Sila Klik

Thursday 25 October 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012


Majlis Khatam Al-Quran, murid-murid SK Abang Aing tahun ini akan berlangsung pada 30 Oktober 2012 bersamaan dengan 14 Zulhijah 1433. Majlis yang melibat seramai 103 orang murid akan berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman. Majlis pada tahun ini dianggap istimewa kerana diadakan selang beberapa hari umat Islam menyambut Hari Raya Eid Al Adha. Juga ianya cukup istimewa pada tahun ini, majlis berlangsung selepas sahaja warga sekolah melakukan Ibadah Qurban.

Mengimbas kembali Majlis Khatam Al-Quran 2011
Mengimbas kembali majlis yang sama tahun lepas (2011), ianya dilangsungkan di tapak perhimpunan sekolah. Jumlah murid-murid yang terlibat adalah jauh berkurangan daripada tahun ini. Adalah menjadi harapan, Jawatankuasa Pengelola, agar majlis pada tahun ini lebih meriah. Amin.



No comments: