Salam.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telah diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Na'imah Ishak. Dalam pengumuman tersebut, beliau menjelaskan bahawa 45,054 calon (8.94%) berjaya memperolehi 5A, penurunan sebanyak 0.54% berbanding dengan tahun 2011. Dr. Na'imah juga berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu dari 2.30 kepada 2.31. Calon lulus semua kertas dengan minimum gred C, meningkat dari 55.45% kepada 56.94%
SK Abang Aing, telah meningkat dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 (2011) kepada 2.15 pada tahun ini. Sementara, calon yang lulus semua kertas dengan minimum gred C adalah sebanyak 90 orang iaitu 76.92 peratus. Calon-calon yang memperolehi 5A, seramai 10 orang (8.54%) dari 117 calon yang menduduki UPSR 2012.
Mereka yang lulus cemerlang 5A terdiri daripada:
- An'nissa Ariqah bt Jobli
- Brittany Simut Merai ak Berceang
- Chrishaninie ak Albert
- Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin
- Farah Haziqah bt Hamdan
- Felissia Chandi ak Dennis Jugah
- Lorita ak Juen
- Samuel Justine Ajau ak Henerry
- Siti Farhiyatul bt Wasli
- Wan Nur Ain bt Wan Ismail
|
An'nisa Ariqah bt Jobli |
|
Brittany Simut Merai ak Berceang |
|
Chrishaninie ak Albert |
|
Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin |
|
Farah Haziqah bt Hamdan |
|
Felissia Chandi ak Dennis Jugah |
|
Lorita ak Juen |
|
Samuel Justin Ajau ak Henerry |
|
Siti Farhiyatul bt Wasli |
|
Wan Nur Ain bt Wan Ismail |
Tahniah kepada calon-calon yang berjaya terutama kepada calon-calon yang memperolehi 5A, 4AIB dan yang lulus semua kertas. teruskan kegigihan dan usaha anda bila berada di sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment