Sila Klik

Friday, 2 January 2015

TOV [take-off Value] TAHUN ENAM 2015

Salam.
12 Januari 2015, bermula sesi persekolahan 2015 setelah ditangguh seminggu berikutan banjir yang melanda negara. Baca di sini, entri yang berkaitan

Entri kali ini memaparkan image grafik yang mengambarkan tentang prestasi murid-murid Tahun 6 pada tahun ini. Tak perlulah, ulasan panjang lebar tentang perkara ini kerana image grafik yang dipaparkan boleh menerangkan segala-galanya.






Monday, 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN DITANGGUH SEMINGGU

Salam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Penangguhan tersebut berikutan banjir yang melanda seluruh negara ketika ini.

Antara kawasan yang dinaiki banjir di sekitar Manek Urai ketika tinjauan di sekitar Kelantan pada Khamis.
 Foto: BERNAMA
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat banjir akan mengambil masa untuk dipulihkan. Guru-guru, ibu bapa serta pelaja ryang terlibat memerlukan masa untuk membuat persiapan.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Beliau menambah, dengan penangguhan ini tarikh baru bagi permulaan sesi persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015. Manakala bagi negeri-negeri lain, termasuk Sabah dan Sarawak akan bermula pada 12 Januari 2015. Ekoran daripada penangguhan tersebut kebanyakan guru, ibu bapa dan pelajar menganggap tindakan tersebut adalah sangat wajar yang  dibuat oleh Kementerian Pendidikan semasa negara dilanda banjir.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira : 
  1. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
  2. Keadaan guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang menjadi mangsa banjir perlu mengambil masa untuk dipemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di negeri yang tidak terjejas kerana banjir telah merangka awal program-program pendidikan terutama sekali Mesyuarat Pengurusan 2015 dan Hari Pendaftaran Pelajar, tidak ketinggalan SK Abang Aing, Sri Aman. Program-program tersebut berjalan seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:
  1. Pendaftaran Pelajar - 30 Disember 2014 @ 8.30 pagi, bertempat di kelas masing-masing.
  2. Mesyuarat Pengurusan 2015 - 31 Disember 2014 @ 9.00 pagi berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman.
Semoga pemberitahuan ini dapat menjelaskan semua pertanyaan melalui telefon yang sekolah terima sepanjang hari ini.