Salam.
Alhamdudillah 2 program besar telah sempurna dilancarkan. Pertama, Majlis Akujanji bersama waris calon-calon UPSR 2013 dan kedua Program Mentor Mentee. Satu lagi program yang bakal dilancarkan iaitu Bimbingan Rakan Sebaya. Semuanya menjurus kepada Kecemerlangan Keputusan UPSR 2013. Majlis Akujanji yang melibatkan 125 orang murid Tahun 6 dan waris masing-masing telah dilancar secara rasminya pada 7 Februari 2013 sementara Program Mentor Mentee telah disempurnakan pelancarannya pada 12 Mac 2013.
Mengimbas kembali Majlis Akujanji 2013. |
Murid-murid dan ibubapa semasa pelancaran Program Mentor Mentee 2013. |
Majlis Akujanji dan Program Mentor Mentee telah dijalankan setiap tahun sejak 2010. Ia diilhamkan sebaik sahaja keputusan UPSR 2009 diumumkan. Seluruh warga sekolah agar tercabar dengan keputusan pada tahun tersebut. Apa tidaknya, keputusan lulus semua kertas hanyalah setakat 57.25%, walaupun seramai 13 orang calon mendapat keputusan cemerlang 5A. Sejak dari tahun berikutnya, 2010 keputusan terus meningkat dengan agak ketara. Melihat kepada impak kedua-dua program terhadap keputusan UPSR agak posiitif, maka Majlis Akujanji dan Program Mentor Mentee telah dijadikan program tahunan.
Melihat kepada sasaran UPSR tahun ini (2013), jelas sekali ia memberi cabaran yang agak hebat kepada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Warga sekolah masih berpegang kepada kepercayaan bahawa 'setiap orang murid perlu diberi peluang untuk berjaya".