Sila Klik

Tuesday 17 July 2012

Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 - Hari Kedua

Salam.
Alhamdudillah, siang tadi baru berakhir Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012. Terima kasih kepada JK Pelaksana, guru-guru, ibubapa dan murid-murid Tahun 6 kerana menunjukkan komitmen yang tinggi. Tak lupa juga kepada para fasilitator jemputan, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain, Cik Normala Udin, Encik Mohamad Faizai bin Ismail, Encik Zoshi bin Salam dan Encik Patrick Hansam.

Burung tempua terbang di awan
Hala menuju ke sebelah barat
Sungguh tinggi budimu tuan
Akan dikenang sepanjang hayat

Program di sebelah pagi dimulakan sesi refleksi aktiviti semalam. Pemudahcara adalah guru-guru subjek Bahasa Melayu iaitu Puan Norehah bt Mustapha dan Puan Julia bt Mohd Hashim sementara untuk subjek Sains pula ialah Puan Dayang Faridah bt Mohd Nor.

Tepat jam 10.00, Encik Zoshi bin Salam, Penolong Kanan dari SK Bandar Baru Semariang merangkap Ketua Pemeriksa bagi kertas Matematik UPSR membimbing peserta program selama 3 jam. Murid-murid didedahkan kaedah yang betul menjawab kertas Matematik melalu ceramah dan bengkel.

Pada sebelah petang, Encik Patrick Hansam seorang guru dari SK Batu LIntang, juga seorang pemeriksa kertas Bahasa Inggeris UPSR memukau peserta program dengan penampilan yang bersahaja tapi mudah diikuti. 

Program diakhiri dengan Majlis Penangguhan Rasmi yang serba ringkas oleh Guru Besar. Dalam ucapan beliau, Guru Besar mencabar murid-murid Tahun 6 agar menunjukkan peningkatan keputusan Penilaian III dengan mengguna dan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi selama berkampung di Dewan Suarah.

Nyata sekali Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan 2012 adalah yang Program Kecemerlangan yang terbaik pernah dianjurkan. 

Syabas.




No comments: