Sila Klik

Thursday 2 October 2014

Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 1, Sekolah Berasrama Penuh KPM 2015

Salam.
Merujuk kepada Pemberitahuan yang diterbitkan oleh Bahagian Sumber Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 September 2014 permohonan secara online ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai dibuka pada 1-30 Oktober 2014. Calon-calon UPSR 2014 boleh melayari laman web KPM di www.moe.gov.my di ruang Aplikasi Berkala untuk keterangan lanjut.

Pemberitahuan permohonan online ke SBP 2015

Malah melalui aplikasi tersebut, pemohon boleh membaca dan seterusnya mencetak Panduan Permohonan sebelum mengisi permohonan secara dalam talian. Pemohon dinasihatkan mengisi borang permohonan dengan bimbingan ibubapa atau penjaga atau guru. Pengenalan diri pemohon untuk mengisi borang adalah ANGKA GILIRAN seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran UPSR 2014.


Maklumat-maklumat berikut akan dipaparkan setelah pemohon berjaya log-in menggunakan Angka Giliran UPSR.

  1. NAMA CALON
  2. ANGKA GILIRAN
  3. NO. SIJIL LAHIR
  4. JANTINA
  5. KOD DAN NAMA SEKOLAH
Di samping maklumat peribadi pemohon, maklumat-maklumat tentang ibu dan bapa juga perlu diisi semasa mengisi borang secara online. Justeru itu, maklumat-maklumat ibubapa seperti berikut perlu disediakan terlebih dahulu.
  1. No MYKAD
  2. Pekerjaan
  3. Sektor Perkhidmatan
  4. Pendapatan Bulanan dan 
  5. Bilangan Tanggungan
Maklumat kepimpinan pemohon di dalam Kegiatan Ko-kurikulum iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Pasukan Pakaian Seragam perlu disi dalam Borang Permohonan. Pilih satu pencapaian yang tertinggi dalam setiap komponen Ko-kurikulum.

Pemohon dinasihatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan BETUL dan Tepat. Kesilapan mengisi Borang Permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN. Walau bagaimanapun, PENGEMASKINIAN boleh dilakukan sehingga Tarikh Tutup Permohonan iaitu 30 Oktober 2014. 

Selamat mencuba.

Monday 29 September 2014

UPSR ULANGAN UNTUK KERTAS SAINS DAN BAHASA INGGERIS

Salam.
Isu kertas soalan bocor yang melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, telah menggemparkan seluruh negara. Semua orang marah, geram dan kecewa dari pemandu kereta sewa sehinggalah kepada ahli-ahli parlimen. Golongan guru dan ibubapa paling terasa, itu belum termasuk calon-calon UPSR sendiri yang merasakan usaha selama 9 bulan sepanjang tahun ini dianggap seolah sia-sia saja. 

Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 merupakan yang terawal didapati bocor pada 10 September 2014 sehari selepas itu kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 telah diisytiharkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kemudian pada 21 September yang lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Matematik. Laporan itu difahamkan telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ekoran daripada insiden-insiden kebocoran tersebut, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menjadualkan semula kertas-kertas yang didapat bocor seperti berikut:
  • 30 September 2014
  1. Kertas Sains 108, 028 dan 038
  2. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2
  • 9 Oktober 2014
  1. Kertas Matematik 015/1, 025/1 dan 035/1
  2. Kertas Bahasa Tamil 036 dan 037


Walaupun pada terasa juga bahangnya akibat kebocoran kertas soalan UPSR 2014, namun calon-calon UPSR 2014, SK Abang Aing tabah dan telah mengambil langkah-langkah positif. Berbagai program telah dijalankan sejak dari awal cuti sehingga 29 September 2014 untuk menghadapai UPSR ULANGAN esok, 30 September 2014 dan pada 9 Oktober 2014.