Tahun 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kejayaan yang ditempah sepanjang tahun semasa, samada di bidang akademik mahupun kokurikulum. Begitu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, terlalu padat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti yang dilaksanakan, sila rujuk entri yang terdahulu.
Yang jelasnya, warga SK Abang Aing telah berjaya mengharungi detik-detik sukar tahun 2012. Dengan peruntukan kewangan yang agak terhad dan keterbatasan waktu, tuntutan takwim tahunan sekolah berupaya diselesaikan walaupun tarikh-tarikh yang telah ditetapkan perlu disesuaikan dengan aktiviti jabatan dan kementerian pelajaran.
Keupayaan warga SK Abang Aing mengekalkan kecermelangan dalam Penilaian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kejayaan yang paling manis sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Walaupun trend penurunan (prestasi UPSR) berlaku di peringkat nasional, negeri dan daerah, SK Abang Aing masih boleh memperbaiki Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 kepada 2.15.
Biarlah tahun 2012 berlalu dengan meninggalkan pahatan sejarah yang manis. Warga SK Abang Aing perlu melihat ke depan. Tahun 2013 sedang menunggu dengan penuh cabaran. Dengan bilangan murid-murid yang akan menduduki UPSR yang lebih ramai, kita masih menerima kemasukan perpindahan dari sekolah-sekolah lain. Sehingga ke tarikh hari ini, bilangan calon-calon yang akan menduduki UPSR 2013 adalah seramai 131 orang, pertambahan sebanyak 14 orang dari tahun 2012.
Berikut adalah seimbas pandangan tentang prestasi bakal calon-calon UPSR 2013 untuk semua subjek.
Dengan peratus kelulusan yang agak rendah untuk Mathematics, 53.49% tugas Panitia Matematik pasti mencabar. Lebih-lebih lagi pencapaian untuk UPSR 2012 adalah 94.0%. Pun begitu juga dengan subjek English yang hanya 67.97%, sedangkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai adalah 84.82%. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut akan menyemarakkan semangat warga SK Abang Aing untuk lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment