Sila Klik

Wednesday, 26 December 2012

Bantuan Khas Awal Persekolahan Akan Diteruskan - Satu Usaha Meringankan Beban Ibubapa


Salam.
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pada awal tahun 2012 akan diteruskan lagi untuk tahun 2013. Ini adalah ekoran daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013. Sebanyak RM540 juta telah diluluskan oleh Perdana Menteri untuk tujuan tersebut.


Mengikut surat siaran Kementerian Pelajaran yang bertarikh 5 Disember 2012, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mulai 15 Januari hingga 15 Februari 2013.   Bantuan RM100 tersebut adalah untuk murid warganegara Malaysia yang belajar dalam Tahun 1 hingga Tingkatan 5, di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 

Bagi memastikan tiadak ada  murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah dimiita mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal tidak mencukupi.

Diharapkan agar bantuan sebanyak RM100 tersebut dapat meringankan ibubapa atau penjaga dalam menghadapi sesi persekolahan 2013. Manfaatlah bantuan tersebut untuk pelajaran anak-anak.




Sunday, 23 December 2012

MENTRANFORMASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DI BAWAH GTP 2.0 (2013 - 2015)


Salam.
Di bawah GTP 1.0 (Program Transformasi Kerajaan), NKRA Pendidikan memberi fokus kepada 5 sub NKRA :
  1. Prasekolah - Meningkatkan kadar enrolmen kanak-kanak berumur (4+ 5+) kepada 87% menjelang 2012, serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain.
  2. Literasi & Numerasi (LINUS) - Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) - 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi diwujudkan menjelang 2012 yang mempunyai etos, karakter dan identiti sendiri, Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
  4. Tawaran Baru Untuk Pengetua/Guru Besar - Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.
  5. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) - Mengurangkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7 melalui program-program khusus yang dirancang untuk sekolah-sekolah berprestasi rendah
Hasil pelaksanaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0 agak memberangsangkan, antaranya :
  1. 4,589 buah prasekolah baru beroperasi yang melonjakkan enrolmen kepada 77% pada tahun 2010 dan 2011.
  2. Murid tahun 2 pada 2011 telah mencapai kadar 97.5% literasi dan 98.6% numerasi
  3. 66 buah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. 1,203 orang Guru Besar dan Pengetua telah menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) pada 2010 dan 2011.
  5. 40% penurunan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7
GTP 2,0 (2013-2015) adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Pendidikan 2013-2015 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September yang lalu. Program GTP 2.0 adalah berteraskan tiga aspirasi yang telah dikenalpasti dalam sistem Pendidikan Malaysia.
  1. Akses - 100% enrolmen universal dari peringkat prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun.
  2. Kualiti - Kedudukan ketiga teratas antara negara yang mengambil pentaksiran antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun (daripada ketiga terbawah sekarang).
  3. Ekuiti - 50% pengurangan jurang prestasi (contoh antara bandar dan luar bandar, antara negeri) dalam tempoh 10 tahun.
Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya. Menurut perancangan,  laporan akhir Pelan Transformasi Pendidikan akan dilancarkan bila-bila masa dalam bulan Disember ini dan Buku GTP 2.0 akan dilancarkan pada Januari 2013. 

Entri yang berkaitan: