Sila Klik
Friday, 29 June 2012
Sunday, 24 June 2012
11 September 2012
(UPSR DATANG LAGI)
11 September datang lagi. Setiap
tahun seluruh dunia mengingati peristiwa 4 pesawat komersil yang meranap Menara
Berkembar World Trade Centre di New York dan bangunan Pentagon di Arlington,
Virginia berdekatan Washington, D.C.
Kononnya angkara pengganas al-Qaeda yang yang menyerang Amerika. Berbagai
spekulasi timbul akibat peristiwa yang terjadi pada 11 September 2001. PENGGANAS
ATAU KONSPIRASI?
Itu 11 September 2001. Fokus
entri ini ialah 11 September 2012. Tarikh
bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun ini. Saya percaya semua sekolah telah
mengatur strategi untuk menghadapi tarikh itu. Berbagai program diadakan untuk
memantapkan kesediaan murid-murid Tahun 6. Ibubapa pun tidak kurangnya, selalu
mengintai pusat tuisyen yang terbaik untuk anak-anak mereka. Di mana-mana saja,
penganjur seminar tengah sibuk mempromosikan produk mereka dengan slogan-slogan
yang “catchy”- Ke Arah 5A UPSR, Seminar Kecemerlangan UPSR 2012, Klinik UPSR
2012 dan bermacam lagi. Penerbit-perbit buku pula sejak dari penghujung tahun
lepas berlumba-lumba melambakkan buku tentang UPSR di pasaran dengan berbagai
tajuk yang memberi harapan tinggi kepada pemilik buku tersebut.
Murid-murid SK Abang Aing tidak
terkecuali. Dimulakan dengan Majlis Akujanji yang menghimpun seramai 242 orang
murid dan ibubapa masing di Dewan Suarah Sri Aman pada 1 Mac yang lepas. Bergema
Dewan Suarah dengan kesungguhan semua murid Tahun 6 yang telah memperkuatkan
semangat dan tekad di hadapan ibubapa dan guru.
Majlis Akujanji 2012
Program Mentor-Mentee 2012
Sekali lagi Dewan Suarah bergema
dengan Majlis Perasmian Program Mentor
Mentee. Seramai 42 orang mentee (murid) telah diserahkan oleh ibubapa
masing-masing kepada mentor (guru). Para mentee yang berpotensi untuk mendapat
keputusan cemerlang 5A dibimbing oleh mentor dalam semua subjek UPSR.
Untuk selama 3 hari Kem Motivasi
dan Jati Diri telah dilangsungkan pada 14 hingga 16 Mei 2012. Murid-murid Tahun
6 telah dilatih untuk lebih berdikari dan mengenal potensi dalam diri mereka.
Mereka juga diajar untuk menggunakan potensi yang ada bagi mencari kaedah
terbaik mencapai kejayaan terutama dalam bidang akademik.
Kem Motivasi Dan Jati Diri 2012
Pada Jumaat lepas, 22 Jun 2012,
dilancarkan pula Program Rakan Sebaya. Seramai 25 orang Tahun 6 Jaya akan
membimbing dan membantu seramai 50 rakan mereka yang belum menguasai
subjek-subjek tertentu. Program tersebut akan berjalan selama 2 bulan dalam 2
fasa. Mereka yang dibimbing adalah kalangan murid yang belum mencapai gred C
dalam satu-satu subjek.
Sekarang warga SK Abang Aing
sedang rancak mengatur persediaan untuk menyambut 10 orang mahasisiwa dari
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan mengadakan program motivasi
kepada murid-murid Tahun 6 pada 29 Jun 2012. Semua murid-murid Tahun begitu
teruja menunggu kakak-kakak dan abang-abang berkunjung ke SK Abang Aing.
Harapan kita agar semua perancangan berjalan lancar. Insyallah.
Majlis Penutupan Rasmi Kem
Motivasi Dan Jati Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)