Sila Klik

Monday 22 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 - Bahagian 3

Salam.
Program Perkhemahan Unit Beruniform telah masuk ke hari ketiga. Alhamdudillah, semuanya telah berjalan seperti yang direncanakan. Peserta perkhemahan semakin galak menjalankan aktiviti mengikut jadual. Cabaran dan rintangan mereka tempohi, tetapi semuanya masih bersemangat kental. Contohnya, pada malam tadi dengan khemah yang sedikit basah, semuanya boleh melelapkan mata.   

Ilmu ikatan dan simpulan
Fasilitator menunjukcara membuatan ikatan dan simpulan
Putera dan puteri rimba memperagakan fesyen abad ke 25
Menunggu juri membuat penilaian
Padat dengan kreativiti
Bergambar bersama dengan fasilitator.
Rebus telur ke bakar telur?
Memanggang telur.
Begitulah gelagat peserta perkhemahan kali ini. Semuanya melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh dan penuh komitmen. Apakah aktiviti selanjutnya yang akan dilakukan pada malam ini dan esok? Kita tunggu posting yang akan datang.

No comments: