Sila Klik

Thursday 19 June 2014

Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains

India Street, Bagunan Electra, Jalan Gambir, Main Bazaar
Lebuh India yang telah berubah wajah.
Salam
Rasanya sudah sekian lama tidak menjenguk Bandaraya Kuching, tiba-tiba timbul keinginan mengunjungi Lebuh India atau lebih dikenali sebagai India Street. Agak payah juga untuk mencari tempat meletak kenderaan, terutama pada hujung minggu. Selepas dua tiga kali pusing keliling bangunan Electra, melalui Jalan Gambir akhirnya dapat petak yang agak baik bertentangan dengan Main Bazaar. Masa dulu, kawasan letak kereta ini adalah Pasar Ikan, bersebelahan Pasar Babi yang berhampiran Pasar Manok, maaf menggunakan bahasa Melayu tempatan sengaja nak mengimbas kembali nostalgia ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan Tun Abang Haji Openg tahun-tahun 70 an dulu.

Semasa berjalan kaki melalui Leboh India, entah macam mana tiba-tiba sahaja timbul keinginan untuk menjenguk kedai buku yang sebelum ini memang selalu dikunjungi bila berkehendakkan buku berunsur agama. Set-up dalam kedai masih tidak berubah, di sebelah menyebelah terdapat rak-rak yang menyimpan buku agama dan kitab manakala dihujung bahagian belakang tersusun rapi kotak-kotak songkok dan susunan kopiah. Dalam keghairahan membelek buku dan majalah, tiba-tiba terpandang sebuah buku yang hiasan grafik pada kulitnya agak menarik. Lagi menarik, nama salah seorang dari 3 penulis berbangsa Cina. Tanpa sebarang pertimbangan, buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains pun bertukar tangan.

Prof Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, Ng Siew Cheok

Buku terbitan Universiti Malaya, adalah hasil kajian Prof Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Hasil kajian saintifik tersebut mendapati setiap gerakan solat mempunyai rahsia tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan.

Menurut Professor Dr. Wan Abu Bakar yang mengkaji aktiviti otot, manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman untuk membolehkan otot menjadi kuat apabila digunakan. Beliau menambah, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan pergerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Malah katanya, solat menyamai terapi fizikal, jika dilakukan secara berterusan dan betul akan menghasilkan kesan positif 


Lagi menarik apabila Professor Dr. Fatimah Ibrahim menghurai dalam kajian beliau bahawa komposisi tubuh mengandungi 4 komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponnen air dan lemak. Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan 5 perkara, iaitu:
  1. solat 5 kali sehari
  2. memahami maksud bacaan dalam solat
  3. solat berjemaah
  4. rukuk dengan betul (90 darjah)
  5. melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahayat akhir
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Penyakit yang selalu dihidapi bagi yang seusia dengan saya. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.  Beliau menambah, keputusan positif ini adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud.

Ng Siew Chok pula menyatakan bahawa perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik. Ianya boleh diukur menggunakan satu alat elektrod (EEG - Electroencephalagraphy) yang diletakkan pada kulit kepala. Gelombang otak mempunyai beberapa frequensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Beliau kagum terhadap hasil kajian apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat adalah tenang seperti orang baru bangun dari tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah, "katanya.


Itulah kupasan yang agak ringkas mengenai satu penemuan yang sangat menarik. Tak cukup? Memang tak cukup, untuk lebih jelas dan terperinci, buku ini mesti dibeli. Cuma RM29.90. Saya percaya, fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan kita untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental. Tak sia-sialah, sebahagian hujung minggu saya dihabiskan dengan mencari tempat parking di sepanjang Main Bazaar melalui Jalan Gambir dan hampir terlanggar apek berbasikal berdekatan dengan Old Court House, dekat Pangkalan Sapi.

Selamat bersolat.

Wednesday 18 June 2014

Alhamdulillah ... Berpusu-Pusu Ahli UMNO Dan PAS Hadir Untuk Melawat Mantan Timbalan Menteri Di Rumah Orang Tua | Cucu Tok Selampit

Ada dah jadi?

Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman telah ditempatkan di Rumah Orang Tua-tua, Dementia Homecare Centre Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang.


Alhamdulillah ... Berpusu-Pusu Ahli UMNO Dan PAS Hadir Untuk Melawat Mantan Timbalan Menteri Di Rumah Orang Tua | Cucu Tok Selampit

Tuesday 17 June 2014

Dari Arkib Sejarah Sekolah



Salam.
Entri kali ini sekadar mengingatkan murid-murid SK Abang Aing yang ada menghargai apa yang dinikmati sekarang. "Legacy", sekolah tidak datang begitu saja. Ia nya dipupuk dan diolah sebegitu rupa oleh tokok-tokoh pendidik yang telah banyak menyumbang jasa kepada pembangunan sekolah. Sebagai mengenang jasa dan perjuangan mereka dalam mempertabatkan SK Abang Aing, disingkap sejarah 2 orang tokoh pendidik tersebut.

Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim
Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim(1910-1991). Lulusan James Brooke’s Training College, Kuching (1930-1933), bersara pada tahun 1965. Tokoh Guru Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 1991 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak tahun 1991.

Allahyarham Tuan Haji Mohammad bin Bujang

Tuan Haji Mohammad bin Bujang, (1915-1998). Menerima latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Menerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri pada tahun 1982. Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan tahun 1984 dan menerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak yang pertama pada tahun 1994.(Pena Melati Sarawak)


Bangunan SK Abang Aing pada tahun 1940an
Guru-guru dan murid-murid SK Abang Aing pada tahun 1957
Persembahan murid SK Abang Aing sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di Sri Aman pada 7 Okt. 1967.