Salam.
Seawal jam 9.00 pagi telah berada di sekolah untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan tapak perhimpunan, tempat letak kenderaan dan gelanggang serbaguna. Kawasan-kawasan tersebut diturap dengan lapisan bitumen. Kerja tersebut adalah antara skop kerja penyelenggaraan prasarana sekolah. Peruntukan penyelenggaraan telah disalurkan oleh Kementerian Pelajaran pertengahan tahun ini. Kerja-kerja hanya dapat dijalankan pada 1.12.2012, satu tarikh yang keramat. Kerja-kerja agak lewat dimulakan setelah melalui proses tender yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya dan gangguan semasa hari persekolahan.
|
Kerja perlapisan bitumen di Tapak Perhimpunan. |
Selain daripada kerja-kerja penyelenggaraan di atas, ianya juga termasuk:
- naiktaraf blok kelas Prasekolah
- penyelenggaraan 2 Blok Bilik Kelas termasuk kerja-kerja mengecat semula dan memasang jubin
- naiktaraf bilik Guru Besar
- penyelenggaraan tandas guru dan murid
- penyelenggaraan pagar dan pintu masuk utama
|
Bitumen Paving Machine digunakan. |
|
Bekalan bitumen yang didatangkan dari bandaraya Kuching. |
Pakej penyelenggaraan yang bernilai lebih RM360,000.00, diharap akan menukar landskap SK Abang Aing yang selama ini agak kusam dan tidak bermaya terutama sekali keadaan bilik kelas yang tidak kondusif. Sekurang-kurangnya dengan penyelenggaraan dan naik taraf yang dilakukan, akan menceria lagi proses pembelajaran dan pengajaran.
|
Mesin roller digunakan untuk memberi kepadatan kepada permukaan, |
|
Dengan teknologi yang ada, kerja-kerja manual masih diperlukan. |
|
Tapak Perhimpunan yang hampir selesai diselenggara. |
Kawasan yang diturap lapisan bitumen agak luas. Memandangkan bekalan bitumen datangnya dari bandaraya Kuching, kerja penurapan perlu diselesaikan pada yang sama untuk mengelakkan bitumen menjadi gumpalan yang tidak boleh digunakan.
|
Sesedap mata memandang. |
|
Nampak cantik dan bersih. |
|
Lebihan bitumen digunakan untuk mencantik jalan masuk. |
Dengan cuaca panas terik pada sebelah pagi dan hujan awal petang, kerja-kerja penurapan perlu diteruskan. Sehingga jam 4.00 petang akhirnya seluruh permukaan dapat diturapkan. Alhamdudillah, Kerja Penyelenggaraan Fasa I dapat diselesaikan, satu permulaan yang bagus pada 1.12.2012.