Salam.
Pastikan bukan kita |
Pelaksanaan ujian kompetensi ICT kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah) bagi negeri Sarawak dilaksanakan hari ini 23 Oktober 2013 (Rabu), bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengah malam pada 31 Oktober 2013 (Khamis). Ujian tersebut boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Matlamat ujian tersebut bertujuan mengumpul data yang membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan melaksana program latihan yang tepat berdasarkan tahap digital literasi guru dan pentadbir sekolah. Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Untuk Memulakan Ujian, Sila Klik Di sini
Guru dan pentadbir sekolah (Pengetua dan Guru Besar) haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk membantu pihak KPM merancang dan melaksana program latihan pembangunan profesionalisme secara berterusan.
Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit menggunakan pelbagai peranti (device) telekomunikasi. Contohnya: computer, iPad, tablet, smartphone dll.
Sila Klik Di sini Untuk Memulakan Ujian.
Guru atau pentadbir sekolah diminta memasukkan kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian dan ikutilah arahan seterusnya. Untuk perhatian setiap soalan mesti dijawab sebelum boleh bergerak ke soalan berikutnya. Ujian harus dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan boleh dilakukan di luar sesi persekolahan.
Selamat memerah otak.