Sila Klik

Saturday 14 July 2012

Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan

Salam.

Murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR akan berkampung lagi, kali ini di Dewan Suarah, Sri Aman pada 16 dan 17 Julai 2012. Mereka akan menghadiri bengkel dan ceramah menjawab soalan kertas-kertas UPSR di samping ceramah motivasi. Pada masa yang sama, ibubapa murid-murid Tahun 6 berpeluang mendengar dan mengikuti Ceramah Keibubapaan.

Seperti pada tahun-tahun yang lepas, pihak PIBG telah menjemput pemeriksa dan guru-guru cemerlang dalam bidang masing-masing untuk memberi petua dan tip cara-cara menjawab soalan-soalan kertas UPSR. Nama-nama seperi Encik Zoshi bin Salam, guru pemeriksa kertas Matematik, Cik Normala Haji Udin dan Encik Patrick Hansam masing-masing mempunyai kepakaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita juga telah menjemput Encik Mohamad Faizal untuk membantu murid-murid dalam subjek Sains.

Pada tahun ini, JK Program Motivasi Tahun 6 dan Ceramah Keibubapaan membuat satu kejutan dengan menjemput mantan Pengetua SMK Simanggang dan SMK Sri Aman, Tuan Haji Ibrahim bin Jemain bagi mengisi slot ceramah motivasi dan ceramah keibubapaan. Kita masih ingat lagi betapa sebaknya pelajar kedua-dua buah sekolah menengah tersebut dengan kehilangan pengetua yang mereka sayangi kerana berpindah tempat bertugas. Masyarakat Sri Aman, terutama ibubapa pun terasa kehilangan beliau. Jawatankuasa percaya dengan pengalaman dan komitmen beliau, Tuan Haji Ibrahim dapat membakar semangat murid-murid dan ibubapa bagi meneruskan survival dalam bidang pendidikan. Maka pada 16 Julai 2012, jam 2.15 petang sengaja kita bawa Tuan Haji Ibrahim bin Jemain ke Dewan Suarah untuk memberi ceramah kepada murid-murid dan ibubapa.

Kepada guru, ibubapa dan murid-murid ambillah peluang keemasan ini dengan datang beramai-ramai kita menghadiri program tersebut.

Mesti Datang! 

Imbas kembali Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang

Thursday 12 July 2012

Tahniah! Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SK Abang Aing.




Tahniah kepada Yang Dipertua dan EXCO Persatuan Ibubapa Guru kerana telah dianugerahkan dengan "ANUGERAH PIBG CEMERLANG 2011", peringkat sekolah rendah Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman. Sesungguhnya memang banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak ahli-ahli, murid-murid dan seterusnya pihak pengurusan sekolah dalam memertabatkan SK Abang Aing. Selain daripada sokongan dari segi kewangan, PIBG, SK Abang Aing telah mengembelengkan usaha dalam merealisasikan impian warga sekolah - Menjadikan SK Abang Aing sekolah cemerlang di Sarawak.