Sila Klik

Sunday, 24 June 2012


11 September 2012 (UPSR DATANG LAGI)
11 September datang lagi. Setiap tahun seluruh dunia mengingati peristiwa 4 pesawat komersil yang meranap Menara Berkembar World Trade Centre di New York dan bangunan Pentagon di Arlington, Virginia berdekatan Washington,  D.C. Kononnya angkara pengganas al-Qaeda yang yang menyerang Amerika. Berbagai spekulasi timbul akibat peristiwa yang terjadi pada 11 September 2001. PENGGANAS ATAU KONSPIRASI?

Itu 11 September 2001. Fokus entri ini ialah 11 September 2012.  Tarikh bermulanya  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Saya percaya semua sekolah telah mengatur strategi untuk menghadapi tarikh itu. Berbagai program diadakan untuk memantapkan kesediaan murid-murid Tahun 6. Ibubapa pun tidak kurangnya, selalu mengintai pusat tuisyen yang terbaik untuk anak-anak mereka. Di mana-mana saja, penganjur seminar tengah sibuk mempromosikan produk mereka dengan slogan-slogan yang “catchy”- Ke Arah 5A UPSR, Seminar Kecemerlangan UPSR 2012, Klinik UPSR 2012 dan bermacam lagi. Penerbit-perbit buku pula sejak dari penghujung tahun lepas berlumba-lumba melambakkan buku tentang UPSR di pasaran dengan berbagai tajuk yang memberi harapan tinggi kepada pemilik buku tersebut.

Murid-murid SK Abang Aing tidak terkecuali. Dimulakan dengan Majlis Akujanji yang menghimpun seramai 242 orang murid dan ibubapa masing di Dewan Suarah Sri Aman pada 1 Mac yang lepas. Bergema Dewan Suarah dengan kesungguhan semua murid Tahun 6 yang telah memperkuatkan semangat dan tekad di hadapan ibubapa dan guru.
 
 Majlis Akujanji 2012

                                                   Program Mentor-Mentee 2012
Sekali lagi Dewan Suarah bergema dengan Majlis  Perasmian Program Mentor Mentee. Seramai 42 orang mentee (murid) telah diserahkan oleh ibubapa masing-masing kepada mentor (guru). Para mentee yang berpotensi untuk mendapat keputusan cemerlang 5A dibimbing oleh mentor dalam semua subjek UPSR.

Untuk selama 3 hari Kem Motivasi dan Jati Diri telah dilangsungkan pada 14 hingga 16 Mei 2012. Murid-murid Tahun 6 telah dilatih untuk lebih berdikari dan mengenal potensi dalam diri mereka. Mereka juga diajar untuk menggunakan potensi yang ada bagi mencari kaedah terbaik mencapai kejayaan terutama dalam bidang akademik.


Kem Motivasi Dan Jati Diri 2012

Pada Jumaat lepas, 22 Jun 2012, dilancarkan pula Program Rakan Sebaya. Seramai 25 orang Tahun 6 Jaya akan membimbing dan membantu seramai 50 rakan mereka yang belum menguasai subjek-subjek tertentu. Program tersebut akan berjalan selama 2 bulan dalam 2 fasa. Mereka yang dibimbing adalah kalangan murid yang belum mencapai gred C dalam satu-satu subjek.
Sekarang warga SK Abang Aing sedang rancak mengatur persediaan untuk menyambut 10 orang mahasisiwa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan mengadakan program motivasi kepada murid-murid Tahun 6 pada 29 Jun 2012. Semua murid-murid Tahun begitu teruja menunggu kakak-kakak dan abang-abang berkunjung ke SK Abang Aing. Harapan kita agar semua perancangan berjalan lancar. Insyallah.


Majlis Penutupan Rasmi Kem Motivasi Dan Jati Diri




No comments: