Sila Klik

Monday 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN DITANGGUH SEMINGGU

Salam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Penangguhan tersebut berikutan banjir yang melanda seluruh negara ketika ini.

Antara kawasan yang dinaiki banjir di sekitar Manek Urai ketika tinjauan di sekitar Kelantan pada Khamis.
 Foto: BERNAMA
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat banjir akan mengambil masa untuk dipulihkan. Guru-guru, ibu bapa serta pelaja ryang terlibat memerlukan masa untuk membuat persiapan.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Beliau menambah, dengan penangguhan ini tarikh baru bagi permulaan sesi persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015. Manakala bagi negeri-negeri lain, termasuk Sabah dan Sarawak akan bermula pada 12 Januari 2015. Ekoran daripada penangguhan tersebut kebanyakan guru, ibu bapa dan pelajar menganggap tindakan tersebut adalah sangat wajar yang  dibuat oleh Kementerian Pendidikan semasa negara dilanda banjir.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira : 
  1. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
  2. Keadaan guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang menjadi mangsa banjir perlu mengambil masa untuk dipemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di negeri yang tidak terjejas kerana banjir telah merangka awal program-program pendidikan terutama sekali Mesyuarat Pengurusan 2015 dan Hari Pendaftaran Pelajar, tidak ketinggalan SK Abang Aing, Sri Aman. Program-program tersebut berjalan seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:
  1. Pendaftaran Pelajar - 30 Disember 2014 @ 8.30 pagi, bertempat di kelas masing-masing.
  2. Mesyuarat Pengurusan 2015 - 31 Disember 2014 @ 9.00 pagi berlangsung di Dewan Suarah, Sri Aman.
Semoga pemberitahuan ini dapat menjelaskan semua pertanyaan melalui telefon yang sekolah terima sepanjang hari ini.

Wednesday 24 December 2014

Merry Christmas - Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas

Salam.

Merry Chrismas kepada semua yang merayakan Perayaan Krismas yang akan disambut dengan perasaan yang teruja dan penuh gemilang esok. Terutama kepada warga SK Abang Aing yang beragama Kristian.

Tarikh 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama Kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama Kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kepercayaan orang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan Aiduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.



Kedatangan hari tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan dan disambut dengan perasaan yang teruja dan penuh gemilang. khasnya oleh masyarakat Kristian. Sambutan perayaan ini, yang juga dikenali sebagai Hari Natal disambut setiap tahun pada 25 Disember (esok - ketika entri ini ditulis) bagi mengingati kelahiran "Jesus". - sumber dari daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kata Christmas (Natal) bermaksud Mass Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran "Jesus". Perayaan yang disambut oleh setengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katholik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapat ajaran itu. Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaanj yang terkandung dalam ajaran Kristian Katholik Rom pada abad ke 4 ini berasal dari upacara adat masyarakat. - ensiklopedia bebas


Di negara kita Malaysia, sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut. Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang. - sumber Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.



Monday 22 December 2014

TAKWIM JANUARI 2015

Salam.
Cuti persekolahan hampir sampai ke penghujung, tak lama lagi sesi persekolahan 2015 akan menyingkap tabirnya. Guru, ibu bapa dan murid-murid akan kembali sibuk. Semua cukup teruja untuk meraikan kedatangan tahun 2015 dengan segala perancangan dan impian. Semua berharap agar tahun 2015 lebih menyerlah kejayaan daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pihak sekolah seperti biasa telah merancang awal-awal semua program kecemerlangan dan pengisiannya, seawal semenjak Cuti Akhir Tahun bermula, 21 November 2014 yang lalu. Sebagai pelengkap semua perancangan, Takwim Sekolah digubal sekemas yang mungkin agar semua aktiviti berjalan lancar dan sempurna. Untuk makluman dan tindakan awal semua pihak, di bawah adalah takwim bagi bulan Januari 2015. 



Keterujaan dan harapan  ibu bapa terhadap anak pada hari pertama persekolahan.



Wednesday 15 October 2014

Takwim Persekolahan Tahun 2015

Salam.
Sesi persekolahan 2014 telah hampir sampai ke penghujungnya, cuma tinggal beberapa minggu lagi. Semua pihak sibuk merancang aktiviti masing-masing. Pentadbir sekolah merancang aktiviti untuk tahun berikutnya, ibu bapa pula sedang mencari tarikh-tarikh yang sesuai untuk membawa anak-anak bercuti manakala guru-guru; ada yang merancang untuk mengerjakan umrah, yang masih bujang tengah sibuk mencari tarikh yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga dan tak kurang pulak yang berjauhan dengan keluarga tengah meninjau tiket-tiket penerbangan yang murah. Maka, diharapkan takwim yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat membantu.

Kumpulan A :
Sekolah-sekolah yang bersekolah pada hari Ahad : Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu


Kumpuan B:
Sekolah-sekolah yang bersekolah pada hari Isnin : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.




Juga disertakan senarai cuti yang akan dinikmati sepanjang tahun depan bagi negeri-negeri di Malaysia. Diharapkan ia juga memberi menafaat yang berguna kepada perancang-perancang yang berhajat untuk tidak mensia-sia masa berharga mereka.


Selamat merancang dan maju jaya untuk tahun 2015.

Tuesday 7 October 2014

UPSR ULANGAN KERTAS 1 MATEMATIK - Oktober 9, Khamis

Salam.
Oktober 9, 2014 (Khamis) iaitu lusa, sekali lagi calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan menghadapi Ujian Ulangan untuk Kertas 1, Matematik (015/1, 025/1 & 035/1). Ini disebabkan insiden kebocoran kertas UPSR pada tahun ini. Baca di sini dan disini.



Ini adalah Ujian Ulangan yang kedua bagi mereka (calon-calon UPSR), kali pertama pada 30 September 2014 yang lalu untuk Kertas Sains (018, 028 & 038) dan Kertas Bahasa Inggeris (014/1 & 014/2). Pada 9 Oktober nanti, di samping Kertas 1 Matematik akan diadakan juga Ujian Ulangan untuk Kertas Bahasa Tamil (036 & 037).


Sebagai panduan pada saat akhir, elok rasanya dihuraikan struktur Kertas 1 Matematik dan tip-tip yang berguna untuk calon-calon UPSR. Perlu diingatkan bahawa apa yang dihuraikan di sini hanyalah untuk panduan tambahan sahaja,

Umum mengetahui bahawa kertas ini (Matematik Kertas 1) mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan. Soalannya boleh diketegorikan kepada dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah. Bentuk persamaan yang membabitkan nombor dan simbol matematik melibatkan lapan hingga sepuluh soalan. Soalan jenis ini dianggap mudah tetapi calon-calon dinasihatkan berhati-hati ketika membuat kerja-kerja pengiraan. Perkara-perkara berikut harus diambil perhatian:
  • meletak nombor pada nilai tempat yang betul
  • menentukan titik perpuluhan 
  • membuat pertukaran unit dengan tepat
  • melakukan pengumpulan semula
  • mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya kaedah BODMAS (lihat dan rujuk 'image' di bawah.










BODMAS =
B - brackets first
O - Order (ie Powers and Square Roots, etc)
DM - Division and Multiplication (left-to-right)
AS - Addition and Subtraction (left-to-right)

Dalam lingkungan 30 soalan yang saeterusnya adalah jenis penyelesaian masalah yang akan dikemukakan dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar. Calon-calon UPSR dinasihatkan membaca soalan SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI. Kenalpasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu mklumat. Gariskan maklumat penting itu. 

Calon-calon juga perlu mengecam KATA KUNCI dalam soalan, contohnya BAKINYA, YANG TINGGAL, DIBERIKAN SAMA BANYAK, SIMPANAN, UNTUNG, RUGI, DISKAUN dan sebagainya. Yang paling penting "apakah kehendak soalan". Persoalan inilah yang perlu calon-calon jawab. 

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.  Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir. Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi). Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan. Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu. Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan. 

Antara kelemahan yang sering dilakukan oleh calon-calon UPSR adalah:
  1. Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri
  2. Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan
  3. Terlalu cepat membaca hingga tertinggal maklumat
  4. Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan
  5. Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula
  6. Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan
  7. Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan  atau ayat yang digunakan

Selamat menduduki UJIAN ULANGAN, putera-puteri SK Abang Aing.

Thursday 2 October 2014

Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 1, Sekolah Berasrama Penuh KPM 2015

Salam.
Merujuk kepada Pemberitahuan yang diterbitkan oleh Bahagian Sumber Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 September 2014 permohonan secara online ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai dibuka pada 1-30 Oktober 2014. Calon-calon UPSR 2014 boleh melayari laman web KPM di www.moe.gov.my di ruang Aplikasi Berkala untuk keterangan lanjut.

Pemberitahuan permohonan online ke SBP 2015

Malah melalui aplikasi tersebut, pemohon boleh membaca dan seterusnya mencetak Panduan Permohonan sebelum mengisi permohonan secara dalam talian. Pemohon dinasihatkan mengisi borang permohonan dengan bimbingan ibubapa atau penjaga atau guru. Pengenalan diri pemohon untuk mengisi borang adalah ANGKA GILIRAN seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran UPSR 2014.


Maklumat-maklumat berikut akan dipaparkan setelah pemohon berjaya log-in menggunakan Angka Giliran UPSR.

  1. NAMA CALON
  2. ANGKA GILIRAN
  3. NO. SIJIL LAHIR
  4. JANTINA
  5. KOD DAN NAMA SEKOLAH
Di samping maklumat peribadi pemohon, maklumat-maklumat tentang ibu dan bapa juga perlu diisi semasa mengisi borang secara online. Justeru itu, maklumat-maklumat ibubapa seperti berikut perlu disediakan terlebih dahulu.
  1. No MYKAD
  2. Pekerjaan
  3. Sektor Perkhidmatan
  4. Pendapatan Bulanan dan 
  5. Bilangan Tanggungan
Maklumat kepimpinan pemohon di dalam Kegiatan Ko-kurikulum iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Pasukan Pakaian Seragam perlu disi dalam Borang Permohonan. Pilih satu pencapaian yang tertinggi dalam setiap komponen Ko-kurikulum.

Pemohon dinasihatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan BETUL dan Tepat. Kesilapan mengisi Borang Permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN. Walau bagaimanapun, PENGEMASKINIAN boleh dilakukan sehingga Tarikh Tutup Permohonan iaitu 30 Oktober 2014. 

Selamat mencuba.

Monday 29 September 2014

UPSR ULANGAN UNTUK KERTAS SAINS DAN BAHASA INGGERIS

Salam.
Isu kertas soalan bocor yang melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, telah menggemparkan seluruh negara. Semua orang marah, geram dan kecewa dari pemandu kereta sewa sehinggalah kepada ahli-ahli parlimen. Golongan guru dan ibubapa paling terasa, itu belum termasuk calon-calon UPSR sendiri yang merasakan usaha selama 9 bulan sepanjang tahun ini dianggap seolah sia-sia saja. 

Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 merupakan yang terawal didapati bocor pada 10 September 2014 sehari selepas itu kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 telah diisytiharkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kemudian pada 21 September yang lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Matematik. Laporan itu difahamkan telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ekoran daripada insiden-insiden kebocoran tersebut, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menjadualkan semula kertas-kertas yang didapat bocor seperti berikut:
  • 30 September 2014
  1. Kertas Sains 108, 028 dan 038
  2. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2
  • 9 Oktober 2014
  1. Kertas Matematik 015/1, 025/1 dan 035/1
  2. Kertas Bahasa Tamil 036 dan 037


Walaupun pada terasa juga bahangnya akibat kebocoran kertas soalan UPSR 2014, namun calon-calon UPSR 2014, SK Abang Aing tabah dan telah mengambil langkah-langkah positif. Berbagai program telah dijalankan sejak dari awal cuti sehingga 29 September 2014 untuk menghadapai UPSR ULANGAN esok, 30 September 2014 dan pada 9 Oktober 2014.


Wednesday 10 September 2014

KERTAS SAINS UPSR 2014 BOCOR!

Salam.
Berita yang agak mengecewakan "KERTAS SAINS UPSR BOCOR". Geram! Kecewa! Semuanya berbaur terutama sekali kepada 472,853 orang calon-calon UPSR di 8,299 di Pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kenyataan Akhbar Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM)
Menurut pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), kertas soalan Sains 018, 028 dan 038 telah didapati bocor melaluilaman sosial. Ia tersebar dengan meluas dan telah mendapat perhatian pihak LPM untuk menjalankan siasatan. 

Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan esok, 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. tarikh baru adalah pada 30 September 2014.

THE STAR ONLINE melapor perkara yang sama.
Sengaja saya war-warkan perkara ini agar supaya ibubapa dan terutamanya calon-calon UPSR 2014 yang terbabit mengetahui perubahan tarikh peperiksaan baru bagi kertas Sains 018, 028 dan 038. Walaupun ada pihak yang terkilan dan terkejut dengan perkara ini, kita sangat-sangat berharap agar siasatan terperinci dijalankan.

BH ONLINE 

Sama-samalah kita berdoa, agar ketabahan dan keyakinan yang tinggi pada 472,853 orang calon UPSR 2014 dapat dikekalkan sehingga tarikh baru kertas Sains diduduki. Anggaplah apa yang terjadi sebagai cabaran tambahan untuk lulus cemerlang dalam UPSR 2014.

Utusan ONLINE





Monday 8 September 2014

Persediaan Saat-saat Akhir Untuk Peperiksaan - Bahagian 2





Salam.
Dalam entri yang sebelumnya, saya telah senaraikan langkah-langkah yang perlu di buat bila hari pertama peperiksaan, bermula dari bangun tidur sehingga bersalaman dengan ibubapa sebelum meninggalkan rumah. Kali ini 
saya nak berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berada di Dewan Peperiksaan.


1. Duduk dengan tenang dan tarik nafas dan bertawakal. Yakinlah apa yang telah diusahakan selama ini.

2. Baca doa berikut:

Doa Apabila Terlupa

سُبْØ­َانَ Ù…َÙ†ْ لا ÙŠَÙ†َامُ ÙˆَلايَسْÙ‡ُÙˆ آللهُÙ…َّ Ø°ِÙƒِّرْÙ†ِÙ‰ Ù…َانَسِÙŠْتُ

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa."

3. Sebelum buka kertas peperiksaan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula menjawab.


4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang terlupa, jangan gugup. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, insyallah boleh ingat semuanya. 

Selamat berjaya calon-calon UPSR 2014, SK Abang Aing. Kecemerlangan milik kita selamanya.




Persediaan Saat-saat Akhir Untuk Peperiksaan - Bahagian 1





Salam.
Saban tahun kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik terutama sekali bila melibatkan persaingan dengan rakan-rakan. Musim sekarang adalah musim peperiksaan, dimulakan dengan UPSR 2014 yang bermula pada 9 September akan disusuli dengan SPM dan STPM.

Sertiap kali musim peperiksaan tiba, guru dan ibubapalah yang akan mengalami debaran yang cukup hebat. Seolah-olah mereka yang akan bertarung di Dewan Peperiksaan. Keperihatinan ini disebabkan kita sebagai guru dan ibubapa hendak yang terbaik untuk anak dan murid-murid kita. Biarlah keputusan peperiksaan mereka mencermin usaha gigih yang telah dilakukan.


Untuk calon-calon UPSR 2014, saya nak berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila pada hari pertama peperiksaan.

1. Bangun awal.
2. Solat tahajud, subuh dan solat hajat.



3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat, cukup sekadar tidak
   merasa lapar.
5. Pastikan segala keperluan alat tulis peperiksaan dibawa bersama.
6. Sebelum bersalam dengan ibubapa lakukan perkara-perkara berikut:

Baca surah Al-Fatihah - 3 kali





Takbir - 7 kali




Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW - 3 kali





7. Salam, cium tangan ibubapa dan mohon maaf.
8. Mulakan dengan langkah kanan bila keluar dari rumah.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. 




Majlis memohon Restu 2014.


- akan bersambung malam ini

Friday 5 September 2014

MEREKA CALON UPSR 2014 DAN MEREKA BOLEH.........

Salam.
Memandangkan tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semakin dekat, maka semakin terujalah calon-calon UPSR untuk mengharungi detik-detik penting tersebut. Mereka tidak sabar-sabar, menguji diri sendiri dengan menghadapi UPSR yang sebenar. Kalau boleh UPSR diadakan pada esok hari.

Dayang Arina Dania bt Awang Petra
 - pencapaian terbaik - 4A1B
Nur Syakirin bt Azhar
 - pencapaian terbaik  3A2B
Fahmy Hakimi bin Anizan
- pencapaian terbaik 4A1C
Nisryina Aleeya bt Mohd Nazri
- pencapaian terbaik 4A1C
Dayang Fizzatun Nisa bt Abdullah
- pencapaian terbaik 3A2B
Muhammad Aliff bin Julaihi
 - pencapaian terbaik 3A2B.
Dayang Nur Azlin bt Awang Sulaiman
 - pencapaian terbaik 2A3B

Dayang Fatin Nasuha bt Awang Bujang
- pencapaian terbaik 2A3B
Nazirah bt Yusuf
- pencapaian terbaik 2A3B
Al Aiman Lee bin Bina
 - pencapaian terbaik 1A4B
Muhammad Hanif bin Suhaimi
 - pencapaian terbaik 3A2C
Ammar Ashraf bin Abdul Rahman
 - pencapaian terbaik 2A2B1C
Annas Avira bin Hasanal Bolkiah
 - pencapaian terbaik 2A1B2C
Mohamad Azri bin Tasan
- pencapaian terbaik 1A4B
Raihan ul-Firdaus bin Osman
 - pencapaian terbaik 4B1C
Nurfarhain bt Mamat - pencapaian terbaik 2B3C
Muhd Nurhakim bin Merzuki
 - pencapaian terbaik 2B3C
Mohamad Hasif Nazmi bin Zol Haini
- pencapaian terbaik 1B4C
Nur Athirah bt Ahmad Daud
 - pencapaian terbaik 5C
Awang Muhazzad bin Awang Effendi
 - pencapaian terbaik 5C
Nurul Irfaninzuddin Akmal bin Nurul Alim
- pencapaian terbaik 5C
Walaupun mereka belum berkesempatan memperolehi Gred 5A (gred A untuk semua mata pelajaran) dalam penilaian di peringkat sekolah namun dijangkakan mereka akan memperolehi keputusan yang lebih cemerlang dalam UPSR sebenar. Perkara ini disebabkan oleh 2 fakor: pertama - aras penilaian di peringkat sekolah adalah lebih tinggi dan kedua - markah untuk mendapatkan gred B dan gred B adalah lebih tinggi dari UPSR sebenarnya.