Salam.
Semua warga pendidik termasuk murid-murid dan ibubapa merasa lega apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan Surat Siaran (sila baca di sini) yang bertarikh 19 Julai 2013. Apa tidaknya, Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka jatuh pada hari Khamis, 8 Ogos 2013 adalah sehari setelah Cuti Pertengahan Penggal 2 yang bermula pada 7 Ogos 2013 bagi negeri-negeri dalam Kumpulan B. Mudahlah bagi warga pendidik terutama guru-guru balik berhari raya di kampung halaman dan begitu juga dengan ibubapa yang merancang percutian mereka.
Menurut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 16 Tahun 2013, sekolah boleh memohon 4 Ogos atau 5 Ogos sebagai Cuti Peristiwa dan 5 Ogos atau 6 Ogos sebagai Cuti Berganti. 24 Ogos ditetapkan sebagai tarikh ganti bagi Cuti Berganti. Sila rujuk jadual di bawah.