Sila Klik

Wednesday, 24 December 2014

Merry Christmas - Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas

Salam.

Merry Chrismas kepada semua yang merayakan Perayaan Krismas yang akan disambut dengan perasaan yang teruja dan penuh gemilang esok. Terutama kepada warga SK Abang Aing yang beragama Kristian.

Tarikh 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama Kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama Kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kepercayaan orang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan Aiduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.



Kedatangan hari tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan dan disambut dengan perasaan yang teruja dan penuh gemilang. khasnya oleh masyarakat Kristian. Sambutan perayaan ini, yang juga dikenali sebagai Hari Natal disambut setiap tahun pada 25 Disember (esok - ketika entri ini ditulis) bagi mengingati kelahiran "Jesus". - sumber dari daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kata Christmas (Natal) bermaksud Mass Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran "Jesus". Perayaan yang disambut oleh setengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katholik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapat ajaran itu. Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaanj yang terkandung dalam ajaran Kristian Katholik Rom pada abad ke 4 ini berasal dari upacara adat masyarakat. - ensiklopedia bebas


Di negara kita Malaysia, sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang. - sumber Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.



Monday, 22 December 2014

TAKWIM JANUARI 2015

Salam.
Cuti persekolahan hampir sampai ke penghujung, tak lama lagi sesi persekolahan 2015 akan menyingkap tabirnya. Guru, ibu bapa dan murid-murid akan kembali sibuk. Semua cukup teruja untuk meraikan kedatangan tahun 2015 dengan segala perancangan dan impian. Semua berharap agar tahun 2015 lebih menyerlah kejayaan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pihak sekolah seperti biasa telah merancang awal-awal semua program kecemerlangan dan pengisiannya, seawal semenjak Cuti Akhir Tahun bermula, 21 November 2014 yang lalu. Sebagai pelengkap semua perancangan, Takwim Sekolah digubal sekemas yang mungkin agar semua aktiviti berjalan lancar dan sempurna. Untuk makluman dan tindakan awal semua pihak, di bawah adalah takwim bagi bulan Januari 2015. 



Keterujaan dan harapan  ibu bapa terhadap anak pada hari pertama persekolahan.