Sila Klik

Tuesday, 27 November 2012

Mampukah putera-puteriku menyahut cabaran?

Salam.
Dalam 3 entri yang lalu, dikupas dengan cara terperinci tentang prestasi murid-murid Tahun 5 (Tahun 6 - 2013). Berbagai respon diterima dari ibubapa dan guru-guru. Kebanyakan mereka menaruhkan kebimbangan sama ada SK Abang Aing dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih banyak-banyak kerana rasa keperihatinan. Tidak kurang pula yang cuba mempertikai kesahihan data-data yang dibentangkan, kononnya satu strategi memohon simpati. Jauh sekali tidak, apa yang telah dibentangkan adalah data sahih. Sebagai buktinya, disertakan screen shot dari dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Pencapaian dari segi gred dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) - klik untuk image yang  lebih jelas.
Sila perhatikan angka-angka yang terdapat petak kuning. Bandingkan dengan data yang telah dikemukan dalam entri yang telah diterbitkan pada 21 November dan 22 November. Memang itulah, prestasi mereka sekarang dan saya mengajak semua pihak jangan khuatir dan lalukan sesuatu. Ayuh ibubapa, guru-guru dan putera-puteriku, kita bertindak awal mengikut kapasiti kita. Insyallah, usaha yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Top 20 (nama sengaja dipudarkan) - klik untuk image yang lebih jelas.
Sekarang lihat pula senarai 'top 20' yang dipaparkan di atas. Hanya seorang saja yang memperolehi 5A, 4 orang memperolehi 4A1B, 2 orang memperolehi 4A1C, 6 orang memperolehi 3A2B, 3 orang memperolehi 2A3B, 2 orang memperolehi 3A1B1C dan 2 orang memperolehi 2A2B1C. Begitulah, bukan tujuan untuk menakutkan tetapi mengajak pihak-pihak terlibat mengambil langkah awal yang boleh memperbaiki keadaan. 

Masih tak kita ingat UPSR 1998?, pada waktu itu hanya 2 orang saja yang memperolehi 5A tapi berkat usaha yang gigih pada 1998 angka itu meningkat kepada 13 orang. Ataupun kita singkap balik ingatan pada UPSR 2009,  dari 9 orang ianya melonjak kepada 13 orang yang memperolehi 5A. Insyallah, pada 2013 kita boleh melakukan lonjakan saujana.

Pautan kepada catatan ini:






Friday, 23 November 2012

20 orang boleh tercapai sekiranya..........

Salam.
Dalam entri yang lalu, dibicara dengan panjang lebar track rekod pencapaian SK Abang Aing dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sejak UPSR tahun 2009, pencapaian belumlah begitu cemerlang. Walaupun terdapat trend menaik, namun dari segi peratus kelulusan semua subjek tidak dapat melepasi angka keramat 80%. Begitu juga jumlah calon yang lulus cemerlang (5A) seolah-olah tersekat pada angka 13 orang.

Dalam perbicaraan pada 21 November 2012 dan 22 November 2012, dikupas dengan panjang lebar prestasi terkini murid Tahun 5  (Tahun 6 - 2013). Bak kata Puan Rohana Bustami, seorang guru Matematik, "takut, risau, gementar, gerun ......., ada benarnya kalau diamati betul-betul. Agak sukar untuk melepasi angka keramat 80% dan memperolehi 20 orang calon lulus cemerlang 5A. Percayalah, seperti pada tahun-tahun yang lalu rasa "takut, risau, gementar, gerun" hanya bersifat sementara, sekurang-kurangnya sehingga Jun 2013. Selepas semua kekuatan dan kepakaran SK Abang Aing digembleng, perasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya. Buktinya pada prestasi Matematik Tahun 6 (2012)


Prestasi Penilaian Kertas Matematik T6 (2012)

Andaikata, 20 orang calon memperolehi 5A,  peratus kelulusan melebihi 85% dan Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 2.00 ke bawah masih menjadi, maka data-data berikut mestilah diperolehi. Ada beranikah?



