Sila Klik

Monday 9 September 2013

KAMI JUARA LAGI!

Salam.
Tahniah kepada kontingen SK Abang Aing yang telah menjuarai Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Sekolah Daerah Sri Aman 2013. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Sri Aman dengan kerjasama pihak SHELL Malaysia Sebelum pertandingan tersebut diadakan pihak penganjur telah memberi peluang dan kemudahan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk menjalani latihan di Taman Lalu Lintas. Latihan yang dlakukan di bawah seliaan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak PDRM.
.
Kontingen SK Abang Aing.
Acara tahunan tersebut dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada generasi muda terutama para pelajar agar mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya bagi mengelak kemalangan. Lebih seratus orang pelajar dari 7 buah sekolah dalam daerah Sri Aman telah mengambil bahagian. Pertandingan tersebut dibahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah.

Kejayaan milik mereka.
Dalam Kategori Sekolah Rendah, SK Abang Aing telah dinobatkan sebagai juara, manakala naib juara disandang oleh SJK Chung Hua Simanggang dan SK Melugu tempat ketiga. Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perumahan merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia Luar Bandar, YB Datuk Francis Harden ak Hollis. Turut hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada Walikota Majlis Daerah Sri Aman, wakil dari SHELL Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Masyarakat termasuk guru dan pelajar dari sekolah yang mengambil bahagian.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Francis Harden ak Hollis
Sebagai juara peringkat daerah Sri Aman, kontingen dari SK Abang Aing mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri Sarawak yang akan berlangsung di Kuching sekitar Oktober nanti. Sama-samalah kita berdoa agar SK Abang Aing akan terus menempa kejayaan untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

Bersama hadiah dan sijil masing-masing.