Sila Klik

Saturday, 27 October 2012

Ibadat Qurban SK Abang Aing 2012

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)
- Surah Al-Kautar 108:2)
Alhamdudillah. 
Ibadat Qurban anjuran SK Abang Aing telah disempurnakan dengan jayanya pada. Majlis yang diadakan pada 11 Zulhijah 1433, bersamaan dengan 27 Oktober 2012 telah dimulakan sejak jam 6.30 pagi dengan penyembelihan 2 ekor lembu.

بسم الله، والله أكبر، اللهم هذا منك ولك، هذا عني
Lembu qurban yang telah disembelih oleh Ustaz Azman
Lembu-lembu qurban yang telah disembelih, dilapah beramai-ramai dengan bantuan ibubapa yang hadir dengan masyarakat setempat. Tak sampai 2 jam semuanya telah dilakukan dengan begitu lancar.


Kira-kira pukul 10.30 pagi, daging qurban telah selesai diagihkan kepada  mereka yang berhak menerima. Sempena dengan  itu juga, majlis gotong royong memasak daging qurban telah diadakan untuk jamuan makan tengahari.

Adalah diharap agar, lebih ramai lagi guru dan kakitangan sekolah serta pihak yang berminat  akan turut serta dalam ibadat qurban pada tahun depan. Insyallah. 

Thursday, 25 October 2012

Salam Eid Al Adha


Majlis Khatam Al-Quran 2012


Majlis Khatam Al-Quran, murid-murid SK Abang Aing tahun ini akan berlangsung pada 30 Oktober 2012 bersamaan dengan 14 Zulhijah 1433. Majlis yang melibat seramai 103 orang murid akan berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman. Majlis pada tahun ini dianggap istimewa kerana diadakan selang beberapa hari umat Islam menyambut Hari Raya Eid Al Adha. Juga ianya cukup istimewa pada tahun ini, majlis berlangsung selepas sahaja warga sekolah melakukan Ibadah Qurban.

Mengimbas kembali Majlis Khatam Al-Quran 2011
Mengimbas kembali majlis yang sama tahun lepas (2011), ianya dilangsungkan di tapak perhimpunan sekolah. Jumlah murid-murid yang terlibat adalah jauh berkurangan daripada tahun ini. Adalah menjadi harapan, Jawatankuasa Pengelola, agar majlis pada tahun ini lebih meriah. Amin.



Tuesday, 23 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 - Bahagian Terakhir

Salam.
Program Perkhemahan Unit Beruniform 2012 telah selesaikan menutupkan tabirnya kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. Majlis telah penutupan rasmi telah dilakukan oleh Guru Besar disaksikan oleh semua kadet, fasilitator dan Jawatankuasa Pengelola. 


Mengadakan latihan untuk persembahan pada malam terakhir
Petugas sedang memanggang ayam dan ikan untuk peserta perkhemahan

Masing-masing dah bersedia....ayam dah masak.

Peserta perkhemahan mengambil makan malam

Menikmati juadah dalam keadaan serba kekurangan

Tumpang makan, meliur tengok wing

Tarian Puteri Santubong, dipersembahkan oleh kumpulan Super Power
Kumpulan Super Lizard dengan Tarian Sumazau

Ucapan Guru Besar semasa Majlis Penutupan Rasmi

Menyampai Sijil Penyertaan kepada kadet perkhemahan


Monday, 22 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 - Bahagian 3

Salam.
Program Perkhemahan Unit Beruniform telah masuk ke hari ketiga. Alhamdudillah, semuanya telah berjalan seperti yang direncanakan. Peserta perkhemahan semakin galak menjalankan aktiviti mengikut jadual. Cabaran dan rintangan mereka tempohi, tetapi semuanya masih bersemangat kental. Contohnya, pada malam tadi dengan khemah yang sedikit basah, semuanya boleh melelapkan mata.   

Ilmu ikatan dan simpulan
Fasilitator menunjukcara membuatan ikatan dan simpulan
Putera dan puteri rimba memperagakan fesyen abad ke 25
Menunggu juri membuat penilaian
Padat dengan kreativiti
Bergambar bersama dengan fasilitator.
Rebus telur ke bakar telur?
Memanggang telur.
Begitulah gelagat peserta perkhemahan kali ini. Semuanya melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh dan penuh komitmen. Apakah aktiviti selanjutnya yang akan dilakukan pada malam ini dan esok? Kita tunggu posting yang akan datang.

Sunday, 21 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 - Bahagian 2

Salam.
Hari pertama Perkhemahan Unit Beruniform berjalan lancar. Sesi mendaftar peserta-peserta perkhemahan bermula pada pukul 2.00 petang diikuti dengan aktiviti mendirikan khemah. Peserta dikelompokkan kepada 10 kumpulan dengan diawasi oleh dua orang guru sebagai fasilitator.


Khemah telah siap untuk dihuni
Pembahagian kumpulan

Menghadiri taklimat dari Kem Komandan
Taklimat untuk para fasilitator.

Perbincangan antara fasilitator.
Sesi bertemu fasilitator

Memilih Ketua Kumpulan

Brainstorming 

Membuat pembentangan kepada fasilitataor

Taklimat untuk ahli-ahli kumpulan

Serious.