Sila Klik

Tuesday 7 October 2014

UPSR ULANGAN KERTAS 1 MATEMATIK - Oktober 9, Khamis

Salam.
Oktober 9, 2014 (Khamis) iaitu lusa, sekali lagi calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan menghadapi Ujian Ulangan untuk Kertas 1, Matematik (015/1, 025/1 & 035/1). Ini disebabkan insiden kebocoran kertas UPSR pada tahun ini. Baca di sini dan disini.



Ini adalah Ujian Ulangan yang kedua bagi mereka (calon-calon UPSR), kali pertama pada 30 September 2014 yang lalu untuk Kertas Sains (018, 028 & 038) dan Kertas Bahasa Inggeris (014/1 & 014/2). Pada 9 Oktober nanti, di samping Kertas 1 Matematik akan diadakan juga Ujian Ulangan untuk Kertas Bahasa Tamil (036 & 037).


Sebagai panduan pada saat akhir, elok rasanya dihuraikan struktur Kertas 1 Matematik dan tip-tip yang berguna untuk calon-calon UPSR. Perlu diingatkan bahawa apa yang dihuraikan di sini hanyalah untuk panduan tambahan sahaja,

Umum mengetahui bahawa kertas ini (Matematik Kertas 1) mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan. Soalannya boleh diketegorikan kepada dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah. Bentuk persamaan yang membabitkan nombor dan simbol matematik melibatkan lapan hingga sepuluh soalan. Soalan jenis ini dianggap mudah tetapi calon-calon dinasihatkan berhati-hati ketika membuat kerja-kerja pengiraan. Perkara-perkara berikut harus diambil perhatian:
  • meletak nombor pada nilai tempat yang betul
  • menentukan titik perpuluhan 
  • membuat pertukaran unit dengan tepat
  • melakukan pengumpulan semula
  • mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya kaedah BODMAS (lihat dan rujuk 'image' di bawah.










BODMAS =
B - brackets first
O - Order (ie Powers and Square Roots, etc)
DM - Division and Multiplication (left-to-right)
AS - Addition and Subtraction (left-to-right)

Dalam lingkungan 30 soalan yang saeterusnya adalah jenis penyelesaian masalah yang akan dikemukakan dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar. Calon-calon UPSR dinasihatkan membaca soalan SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI. Kenalpasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu mklumat. Gariskan maklumat penting itu. 

Calon-calon juga perlu mengecam KATA KUNCI dalam soalan, contohnya BAKINYA, YANG TINGGAL, DIBERIKAN SAMA BANYAK, SIMPANAN, UNTUNG, RUGI, DISKAUN dan sebagainya. Yang paling penting "apakah kehendak soalan". Persoalan inilah yang perlu calon-calon jawab. 

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.  Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir. Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi). Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan. Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu. Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan. 

Antara kelemahan yang sering dilakukan oleh calon-calon UPSR adalah:
  1. Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri
  2. Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan
  3. Terlalu cepat membaca hingga tertinggal maklumat
  4. Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan
  5. Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula
  6. Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan
  7. Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan  atau ayat yang digunakan

Selamat menduduki UJIAN ULANGAN, putera-puteri SK Abang Aing.

No comments: