Sila Klik

Thursday 13 December 2012

Bila keputusan PMR 2012 diumumkan?

Salam.
Di manakah calon-calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 sekarang? Melancong, makan angin bersama keluarga atau sedang mengikuti kursus peningkatan diri atau bekerja secara sambilan di kedai makanan segera, di stesen petrol ataupun membantu keluarga? Apa-apapun masa yang begitu panjang tidak perlu dibazirkan dengan melepak atau berada di depan komputer melayan laman sosial.

Agak-agaknya, 481,424 calon PMR sedang menunggu penuh debaran keputusan yang bakal mereka perolehi. Bilakah keputusan PMR diumumkan? Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, tarikh keputusan diumumkan pada 19 Disember 2012. Calon-calon boleh mengambil keputusan dari sekolah masing-masing  selepas jam 11.00 pagi pada hari yang sama.

Selain daripada datang ke sekolah, calon-calon juga mempunyai dua pilihan untuk menyemak keputusan, melalui online atau SMS. Semakan keputusan online, bolehlah melayari laman Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Semakan keputusan secara online
Melalui SMS pula, taip PMR[NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888. Contoh: PMR 970907135729 SK352L086



Semakan keputusan PMR melalui SMS

Selamat berjaya.

Entri yang berkaitan: 
  1. Murid-murid Tahun 6, 2009 - Wajah-wajah Kesayangan Hamba
  2. Debaran menunggu keputusan UPSR


Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia.

Salam.
Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun, pelajar-pelajar yang akan memasuki Tingkatan 1, menunggu dengan penuh debar samada permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ataupun ke Sekolah Seni Malaysia diterima atau tidak. Debaran itu semakin kuat apabila ada di antara rakan-rakan mereka sudah mendapat makluman dari pihak yang berkenaan. Sila rujuk entri yang terdahulu bertajuk SBP atau MRSM atau Sekolah Sukan atau pun Sekolah Seni?? Buatlah Pilihan Yang Bijak.



Khabar berita untuk mereka yang telah memohon ke Sekolah Seni Malaysia, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran, untuk membuat semakan online eSSeM dari 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012. Rujuk screen shot di bawah.
Screen-shot: Semakan  Tawaran Ke Sekolah Seni Malaysia (sila double click )
Entri yang berkaitan:
SBP atau MRSM atau Sekolah Sukan ataupun Sekolah Seni?? - Buatlah Pilihan Yang Bijak.


Tuesday 11 December 2012

Pejabat Guru Besar DIlanda Ribut - Kerja Penyelenggaran Fasa III

Salam.
Agak malang pada minggu-minggu terakhir menjelang sesi persekolahan 2013, timbul ketidakselesaan ketika menyiapkan perancangan untuk tahun depan. Apa tidaknya, pihak kontraktor tanpa memberi sebarang amaran terus datang meranapkan pejabat kesayangan walaupun telah diberitahu awal-awal kerja penyelenggaraan perlu dilakukan bermulanya cuti sekolah. 

Kawasan belakang dirobohkan untuk pembinaan  rak buku dan dokemen.
Dalam keadaan begini, terpaksalah membuka pejabat sementara bersebelahan dengan dengan Bilik Guru. Waktu-waktu begini ramai ibubapa dan tetamu yang datang atas urusan persekolahan anak-anak, mahu tidak mahu kena bawa mereka ke Dewan Bouganvilla. 

Habuk dan debu merimaskan suasana.
Semua ini adalah kerja-kerja penyelenggaran yang telah masuk ke Fasa III - Menaiktaraf Pejabat Guru Besar. Skop kerja termasuk mendirikan partition untuk Bilik Mesyuarat Mini, membaikpulih kabinet / rak buku dan dokumen serta mengubahsuai bilik yang dulunya Klinik Pergigian.

Keadaan pejabat, seolah-olah telah dilanda ribut.
Kerja-kerja mendirikan partition untuk Bilik Mesyuarat Mini.
Harap-haraplah kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf ini tidak mengambil masa yang agak lama. Masih banyak tugasan yang sedang menunggu. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) perlu diisi secara online sebelum 26 Disember, Takwim Sekolah perlu siap sebelum 15 Disember, Perancangan Kelas, Agihan Tugas Guru, sekadar menyebut beberapa tugasan yang ada dateline.

Entri berkaitan:

Segmen | Semarakkan Rakan Blogger Google+

Salam.
Sekarang sibuk dibualkan tentang widget terbaru dari google. Seperti yang sering diperkatakan oleh para bloggers, widget Google+ bakal menggantikan widget follower biasa yang mungkin akan ditamatkan. Menyahut cabaran tersebut, saya terpanggil untuk menyertai kempen HASRULHASSAN.COM (HH), Segmen | Semarakkan Rakan Blogger Google+.


Ayuh, sama-sama kita menyemarakkan kempen ini, Meminjam entri dari saudara HasrulHassan : 

Google+ lebih baik sebab dengan sekali klik, anda bukan sahaja berhubung sesama blogger tetapi semua mereka yang mempunyai akaun dalam rangkaian Google. Malah, apabila anda berkongsi (1+) entri-entri di blog anda, semua rakan anda akan mengetahui akan perkongsian tersebut - sama seperti anda klik Facebook LIKE dalam entri blog. Jom semarakkan rakan blogger Google+.
Keterangan lanjut tentang program ini dan cara menyertai serta tindakan follow-up, sila klik Segmen|Semarakkan Rakan Blogger Google+. Selamat meramaikan rakan blogger.

Sunday 9 December 2012

HARIMAU MALAYA VS GAJAH PUTIH AFF SUZUKI CUP 2012

harimau malaya 300x250 Banner

Salam.
Entri kali ini berkisar tentang AFF Suzuki Cup 2012 dan fokusnya survival Harimau Malaya melepasi halangan dalam perlawanan separuh akhir. Malaysia terpaksa bertemu dengan juara Kumpulan A, Thailand. Kalau diimbas permulaan AFF Suzuki Cup 2012, ternyata penyokong Harimau Malaya dah putus harapan apabila Malaysia ditewaskan oleh Singapura 0-3. Semangat kembali menyemarak apabila Malaysia menewaskan Laos 4-1 dan Harimau menjinakkan Geruda 2-0. Lantas meletakkan Malaysia bersama Thailand, Singapura dan Filipina untuk ke separuh akhir.

Malam ini Harimau Malaya akan berdepan dengan Gajah Putih dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Bukit Jalil pada pukul 8.00 malam. Perlawanan separuh akhir kedua pula, mereka akan berentap di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember. Apa-apa pun, Harimau Malaya perlu melakarkan kemenangan malam ini, untuk lebih selesa pada pertemuan kedua nanti.



Kalau diimbas kepada track record perlawanan Malaysia VS Thailand, sejak tahun 2007 lagipun, Malaysia tidak pernah menang dengan Thailand. Kali terakhir rekod Malaysia menewaskan Thailand adalah pada tahun 2004 pada aksi kumpulan AFF Suzuki Cup 2004. Namun, jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal, kekal optimis dengan kemampuan anak buahnya melakarkan hasil yang positif.


Datuk K. Rajagobal, jurulatih Harimau Malaya
Inilah pertemuan yang benar-benar menguji pasukan Harimau Malaya. Sama-samalah kita berdoa agar kesemua anak buah K. Rajagobal disuntik semangat dan kecerdasan yang tinggi. Juga agar Safee Sali dan Wan Zack dan lain-lain pemain yang cedera pulih sepenuhnya. Kita perlu menang. Ammiin.