Sila Klik

Saturday 29 September 2012

Wajah-wajah Ceria Kumpulan Annissa'

Amanat dari Guru Besar sebelum ke pusat pertandingan.
Ambil kesempatan bergambar dengan sifu

Personaliti- personaliti yang menyumbang ke atas kejayaan Kumpulan Annissa'
Gambar kenang-kenangan
Aih. Persembahan dah abis? Tak terasa...

Menunggu keputusan diumumkan

Berdebar-debar

Posting istimewa.
Anak siapa mereka?

Tanda kepuasan kerana telah mempersembahakan yang terbaik
Ketua Kumpulan Annissa' 

Saat yang ditunggu-tunggukan

Yes. !! Abang Aing Boleh!!
- gambar-gambar sumbangan Abang Preudrus

Friday 28 September 2012

Tahniah SK Sri Aman.

Tahniah kepada SK Sri Aman kerana menjuarai Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Bahagian Sri Aman yang telah berlangsung pada 27 September 2012 bertempat di SK Sri Aman. Sekaligus kumpulan dari sekolah tersebut telah melayakkan diri untuk berentap pada Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Negeri. Pertandingan yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman. Dijangka 11 bahagian akan mengambil bahagian bersempena juga dengan Khatam Al-Quran Beramai-ramai Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke 7.

Tahniah! SK Sri Aman.


Dalam pertandingan peringkat bahagian Sri Aman, 3 buah sekolah rendah telah mengambil bahagian. SK Abang Aing telah menampilkan 25 orang murid perempuan yang menganggotai Kumpulan Annissa'. Dengan pakaian sedondon ungu dan kuning langsat mereka telah memberi saingan yang cukup hebat. Kumpulan Annissa' dari SK Abang Aing telah berjaya mendapat tempat kedua.

Naib Johan, Kumpulan Annissa'

Satu-satunya kumpulan peserta lelaki dari SK Agama Majlis Islam, Sri Aman tidak kurang hebatnya. Kumpulan peserta lelaki tersebut telah mendapat tempat ketiga. Syabas kepada ketiga-tiga kumpulan yang telah menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan. Dijangkakan lebih ramai lagi sekolah dalam bahagian Sri Aman. Pokok pangkalnya promosi perlu ada dari Unit Agama, Pejabat Pelajaran Daerah.

Tempat Ketiga, SK Agama Majlis Islam, Sri Aman


Thursday 27 September 2012

Sukaneka Tahun 6

Mesyuarat J/K Pengelola
Majlis Perasmian Sukaneka Tahun 6

Penyediaan bahan-bahan untuk dibawa ke padang KPSU

Taklimat kepada ahli kumpulan

Salah satu acara

Seriousnya....

Teruskan ke garisan penamat

Betulkah nombor 1?

Bila nok penuh?

Ukur betul-betul Ustaz

Hembus jangan tak hembus

Belum cukup besar

Menunggu giliran masing-masing.

Sampai begitu sekali.
Walaupun letih tapi mampu tersenyum

Johan secara keseluruhan.

Berposting untuk merayakan kemenangan
kredit kepada Abang Preudrus kerana  foto-foto yang disediakan

Tuesday 25 September 2012

Lelong / Jualan Murah Handpone. Tamat


JUALAN (LELONG)HANDPHONE "OPS TELEFON BIMBIT"









TAMAT

Pembida-pembina yang telah berjaya dimohon menghubungi admin secepat mungkin, sebelum jam 2.00 petang 25 September 2012. Gagal berbuat demikian wang cagaran akan hangus. Baki bahan lelongan yang tidak dituntut akan dilelong sekali lagi.


Monday 24 September 2012

Handphone second-hand untuk dijual.



Hasil Op Telefon Bimbit
Salam.
Dalam posting yang lepas, sengaja dibuat tajuk yang agak catchy "Pelajar dibenar bawa telefon ke sekolah? TIDAK". Sambutannya di luar dugaan sehinggakan aliran trafik agak luarbiasa. Siang tadi telah dilancar satu operasi "Op Telefon Bimbit". Hasilnya beberapa gajet yang canggih dapat ditemui. Walaupun atas apa-apa alasan, peraturan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah masih tidak dibenarkan.

Jenama Nokia dari pelbagai model


Lagi Model Nokia

Gajet Yang Canggih