SASARAN UPSR 2013
GRED
BM (PM)
BM (PN)
ENG
MATH
SC
A
60
75
25
45
35
B
40
38
40
45
54
C
25
12
50
35
35
D
4
4
10
4
4
E
1
1
5
1
2
JUMLAH MURID
130
130
130
130
130
GPMP
1.82
1.60
2.46
2.01
2.11
BIL & PERATUS LULUS
125
125
115
125
124
96.15%
96.15%
88.46%
96.15%
95.38%

PERATUS KELULUSAN = 86.15% (112 orang)
GRED PURATA SEKOLAH (GPS) = 2.00
LULUS CEMERLANG 5A = 15.38% (20 orang)


Kalau berani, jom bersama saya. Kita boleh, SK Abang Aing boleh. Hayati cogan kata "Together We Strike For The Best". Insyallah.

Pautan kepada entri ini:
Cabaran Yang Lebih Hebat
Cabaran Dan Harapan

Thursday, 22 November 2012

20 orang memperolehi 5A terus jadi impian dan harapan.

Salam.
Dah 4 tahun berturut-turut, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, impian dan harapan untuk memperolehi 20 orang calon mendapat gred 5A telah dipasak dalam sasaran tahunan. Bila saja keputusan UPSR diumumkan, impian dan harapan berkecai, bak kaca jatuh ke batu. Lihat saja keputusan UPSR 2009, sekadar 13 orang calon yang memperolehi keputusan cemerlang 5A. Tahun selanjutnya, 2010 lagi parah, sekadar 5 orang calon, bahana subjek Bahasa Inggeris yang jatuh merundum. Ketika itu, nearmiss kita seramai 30 orang calon memperolehi 4A1B. Diandaikan ketika itu, prestasi Bahasa Inggeris dapat dipertahankan, berkemungkinan lebih 30 orang calon akan memperolehi 5A. Kita seolah-olah hilang punca, alhamdudillah jiwa muslim dan profession keguruan tidak pernah mengajar untuk kita berputus asa.


Kita atur strategi, perkemaskan perancangan dan bila keputusan UPSR 2011, diumumkan SK Abang Aing kembali kepada landasan asal walaupun telah tergelincir. Pada tahun tersebut, seramai 13 orang calon memperolehi gred 5A dan keputusan keseluruhan melonjak. Dari segi bilangan calon yang lulus cemerlang dengan 5A, kita masih berada di puncak untuk daerah Sri Aman. Pada tahun ini (2012), bila keputusan UPSR diumumkan, warga SK Abang Aing seolah-olah tergamam dan terkejut berok. Apa tidaknya, hanya seramai 10 orang calon sahaja memperolehi keputusan 5A dan 11 orang calon memperolehi keputusan 4A1B. Kita tenggelam punca, subjek Bahasa Inggeris lagi yang mengheret keputusan kita. 4 subjek yang lain, masih mengekalkan kelulusan di atas 90% tapi Bahasa Inggeris berada pada 80.3%.

Nah, tahun 2013 semakin hampir menampakkan egonya. Berupayakah warga SK Abang Aing kali ini? Melihat kepada prestasi Tahun 5 sekarang, nampaknya tahun 2013 menjanjikan satu CABARAN yang agak hebat. Buktinya pada graf di bawah.


Dengan pencapaian gred A untuk setiap kertas seperti berikut:,
  • Bahasa Melayu Pemahaman = 53 orang
  • Bahasa Melayu Penulisan = 33 orang
  • English = 1 orang
  • Mathematics = 10 orang
  • Science = 15 orang
keadaan agak meruncing. Walau apa pun, kita masih berpegang teguh kepada kepercayaan kita "Usaha Yang Luar Biasa Akan Menghasilkan Keputusan Yang Luar Biasa". Insyallah.

Wednesday, 21 November 2012

Cabaran 2013 Lebih Mencabar

Salam.
Tahun 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kejayaan yang ditempah sepanjang tahun semasa, samada di bidang akademik mahupun kokurikulum. Begitu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, terlalu padat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti yang dilaksanakan, sila rujuk entri yang terdahulu.

Yang jelasnya, warga SK Abang Aing telah berjaya mengharungi detik-detik sukar tahun 2012. Dengan peruntukan kewangan yang agak terhad dan keterbatasan waktu, tuntutan takwim tahunan sekolah berupaya diselesaikan walaupun tarikh-tarikh yang telah ditetapkan perlu disesuaikan dengan aktiviti jabatan dan kementerian pelajaran.

Keupayaan warga SK Abang Aing mengekalkan kecermelangan dalam Penilaian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kejayaan yang paling manis sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Walaupun trend penurunan (prestasi UPSR) berlaku di peringkat nasional, negeri dan daerah, SK Abang Aing masih boleh memperbaiki Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 kepada 2.15. 

Biarlah tahun 2012 berlalu dengan meninggalkan pahatan sejarah yang manis. Warga SK Abang Aing perlu melihat ke depan. Tahun 2013 sedang menunggu dengan penuh cabaran. Dengan bilangan murid-murid yang akan menduduki UPSR yang lebih ramai, kita masih menerima kemasukan perpindahan dari sekolah-sekolah lain. Sehingga ke tarikh hari ini, bilangan calon-calon yang akan menduduki UPSR 2013 adalah seramai 131 orang, pertambahan sebanyak 14 orang dari tahun 2012. 

Berikut adalah seimbas pandangan tentang prestasi bakal calon-calon UPSR 2013 untuk semua subjek. 


Dengan peratus kelulusan yang agak rendah untuk Mathematics, 53.49% tugas Panitia Matematik pasti mencabar. Lebih-lebih lagi pencapaian untuk UPSR 2012 adalah 94.0%. Pun begitu juga dengan subjek English yang hanya 67.97%, sedangkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai adalah 84.82%. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut akan menyemarakkan semangat warga SK Abang Aing untuk lebih cemerlang.

Monday, 19 November 2012

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Salam.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telah diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Na'imah Ishak. Dalam pengumuman tersebut, beliau menjelaskan bahawa 45,054 calon (8.94%) berjaya memperolehi 5A, penurunan sebanyak 0.54% berbanding dengan tahun 2011. Dr. Na'imah juga berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu dari 2.30 kepada 2.31. Calon lulus semua kertas dengan minimum gred C, meningkat dari 55.45% kepada 56.94%

SK Abang Aing, telah meningkat dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 (2011) kepada 2.15 pada tahun ini. Sementara, calon yang lulus semua kertas dengan minimum gred C adalah sebanyak 90  orang iaitu 76.92 peratus. Calon-calon yang memperolehi 5A, seramai 10 orang (8.54%) dari 117 calon yang menduduki UPSR 2012.

Mereka yang lulus cemerlang 5A terdiri daripada:
  1. An'nissa Ariqah bt Jobli
  2. Brittany Simut Merai ak Berceang
  3. Chrishaninie ak Albert
  4. Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin
  5. Farah Haziqah bt Hamdan
  6. Felissia Chandi ak Dennis Jugah
  7. Lorita ak Juen
  8. Samuel Justine Ajau ak Henerry
  9. Siti Farhiyatul bt Wasli
  10. Wan Nur Ain bt Wan Ismail


An'nisa Ariqah bt Jobli
Brittany Simut Merai ak Berceang
Chrishaninie ak Albert
Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin
Farah Haziqah bt Hamdan
Felissia Chandi ak Dennis Jugah
Lorita ak Juen
Samuel Justin Ajau ak Henerry
Siti Farhiyatul bt Wasli
Wan Nur Ain bt Wan Ismail
Tahniah kepada calon-calon yang berjaya terutama kepada calon-calon yang memperolehi 5A, 4AIB dan yang lulus semua kertas. teruskan kegigihan dan usaha anda bila berada di sekolah menengah.



Friday, 16 November 2012

Debaran menunggu keputusan UPSR

Calon-calon UPSR 2012.

Salam.
Semestinya semua 517,139 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 termasuk 119 orang murid SK Abang Aing sekrang ini tak sabar-sabar menunggu keputusan UPSR diumumkan. Semakin hampir keputusan diumumkan debaran semakin hebat dirasakan. Rentak debaran pun berbeza antara satu sama lain. Bagi yang telah berusaha bersungguh-sungguh, mungkin rentak debarannya lebih harmoni dibanding dengan yang kurang berusaha atau berusaha pada saat akhir. Debaran bagi kumpulan ini, mungkin agak lebih berkecamuk. Pun ada juga, yang langsung tidak ada debaran.

Keputusan UPSR 2012, seperti yang telah dimaklumkan akan dikeluarkan pada 19 November 2012. Pemberitahuan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sidang akhbar. Calon-calon UPSR tahun ini boleh menyemak keputusan masing-masing mulai pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing pada hari tersebut. Keputusan tersebut juga boleh disemak melalui SMS atau online

Semakan keputusan melalui SMS
Semakan keputusan UPSR melalui online

Majlis Pengumuman Analisa Keputusan UPSR akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya,

Calon-calon UPSR yang mendapat keputusan cemerlang, bolehlah memohon memasuki Maktab Rendah Sains Mara. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan telahpun ditutup pada 31 Oktober yang lalu.


Thursday, 15 November 2012

Tokoh Maal Hijrah 1434/2012

Salam.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1434/2012. Majlis sambutan Maal Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.



Tan Sri Abdul Hamid, juga pernah menjadi Penasihat Agama kepada dua orang Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434 telah disampai kepada isteri allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.

Sunday, 11 November 2012

Gelagat Guru-guru Sepanjang Lawatan Tahun 6

Memulakan perjalanan.
Menikmati buffer dinner di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort
kehadiran di Sekolah Seni 
Disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar Sekolah Seni.
Asyik dan terlalu asyik.
Mengimbas kembali lawatan pada 2011
Bergambar bersama murid-murid pada mercu tanda Dewan Undangan Negeri
Cenderamata mengeratkan lagi tali silatulrahim.
Undangan Makan Malam dari YB Hajah Simoi Peri
Gambar kenang-kenangan bersama YB Hajah Simoi.
Terima kasih YB, tahun datang kami datang lagi.
Demostrasi mengisar padi oleh Cikgu Ramlee
Lihatlah betapa cerianya guru-guru SK Abang Aing.
Melawat sambil makan.
Makan lagi.
...dan lagi.
Santapan Diraja.
Ke mana lagi nie. Tak penatkah?
Keibaan di Markas TUDM
Cenderamata sebagai tanda terima kasih
Eh... ada lagi makan.
- gambar-gmbar ihsan Abang Mohd Preudrus.

Saturday, 10 November 2012

Gelagat putera-puteriku sepanjang Lawatan Sambil Belajar



Keriangan terpancar di wajah sebelum memulakan perjalanan ke Kuching.
Tak sabar-sabar memulakan perjalanan.
Memohon restu sebelum memulakan perjalanan
Destinasi pertama lawatan, Astana Negeri

Layanan 5 bintang dari pihak Astana Negeri

Makanan beradap di Astana Negeri.
Ketibaan di destinasi kedua, Markas TUDM

Taklimat tentang sejarah pesawat TUDM
Kagum ! Nak jadi pilotlah tu.
Makan Malam di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort
Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Sinar Serapi
Bergambar beramai- ramai di Sekolah Seni Malaysia, Sarawakl
Melawat Dewan Undangan Negeri Sarawak
Aktiviti waktu santai di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort
Seronoklah tu
Makan Malam ditaja oleh YB Hajah Simoi, ADUN LINGGA
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Dah kenyang dah.

Di kampung Budaya Sarawak.
Explore seluruh kawasan Kampung Budaya
Majlis ilmu oleh salah seorang pegawai Kampung Budaya
Menjejaki pahlawan Rentsp dan susur galur di Kampung Budaya
Makan lagi. Menunya citarasa pribumi Sarawak
Terpegun dan asyik menonton persembahan budaya
Di akhir lawatan di Kampung Budaya
- gambar ikhsan Abang Preudrus