Sila Klik

Thursday 14 February 2013

TAHNIAH! Koperasi SK Abang Aing Berhad Untung Berganda



Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan semua ahli Koperasi SK Abang Aing Berhad kerana telah mencatat keuntungan yang di luar dugaan untuk tahun kewangan 2012. Prestasi yang cemerlang kali ini, adalah ekoran daripada kejayaan koperasi menyelesaikan semua hutang yang tertunggak. 

Pada tahun kewangan 2010, Koperasi SK Abang Aing Berhad telah mula menikmati keuntungan. Kejayaan ini berterusan untuk tahun kewangan 2011, apabila koperasi mencatatkan keuntungan besar sebelum cukai berjumlah RM12,112.41. Keuntungan pada tahun tersebut, membolehkan ahli-ahli koperasi menikmati dividen atas modal syer setelah sekian lama tidak menikmatinya.

Pengerusi Koperasi SK Abang Aing Berhad mengiringi pegawai-pegawai dari SKM
Pagi tadi, berlansung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SK Abang Aing Berhad, bagi tahun kewangan 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi koperasi merangkap Guru Besar, Encik Wan Ismail bin Wan Chula, dihadiri oleh ALK dan ahli-ahli koperasi. Turut sama hadir, Encik Rizan bin Tuah dan Encik Mohd. Najib bin Ulis dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewakili Penolong Pengarah SKM, Sri Aman. Semasa membentangkan Laporan Audit Luar, bendahari koperasi Puan Noria binti Bujang telah mengumumkan keuntungan koperasi sebanyak RM20,916.30 iaitu peningkatan sebanyak 72.68%. 

Bendahari koperasi membentang laporan kewangan
Setiausaha koperasi meloprkan kegiatan sepanjang tahun kewangan 2012. 
Sepanjang mesyuarat berlangsung, ahli-ahli koperasi yang terdiri dari murid-murid dan guru sekolah telah memain peranan yang aktif dalam perbincangan terutama dalam menentukan halatuju koperasi. Majlis telah sebulat suara mengekalkan barisan ALK. Semasa meluluskan belanjawan tahunan koperasi, majlis mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menambah had maksimum pelaburan dengan peningkatan 100%  dan mengekalkan had maksimum pembiayaan. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan dari Encik Rizan bin Tuah.

Encik Rizan berucap mewakil Ketua Penolong Pengarah SKM  
- kredit kepada En Abang Firdaus kerana menyediakan foto

Wednesday 13 February 2013

DARI ALBUM KEM MOTIVASI JATI DIRI 2012 - WORDLESS WEDNESDAY (WW)



Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan kecuali pada caption. Terpulang kepada pengunjung membuat tafsiran sendiri. "A picture is worth a thousand words."











Monday 11 February 2013

Sifat-sifat ular perlu dicontohi untuk lebih berjaya.



Salam.
Rasanya tidaklah begitu lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk rakan-rakan berbangsa Cina. Walau apa pun, seperti pada tahun-tahun yang lalu ucapan Selamat Tahun Baru telah diucapkan melalui sms, email, telefon ataupun bila terserempak di mana-mana. Kunjung mengunjung memang dah jadi amalan, cuma tak terdaya untuk rakan-rakan yang berada di kejauhan.

Berbagai harapan dan impian dijanjikan untuk Tahun Ular. Hanyalah harapan dan impian, ada ketikanya harapan dan impian tidak menjadi nyata. Dalam entri kali ini, penulis tidak berminat untuk mengulas tentang harapan dan impian yang dijanjikan untuk Tahun Ular, tidak mahu terjebak dalam amalan syirik.

Harapan penulis agar sifat-sifat ular yang positif dapat diikuti oleh 125 orang murid Tahun 6 yang akan berjuang menghadapi UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) tahun ini. Disenaraikan beberapa sifat ular yang boleh dicontohi dalam menghadapi cabaran.
  1. cepat mengambil keputusan dan bertindak pantas
  2. pemikir yang serius
  3. mudah menghadapi berbagai suasana
  4. kesabaran alamiah serta sifat penuh ketenangan
  5. penuh perhitungan dan gigih mengejar kejayaan
  6. licik dengan kepantasan
  7. kehidupan berakhir dengan kemenangan
Bertindaklah putera-puteriku, kalaulah ada sifat-sifat di atas walaupun tidak semua dapat dicontohi lalu disertakan dengan amalan doa memohon restu Allah SWT kecemerlangan adalah janjinya. Insyallah.