Salam.
Dah 4 tahun berturut-turut, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, impian dan harapan untuk memperolehi 20 orang calon mendapat gred 5A telah dipasak dalam sasaran tahunan. Bila saja keputusan UPSR diumumkan, impian dan harapan berkecai, bak kaca jatuh ke batu. Lihat saja keputusan UPSR 2009, sekadar 13 orang calon yang memperolehi keputusan cemerlang 5A. Tahun selanjutnya, 2010 lagi parah, sekadar 5 orang calon, bahana subjek Bahasa Inggeris yang jatuh merundum. Ketika itu, nearmiss kita seramai 30 orang calon memperolehi 4A1B. Diandaikan ketika itu, prestasi Bahasa Inggeris dapat dipertahankan, berkemungkinan lebih 30 orang calon akan memperolehi 5A. Kita seolah-olah hilang punca, alhamdudillah jiwa muslim dan profession keguruan tidak pernah mengajar untuk kita berputus asa.
Kita atur strategi, perkemaskan perancangan dan bila keputusan UPSR 2011, diumumkan SK Abang Aing kembali kepada landasan asal walaupun telah tergelincir. Pada tahun tersebut, seramai 13 orang calon memperolehi gred 5A dan keputusan keseluruhan melonjak. Dari segi bilangan calon yang lulus cemerlang dengan 5A, kita masih berada di puncak untuk daerah Sri Aman. Pada tahun ini (2012), bila keputusan UPSR diumumkan, warga SK Abang Aing seolah-olah tergamam dan terkejut berok. Apa tidaknya, hanya seramai 10 orang calon sahaja memperolehi keputusan 5A dan 11 orang calon memperolehi keputusan 4A1B. Kita tenggelam punca, subjek Bahasa Inggeris lagi yang mengheret keputusan kita. 4 subjek yang lain, masih mengekalkan kelulusan di atas 90% tapi Bahasa Inggeris berada pada 80.3%.
Nah, tahun 2013 semakin hampir menampakkan egonya. Berupayakah warga SK Abang Aing kali ini? Melihat kepada prestasi Tahun 5 sekarang, nampaknya tahun 2013 menjanjikan satu CABARAN yang agak hebat. Buktinya pada graf di bawah.
Dengan pencapaian gred A untuk setiap kertas seperti berikut:,
- Bahasa Melayu Pemahaman = 53 orang
- Bahasa Melayu Penulisan = 33 orang
- English = 1 orang
- Mathematics = 10 orang
- Science = 15 orang
No comments:
Post a Comment