haji Daerah Sri Aman yang terlibat secara langsung sebagai urusetia, seramai 250 orang calon UPSR 2014 dari 8 buah sekolah termasuk SK Abang Aing  akan menyertai Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 peringkat daerah Sri Aman dan Lubok Antu. Empat orang penceramah dari DIDIK (Akhbar Dalam Darjah), Berita Harian akan mengendalikan program tersebut.

Program Klinik Bimbingan UPSR diadakan secara percuma untuk ahli-ahli kelab yang akan menduduki UPSR 2014 oleh Kelab TAHA, Tabung Haji (TH). Adalah menjadi harapan penganjur untuk melihat lebih ramai calon-calon UPSR 2014 memperolehi keputusan yang cemerlang. InshAllah.

Sebagai panduan di bawah adalah cadangan program yang akan berlangung pada 14 Jun 2014 (Sabtu).

ATURCARA PROGRAM

0700 - 0740 
Pendaftaran Peserta

0745 - 0800 
Taklimat Urusetia

0800 - 1000
Slot 1 
Bahasa Melayu

1000 - 1015
Minum Pagi

1015 - 1215
Slot 2
Matematik

1215 - 1315
Rehat, Makan Tengahari & Solat Zuhur

1330 - 1530
Slot 3
Sains

1530 - 1600
Majlis Penutupan & Sesi Bergambar


Sunday, 8 June 2014

Biar Orang Lain Cuti..........


Salam.
Tajuk entri di atas agak menarik "Biar Orang Lain Cuti, Kamek Sik Cuti - ada Kelas Bimbingan." Dalam usaha untuk menjadikan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 lebih baik dari tahun 2013, Kelas Bimbingan Semasa Cuti hanyalah salah satu daripada perancangan SK Abang Aing. Sebelum ini, telah ada Majlis Menandatangani Akujanji, Program Mentor Mentee, Program Mutiara Benak malah yang sedia menunggu ada beberapa program besar.


Sebagai panduan ibu bapa dan murid, berikut adalah Jadual Kelas Bimbingan Cuti Pertengahan Tahun 2014. Datang jangan tak datang!!!!

Saturday, 7 June 2014

LINUS 2.0 Bantu Murid Kuasai Bahasa Inggeris.


Salam.
Literacy and Numeracy Screnning (LINUS) atau lebih dikenali sebagai program peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi akan diteruskan pada tahun 2013 sebagai LINUS 2.0. Ini berikutan dari kejayaan yang memberangsangkan  LINUS 1.0. Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, program ini telah menghasilkan 99.84 peratus murid Tahun Tiga berjaya menguasai literasi (membaca dan menulis) manakala 99.92 peratus murid berjaya menguasai asas numerasi (mengira).


LINUS 2.0 akan diteruskan pada 2013 yang akan merangkumi Basic Literacy in English sebagai pemangkin kepada persediaan graduan yang berketrampilan di peringkat antarabangsa. Melalui program LINUS 2.0, murid yang menghadapi literasi Bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka setara dengan rakan-rakan yang lain dalam arus perdana.
Perubahan yang dibawa oleh LINUS 2.0

Isu Bahasa Inggeris adalah perubahan yang ketara dalam LINUS 2.0. Di samping itu juga, saringan akan hanya dibuat dua kali setahun berbandingkan tiga kali sebelum ini dan akan melibatkan semua murid. Untuk keterangan yang lebih terperinci, guru-guru digalakkan melayari portal Government Transformation Programme. 

Entri yang berkaitan:
  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Monday, 19 May 2014

Kopi O Kaw: MESEJ DARIPADA PASUKAN iTHINK

Kopi O Kaw: MESEJ DARIPADA PASUKAN iTHINK: Salam. Sempena dengan sambutan Hari Guru 2014, saya kongsikan 'Mesej Dari Pasukan iThink' yang telah diterbitkan dalam majalah onli...



Berita baik untuk iThinkers, langganan percumi majalah online HOTs (High Order Thinking Skills) dan menangi Samsung Galaxy Tab 3. Semuanya di blog Kopi O Kaw

Friday, 16 May 2014

Kopi O Kaw: Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA (Programme F...

Kopi O Kaw: Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA (Programme F...: Salam. Sebenarnya lama dah berhajat nak tulis tentang entri di atas. Akibat kesibukan, ianya sentiasa berada dalam status 'draf&#...

Maklumat lanjut di http://kopibiarpekat.blogspot.com/2014/05/status-pencapaian-malaysia-dalam-pisa.html

Tuesday, 13 May 2014

Kopi O Kaw: i-THINK - Cara Hebat Belajar.

Kopi O Kaw: i-THINK - Cara Hebat Belajar.: Salam. Program iTHINK yang sedang dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara adalah hasil dari lawatan tinjauan di 'Thinking ...

Thursday, 10 April 2014

Prestasi Calon-calon UPSR 2014

Salam.
Dah lama tak up-date perkembangan tentang blog ini. Kali ini nak intai sikit tentang prestasi semasa murid-murid Tahun 6. Mereka, seramai 107 orang yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Macam mana prestasi semasa mereka sekarang? Mampukah mereka menandingi prestasi 125 orang calon UPSR tahun 2013



Sunday, 22 December 2013

Kartun - Sinis tapi berunsur pengajaran

Salam.
Kartun sebagai satu media komunikasi grafik dipersembahkan secara menarik dan ringkas bagi menyampaikan pesanan dan maklumat. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun boleh meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan murid-murid. Penggunaan kartun berupaya menarik minat murid-murid dalam sesuatu pengajaran.Kartun apabila digunakan dalam persembahan dan bahasa yang menarik dapat menjelaskan maksud bahan yang diajar. 










Saturday, 21 December 2013

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014

Salam.
Cuti sesi persekolahan 2013 telah hampir ke penghujungnya, tak lama lagi maka sibuklah ibubapa merancang perbelanjaan untuk persediaan anak-anak mereka. Hari terakhir cuti sesi persekolahan 2013 bagi sekolah-sekolah di Sarawak adalah pada 1 Januari 2014, yang merupakan Cuti Umum sempena Tahun Baru. Tahun 2014, minggu pertama hari persekolahan hanya 2 hari, iaitu Khamis dan Jumaat.   
Antara aktiviti semasa cuti sekolah - sumber Kopipesz.blogspot.com
Mengimbas semula cuti selama 7 minggu yang hampir sampai penghujung . Ramai ibubapa yang sudah memenuhi cuti anak-anak mereka dengan pelbagai aktiviti. Ada yang telah pegi melancong dalam dan luar negeri, melawat keluarga di kampung, berkhatan (hehehe) dan bermacam-macam aktiviti untuk memenuhi cuti anak-anak. Walau apa-apa pun saat-saat gembira yang telah anak-anak lalui ibubapa perlu membuat persediaan untuk sesi persekolahan yang akan datang. Ingatlah peribahasa "sediakan payung sebelum hujan". Menghadapi sesi persekolahan 2014, memerlukan persediaan yang banyak, termasuk dari segi kewangan. Untuk panduan ibubapa dan murid-murid, disertakan Takwim Persekolahan 2014. Diharapkan dengan adanya takwim tersebut, perancangan yang dibuat tidak akan tergelincir.

Perancangan, takwim, kerja rumah, aktiviti kokurikulum, penilaian.