Sila Klik

Saturday 27 October 2012

Ibadat Qurban SK Abang Aing 2012

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)
- Surah Al-Kautar 108:2)
Alhamdudillah. 
Ibadat Qurban anjuran SK Abang Aing telah disempurnakan dengan jayanya pada. Majlis yang diadakan pada 11 Zulhijah 1433, bersamaan dengan 27 Oktober 2012 telah dimulakan sejak jam 6.30 pagi dengan penyembelihan 2 ekor lembu.

بسم الله، والله أكبر، اللهم هذا منك ولك، هذا عني
Lembu qurban yang telah disembelih oleh Ustaz Azman
Lembu-lembu qurban yang telah disembelih, dilapah beramai-ramai dengan bantuan ibubapa yang hadir dengan masyarakat setempat. Tak sampai 2 jam semuanya telah dilakukan dengan begitu lancar.


Kira-kira pukul 10.30 pagi, daging qurban telah selesai diagihkan kepada  mereka yang berhak menerima. Sempena dengan  itu juga, majlis gotong royong memasak daging qurban telah diadakan untuk jamuan makan tengahari.

Adalah diharap agar, lebih ramai lagi guru dan kakitangan sekolah serta pihak yang berminat  akan turut serta dalam ibadat qurban pada tahun depan. Insyallah. 

No comments: