Dato Seri Najib Tun Abdul Razak |
Wan Ismail Bin Wan Chula yang dikasihi,
Yang ikhlas,
Hari ini negara tercinta
Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan
harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan.
Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia
yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah
yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara
bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Empat tahun yang lalu
merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi
global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil
kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk
pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk
meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang
pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.
Ia bukanlah perjalanan yang
mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh
tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil
keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini kami tidak bertindak
sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji
secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja
terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami
tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
Setelah melalui proses
mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah
merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk
tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya
Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang
telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan
Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan
tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan
anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta
makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi
meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
PRU kali ini perlulah
ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan
kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji
tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah,
memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
Demi anak-anak Malaysia
fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan
dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
Undi tuan-tuan dan
puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan
progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi
politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua,
dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah
payung falsafah 1Malaysia.
Yang ikhlas,
Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional
Pengerusi Barsian Nasional