Sila Klik

Friday, 12 October 2012

Majlis Penangguhan Rasmi Sukan Tahunan Sekolah - Meriah Dan Termahal

Alhamdudillah.
Majlis Penangguhan Sukan Tahunan Sekolah 2012 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Simoi bt Haji Peri dengan penuh meriah. Kemeriahan yang berlaku di Padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Encik Bihud anak Apok, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan masyarakat setempat. Kira-kira 1000 orang termasuk para atlit sekolah terlibat dalam majlis yang berlangsung kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Ketibaan YB Pn Hajah Simoi diiringi oleh En James ak Itam
Para jemputan menyambut ketibaan Yang Berhormat ADUN N.23, Lingga
Dalam ucapan penangguhan rasmi, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi telah menyeru agar masyarakat membantu dan menyokong usaha Persatuan Ibubapa Guru dan pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Menurut beliau lagi, sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terancang, tidak ada sebab Sri Aman tidak dapat melahirkan jagoan sukan yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa. Di akhir ucapan, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi telah mengumumkan pemberian permohonan sebanyak RM30,000 untuk pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung dan RM3,500 untuk sekolah membiayai program di hujung tahun. Beliau juga telah sudi untuk menaja Makan Malam kepada rombongan sekolah yang akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar pada 1 dan 2 November 2012.

Terima kasih Yang Berhormat kerana menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah.
Perbincangan serious isu-isu pendidikan  antara YB, PPD dan GB 
Menyerahkan tropi olahragawati terbaik 2012.
Cenderamata untuk Yang Berhormat Puan Hajah Simoi
 Lagi gambar-gambar kemeriahan Sukan Tahunan Sekolah 2012.

Memohon restu kepada Allah SWT .

Perbarisan kontingen semasa majlis Penangguhan Rasmi

Sebahagian daripada atlit yang bertanding

Rumah Kuning sebagai Naib Juara

Posting istimewa dari petugas dan penyokong bagi Rumah Merah

Ahli sukarelawan dari JPAM memberi pertolongan cemas

Petugas-petugas  kejohanan 

Kontingen Rumah Hijau 
Kontingen Rumah Ungu diisytiharkan sebabagi Juara 2012

* gambar-gambar yang disiarkan adalah dari ihsan Abang Preudrus

Thursday, 11 October 2012

Gambar-gambar Rumah Terbakar Di Sri Aman.

Jalan masuk ke kawasan kebakaran menjadi sesak.
Kebakaran hampir merebak kepada rumah yang berdekatan.
Pihak polis berjaya mengawal orang awam dari memasuki kawasan kebakararan.
Kebakaran merebak di tingkat bawah.

Keadaan tekanan air yang rendah menyukarkan usaha memadam kebakaran.\


Memutuskan bekalan elektrik untuk mengelak kejadian lebih buruk.

Tuesday, 9 October 2012

Murid-murid Tahun 6, 2009 - Wajah-wajah kesayangan hamba.

Putera-puteri SK Abang Aing.

Anak-anak harapan bangsa.
Menyanyikan lagu "You raised me up".
Salam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa posting kali ini memberi tumpuan kepada bekas pelajar-pelajar SK Abang Aing tahun 2009. Jawapannya mudah saja, merekalah kumpulan yang mengatasi rekod terbaik  UPSR 1999. Mereka jugalah kohort Tahun 6 yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam kegiatan kokurikulum, juga telah menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan menaikkan nama sekolah. Yang paling penting, kumpulan inilah yang sedang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Selamat berjuang putera dan puteriku.

Saat yang terbaik untuk mengingat semula  wajah-wajah kesayangan ini adalah mengimbas semula Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang 2009. Majlis yang khusus diadakan untuk mereka penuh nostalgik. Penuh dengan kerinduan terhadap kenangan indah selama 6 tahun mereka berada di SK Abang Aing. Nostalgik bukan hanya untuk mereka tapi juga untuk guru dan kakitangan sekolah.

Guru sebak, pelajar lagi sebak.
Saat akhir mereka berada di SK Abang Aing
Sebut saja nama-nama mereka seperti Nur Faris, Ariessa, Ummu Zaimah, Mohd Amirul, Nur Shahizatie, Wan Mohd Taufiq, Hazwani Basilah, Noor Azzarianie, Ain Natasya, Allis Sandra, Allistair Selumbang, Nurul Syafiqah, Norcahaya, Awang Muhd Shahiran, Awang Iskandar, Suzannie George, Florence Munai dan banyak lagi nama yang tak dapat disebut, pasti semua guru masih ingat. Paling tidak dapat dilupa, gelagat nakal tetapi menghiburkan Ian Kedit, Muhamad Alif, Awang Anas, Mohd Sanie dan geng-geng mereka.

Sebahagian dari wajah-wajah ceria Tahun 6, 2009
Walau di mana saja mereka berada, samada di SMK Simanggang, SMK Sri Aman, SMK St Luke, MRSM Kuching, MRSM Betong atau di SM Sains Kuching, kami guru-guru di SK Abang Aing mendoakan agar mereka berjaya melakukan pecutan terakhir semasa menghadapi PMR 2012. Yang Allah, peliharalah kesihatan mereka yang menduduki PMR tahun ini. Permudahkan mereka menjawab soalan-soalan. Berilah ketenangan kepada mereka, jauhilah mereka dari perasaan resah dan gelisah. Kuatkan ingatan mereka, cekalkan hati mereka, doronglah mereka menjawab dengan betul seperti yang diarahkan dan jaminkan keputusan cemerlang untuk mereka. Amin.

                               Tuan Residen Sri Aman menerima cenderamata.                                             

Tetamu Kehormat Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang, 

Sunday, 7 October 2012

Kelebihan Ibadah Korban.



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
1.  Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
2.  Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
3.   Berdasarkan   sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
4.  Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
  Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada   Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]
Rujukan                                                                      
-sumber Wikipedia