Sila Klik

Friday 28 September 2012

Tahniah SK Sri Aman.

Tahniah kepada SK Sri Aman kerana menjuarai Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Bahagian Sri Aman yang telah berlangsung pada 27 September 2012 bertempat di SK Sri Aman. Sekaligus kumpulan dari sekolah tersebut telah melayakkan diri untuk berentap pada Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Negeri. Pertandingan yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman. Dijangka 11 bahagian akan mengambil bahagian bersempena juga dengan Khatam Al-Quran Beramai-ramai Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke 7.

Tahniah! SK Sri Aman.


Dalam pertandingan peringkat bahagian Sri Aman, 3 buah sekolah rendah telah mengambil bahagian. SK Abang Aing telah menampilkan 25 orang murid perempuan yang menganggotai Kumpulan Annissa'. Dengan pakaian sedondon ungu dan kuning langsat mereka telah memberi saingan yang cukup hebat. Kumpulan Annissa' dari SK Abang Aing telah berjaya mendapat tempat kedua.

Naib Johan, Kumpulan Annissa'

Satu-satunya kumpulan peserta lelaki dari SK Agama Majlis Islam, Sri Aman tidak kurang hebatnya. Kumpulan peserta lelaki tersebut telah mendapat tempat ketiga. Syabas kepada ketiga-tiga kumpulan yang telah menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan. Dijangkakan lebih ramai lagi sekolah dalam bahagian Sri Aman. Pokok pangkalnya promosi perlu ada dari Unit Agama, Pejabat Pelajaran Daerah.

Tempat Ketiga, SK Agama Majlis Islam, Sri Aman


No comments: