Salam.
Agak malang pada minggu-minggu terakhir menjelang sesi persekolahan 2013, timbul ketidakselesaan ketika menyiapkan perancangan untuk tahun depan. Apa tidaknya, pihak kontraktor tanpa memberi sebarang amaran terus datang meranapkan pejabat kesayangan walaupun telah diberitahu awal-awal kerja penyelenggaraan perlu dilakukan bermulanya cuti sekolah.
Kawasan belakang dirobohkan untuk pembinaan rak buku dan dokemen. |
Dalam keadaan begini, terpaksalah membuka pejabat sementara bersebelahan dengan dengan Bilik Guru. Waktu-waktu begini ramai ibubapa dan tetamu yang datang atas urusan persekolahan anak-anak, mahu tidak mahu kena bawa mereka ke Dewan Bouganvilla.
Habuk dan debu merimaskan suasana. |
Semua ini adalah kerja-kerja penyelenggaran yang telah masuk ke Fasa III - Menaiktaraf Pejabat Guru Besar. Skop kerja termasuk mendirikan partition untuk Bilik Mesyuarat Mini, membaikpulih kabinet / rak buku dan dokumen serta mengubahsuai bilik yang dulunya Klinik Pergigian.
Keadaan pejabat, seolah-olah telah dilanda ribut. |
Kerja-kerja mendirikan partition untuk Bilik Mesyuarat Mini. |
Harap-haraplah kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf ini tidak mengambil masa yang agak lama. Masih banyak tugasan yang sedang menunggu. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) perlu diisi secara online sebelum 26 Disember, Takwim Sekolah perlu siap sebelum 15 Disember, Perancangan Kelas, Agihan Tugas Guru, sekadar menyebut beberapa tugasan yang ada dateline.
Entri berkaitan:
2 comments:
Pejabat Guru Besar tuk kah?
Yup. Dah ranap dah.
Post a Comment