Salam.
Dalam entri pada 26 Disember 2012, telah diulas dengan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100, sila klik di sini. Entri tersebut ditulis semata-mata menunjukkan rasa berterima kasih kepada kerajaan yang akur tentang beban ibubapa setiap awal persekolahan. sesuai dengan tajuk entri, "Bantuan Khas Awal Persekolahan Akan Diteruskan - Satu Usaha Meringankan Beban Ibubapa". Kedua, untuk makluman kepada yang berkenaan; pihak pengurusan sekolah, ibubapa dan pelajar-pelajar.
Mengikut Surat Siaran Kementerian, Bahagian kewangan Bil 1/2012, bayaran bantuan tersebut dilakukan mulai 15 Januari hingga 15 Februari 2013 secara berperingkat. Sehubungan dengan perkara tersebut, media perdana dan akhbar-akhbar hampir setiap hari melaporkan pembayaran tersebut, lengkap dengan video dan gambaran majlis penyerahan terutama untuk murid-murid di Semananjung Malaysia. Antaranya, Utusan Malaysia pada 15 Januari 2013, melaporkan dengan tajuk Bantuan Persekolahan RM100 mula diagih hari ini. Sementara Bernama Online, melaporkan 100 orang ibubapa pelajar di salah sebuah sekolah menerima bantuan.
Peruntukan untuk tujuan tersebut telah dimasukkan ke akaun sekolah sejak 11 Januari 2013 yang lalu dan jadual pembayaran telah pun diberitahu kepada ibubapa bermula 15 Januari hingga 17 Januari. Tiba-tiba pihak sekolah diberitahu, pembayaran perlu ditangguh dan akan dilakukan pada tarikh yang akan ditetapkan. Sejak semalam, deringan telefon sekolah mengalahkan keadan di bursa saham, bertanyakan Bantuan Awal Persekolahan. Tak kurang pula yang datang sendiri ke sekolah, kerana jadual pembayaran telah diedarkan. Alahai, macam mana nie?
Kepada ibubapa yang di luar sana, sabarlah tuan-tuan dan puan-puan. Penangguhan ini di luar kawalan sekolah, lambat laun akan dapat juga wang RM100 yang telah disediakan. Tangguhkan dulu pembeliaan peralatan persekolahan anak-anak. Takkan lari gunung dikejar, Betul, anak lain dah dapat, anak tuan-tuan dan puan-puan akan dapat juga nanti. Bukankah ianya akan dibayar dari 15 Januari hingga 15 Februari, masih ada 30 hari lagi. Alahai, alahai, alahai.
Entri lain yang berkaitan: