Sila Klik

Friday, 20 July 2012

PRESTASI TERKINI MURID-MURID TAHUN 6



Setelah dijalankan 3 kali penilaian murid-murid Tahun 6 menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka berada pada landasan yang wajar. Sekiranya momentum ini berterusan, insyallah sasaran yang telah ditetapkan boleh tercapai. Cuma mereka masih lagi memerlukan suntikan semangat melalui sesi motivasi yang dijalan setiap pagi Jumaat.

Harapan semua pihak agar, mereka tetap tabah dan tidak pudar kesungguhan mereka. Sempena dengan semangat Ramadhan Al-Mubarak, didoakan agar murid-murid Tahun 6 dikurniakan kecerdasan berfikir, diberi keupayaan mengingat dan diilhamkan kekayaan budi perkerti dan keindahan tutur kata.

Amin.
Prestasi from Wan Ismail

Thursday, 19 July 2012

Wajah-wajah Ceria - 5A, UPSR

Salam..
Sehingga Penilaian 4 Pra-UPSR, seramai 6 orang murid Tahun 6 telah berjaya mencapai keputusan lulus cemerlang 5A. Mereka telah berjaya mendapat keputusan 5A sekurang-kurang 2 kali penilaian. Mereka adalah Nur Nadzirah bt Ja'afar, Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin, Brittany Simut Merai, Wan Nur Ain bt Wan Ismail dan An'nissa Ariqah bt Jobli. 

Tahun 2012, sekolah mensasarkan 20 orang murid mendapat keputusan cemerlang 5A. Masih terdapat 14 orang lagi yang berada dalam keadaan "near-miss", masih dalam keputusan 4A1B. Insyallah, selepas Penilaian 5, Pra UPSR mereka akan berada dalam keadaan selesa untuk memperolehi 5A dalam UPSR September nanti.
Nur Nadzirah bt Ja'afar

Dayang Nur Amira bt Awang Mohammad Tajudin

Brittany Simut Merai

Farah Haziqah bt Hamdan
Wan Nur Ain bt Wan Ismail

An'nissa Ariqah bt Jobli

Tuesday, 17 July 2012

Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 - Hari Kedua

Salam.
Alhamdudillah, siang tadi baru berakhir Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012. Terima kasih kepada JK Pelaksana, guru-guru, ibubapa dan murid-murid Tahun 6 kerana menunjukkan komitmen yang tinggi. Tak lupa juga kepada para fasilitator jemputan, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain, Cik Normala Udin, Encik Mohamad Faizai bin Ismail, Encik Zoshi bin Salam dan Encik Patrick Hansam.

Burung tempua terbang di awan
Hala menuju ke sebelah barat
Sungguh tinggi budimu tuan
Akan dikenang sepanjang hayat

Program di sebelah pagi dimulakan sesi refleksi aktiviti semalam. Pemudahcara adalah guru-guru subjek Bahasa Melayu iaitu Puan Norehah bt Mustapha dan Puan Julia bt Mohd Hashim sementara untuk subjek Sains pula ialah Puan Dayang Faridah bt Mohd Nor.

Tepat jam 10.00, Encik Zoshi bin Salam, Penolong Kanan dari SK Bandar Baru Semariang merangkap Ketua Pemeriksa bagi kertas Matematik UPSR membimbing peserta program selama 3 jam. Murid-murid didedahkan kaedah yang betul menjawab kertas Matematik melalu ceramah dan bengkel.

Pada sebelah petang, Encik Patrick Hansam seorang guru dari SK Batu LIntang, juga seorang pemeriksa kertas Bahasa Inggeris UPSR memukau peserta program dengan penampilan yang bersahaja tapi mudah diikuti. 

Program diakhiri dengan Majlis Penangguhan Rasmi yang serba ringkas oleh Guru Besar. Dalam ucapan beliau, Guru Besar mencabar murid-murid Tahun 6 agar menunjukkan peningkatan keputusan Penilaian III dengan mengguna dan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi selama berkampung di Dewan Suarah.

Nyata sekali Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 adalah yang Program Kecemerlangan yang terbaik pernah dianjurkan. 

Syabas.




Monday, 16 July 2012

Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 - Hari Pertama



Program Motivasi dan Ceramah Keibubapaan 2012, dimulakan dengan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR yang dikendalikan oleh Cikgu Normala Haji Udin. Beliau merupakan Pemeriksa kertas UPSR selama 3 tahun. Sesi selama 3 jam kendalian beliau yang mencakupi Kertas 011 dsn Kertas 012 amat berguna kepada calon-calon UPSR untuk mendapat Gred A dalam kedua-dua kertas.

Cikgu Normala Haji Udin mengendalikan sesi bengkel



Murid-murid tekun mengikuti ceramah dan mencatat nota.

Pada sebelah petang pula, murid dan ibubapa masing-masing mengikuti ceramah motivasi dari Tuan Haji Ibrahim bin Jemain mantan Pengetua SMK Simanggang dan SMK Sri Aman. Menurut beliau, sebagai pemimpin kepada anak-anak ibu dan bapa  berperanan sebagai :

  1. penentu halatuju
  2. memimpin perubahan
  3. contoh melalui teladan
  4. menunjukkan keyakinan
  5. menimbulkan keghairahan, inspirasi dan semangat
  6. menggalakkan komunikasi dua hala
  7. memberi sokongan dan bantuan dan
  8. menjalankan pemantauan


Murid-murid memeluk ibubapa masing-masing di akhir ceramah keibubapaan