Sila Klik

Saturday 10 November 2012

Gelagat putera-puteriku sepanjang Lawatan Sambil Belajar



Keriangan terpancar di wajah sebelum memulakan perjalanan ke Kuching.
Tak sabar-sabar memulakan perjalanan.
Memohon restu sebelum memulakan perjalanan
Destinasi pertama lawatan, Astana Negeri

Layanan 5 bintang dari pihak Astana Negeri

Makanan beradap di Astana Negeri.
Ketibaan di destinasi kedua, Markas TUDM

Taklimat tentang sejarah pesawat TUDM
Kagum ! Nak jadi pilotlah tu.
Makan Malam di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort
Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Sinar Serapi
Bergambar beramai- ramai di Sekolah Seni Malaysia, Sarawakl
Melawat Dewan Undangan Negeri Sarawak
Aktiviti waktu santai di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort
Seronoklah tu
Makan Malam ditaja oleh YB Hajah Simoi, ADUN LINGGA
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Dah kenyang dah.

Di kampung Budaya Sarawak.
Explore seluruh kawasan Kampung Budaya
Majlis ilmu oleh salah seorang pegawai Kampung Budaya
Menjejaki pahlawan Rentsp dan susur galur di Kampung Budaya
Makan lagi. Menunya citarasa pribumi Sarawak
Terpegun dan asyik menonton persembahan budaya
Di akhir lawatan di Kampung Budaya
- gambar ikhsan Abang Preudrus

Thursday 8 November 2012

Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 81

Alhamdudillah.
Akhirnya acara kemuncak bagi SK Abang Aing, Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Kali Ke 81 telah sempurna dilaksanakan. Majlis yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Encik Bihud ak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah dilangsungkan di Dewan Suarah, dihadiri oleh kira-kira 800 orang tetamu termasuk penerima anugerah pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian 
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JK Pengelola.
Antara hadirin yang memenuhi Dewan Suarah Sri Aman.
Yang Berbahagia, Encik Bihud ak Apok PPD Sri Aman.
Majlis yang turut dihadiri oleh Encik Zaidi bin Sarkawi, Yang Dipertua PIBG, Penghulu Tuan Haji Mohd Haji Salleh, ketua-ketua agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa merupakan majlis yang termeriah yang pernah diadakan. Dalam ucapan perasmian, Encik Bihud menaruh setinggi harapan agar SK Abang Aing terus menjadi sekolah pilihan masyarakat di Sri Aman. Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan peruntukan kerajaan bernilai RM363,000.00 untuk penyelenggaraan psarana sekolah.
Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Bihud Apok.
Wan Muhd Muazzam, Tokoh Kurikulum 2012

Kemuncak dari aturacara yang disusun adalah, penganugerahan Tokoh Kurikulum, Tokoh Akademik dan Tokoh Murid 2012. Wan Muhd Muazzam bin Wan Abdull Khalid dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum Lelaki dan An'nissa Ariqah bt Jobli sebagai Tokoh Kurikulum Perempuan. Tokoh Akademik pula disandang oleh Farah Haziqah bt Hamdan. An'nissa Ariqah, sekali l;agi mendapat tepukan gemuruh sidang hadirin apabila dinobatkan Tokoh Murid 2012.
Farah Haziqah, Tokoh Akademik 2012
An'nissa Ariqah bersama ibu menerima anugerah Tokoh Murid 2012.
Turut diraikan dalam majlis tersebut adalah murid-murid Tahun 6 dan kanak-kanak Kelas Prasekolah yang masing-masing menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Graduasi Prasekolah. 
Kanak-kanak Kelas Prasekolah menerima Sijil Graduasi
Penerima pencapaian cemerlang akademik.
Cenderamata untuk Yang Berbahagia, Pegawai Pelajaran Daerah
Tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan ibubapa yang hadir. Seiring dengan cogan kata "Together We Strike For The Best", SK Abang Aing memang mengharap bantuan dan sokongan semua pihak untuk menjadi sekolah terbilang negeri Sarawak. 
-  semua gambar adalah sumbngan  Abang Mohd Preudrus 

Tuesday 6 November 2012

Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang kali Ke 81

ATURCARA MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
KALI KE 81
SK ABANG AING, SRI AMAN
8 NOVEMBER 2012

8.00 pagi     - Murid-murid mengambil tempat duduk
8.15 pagi      - Ketibaan ibubapa dan tetamu jemputan
8.30 pagi     - Ketibaan tetamu kehormat
                   - Bacaan Doa
                   - Lagu Negaruku dan Ibu Pertiwiku
                   - Persembahan Tahun 6
                   - Ucapan alu-aluan Oleh Guru Besar
                             - Encik Wan Ismail bin Wan Chula
                   - Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman
                             - Encik Bihud anak Apok
                   - Penyampaian Sijil kanak-kanak Prasekolah
                   - Penyampaian Sijil Berhenti Sekolah Murid Tahun 6
                   - Persembahan Action Song
                   - Penyampaian Hadiah Pencapaian Ketara Akademik
                   - Penyampaian Hadiah Matapelajaran Cemerlang
                   - Deklamasi Sajak
                   - Penyampaian Hadiah Akademik Cemerlang
                   - Tarian Kebudayaan
                   - Penyampaian Anugerah Cemerlang
1.      Anugerah Tokoh Kokurikulum
2.     Anugerah Tokoh Akademik
3.     Anugerah Tokoh Murid
-         Penyampaian Cenderamata
-         Koir Tahun 6
-         Jamuan
-         Bersurai

# Ibubapa kanak-kanak Prasekolah, ibubapa murid-murid tahun 6 dan ibubapa murid-murid yang menerima sijil dan anugerah dijemput hadir. Sama-samalah kita memeriahkan majlis di atas.