Sila Klik

Wednesday, 10 September 2014

KERTAS SAINS UPSR 2014 BOCOR!

Salam.
Berita yang agak mengecewakan "KERTAS SAINS UPSR BOCOR". Geram! Kecewa! Semuanya berbaur terutama sekali kepada 472,853 orang calon-calon UPSR di 8,299 di Pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kenyataan Akhbar Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM)
Menurut pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), kertas soalan Sains 018, 028 dan 038 telah didapati bocor melaluilaman sosial. Ia tersebar dengan meluas dan telah mendapat perhatian pihak LPM untuk menjalankan siasatan. 

Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan esok, 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. tarikh baru adalah pada 30 September 2014.

THE STAR ONLINE melapor perkara yang sama.
Sengaja saya war-warkan perkara ini agar supaya ibubapa dan terutamanya calon-calon UPSR 2014 yang terbabit mengetahui perubahan tarikh peperiksaan baru bagi kertas Sains 018, 028 dan 038. Walaupun ada pihak yang terkilan dan terkejut dengan perkara ini, kita sangat-sangat berharap agar siasatan terperinci dijalankan.

BH ONLINE 

Sama-samalah kita berdoa, agar ketabahan dan keyakinan yang tinggi pada 472,853 orang calon UPSR 2014 dapat dikekalkan sehingga tarikh baru kertas Sains diduduki. Anggaplah apa yang terjadi sebagai cabaran tambahan untuk lulus cemerlang dalam UPSR 2014.

Utusan ONLINE





Monday, 8 September 2014

Persediaan Saat-saat Akhir Untuk Peperiksaan - Bahagian 2





Salam.
Dalam entri yang sebelumnya, saya telah senaraikan langkah-langkah yang perlu di buat bila hari pertama peperiksaan, bermula dari bangun tidur sehingga bersalaman dengan ibubapa sebelum meninggalkan rumah. Kali ini 
saya nak berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berada di Dewan Peperiksaan.


1. Duduk dengan tenang dan tarik nafas dan bertawakal. Yakinlah apa yang telah diusahakan selama ini.

2. Baca doa berikut:

Doa Apabila Terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa."

3. Sebelum buka kertas peperiksaan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula menjawab.


4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang terlupa, jangan gugup. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, insyallah boleh ingat semuanya. 

Selamat berjaya calon-calon UPSR 2014, SK Abang Aing. Kecemerlangan milik kita selamanya.




Persediaan Saat-saat Akhir Untuk Peperiksaan - Bahagian 1





Salam.
Saban tahun kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik terutama sekali bila melibatkan persaingan dengan rakan-rakan. Musim sekarang adalah musim peperiksaan, dimulakan dengan UPSR 2014 yang bermula pada 9 September akan disusuli dengan SPM dan STPM.

Sertiap kali musim peperiksaan tiba, guru dan ibubapalah yang akan mengalami debaran yang cukup hebat. Seolah-olah mereka yang akan bertarung di Dewan Peperiksaan. Keperihatinan ini disebabkan kita sebagai guru dan ibubapa hendak yang terbaik untuk anak dan murid-murid kita. Biarlah keputusan peperiksaan mereka mencermin usaha gigih yang telah dilakukan.


Untuk calon-calon UPSR 2014, saya nak berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila pada hari pertama peperiksaan.

1. Bangun awal.
2. Solat tahajud, subuh dan solat hajat.



3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat, cukup sekadar tidak
   merasa lapar.
5. Pastikan segala keperluan alat tulis peperiksaan dibawa bersama.
6. Sebelum bersalam dengan ibubapa lakukan perkara-perkara berikut:

Baca surah Al-Fatihah - 3 kali





Takbir - 7 kali




Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW - 3 kali





7. Salam, cium tangan ibubapa dan mohon maaf.
8. Mulakan dengan langkah kanan bila keluar dari rumah.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. 




Majlis memohon Restu 2014.


- akan bersambung malam ini