Sila Klik

Saturday 23 August 2014

TAHNIAH! Adelia Shania, Aqeelah, Aiman, Ismanazreen, Nur'ain, Mas Azmina, Farahiyah dan Deborah. Anda semua HEBAT!

Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
  • Adelia Shania Anak Augustine Lubon
  • Aqeelah binti Azhar
  • Aiman bin Haron
  • Mohammad Ismanazreen bin Iman
  • Nur'ain Safrina binti Rosli
  • Mas Azmina binti Masli
  • Farahiyah Hani binti Johan
  • Deborah Ahira Anak Harry
Adelia Shania
Mereka adalah calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam siri penilaian yang telah diadakan. Mendapat keputusan cemerlang 5A (gred A bagi setiap kertas) dalam Penilaian Sekolah merupakan satu petanda yang baik bahawa mereka akan mendapat keputusan yang sama dalam UPSR sebenar.

Aqeelah Azhar
Lazimnya, seperti pada tahun-tahun yang lepas, aras soalan yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah lebih tinggi daripada soalan UPSR yang sebenar sebenar. Maka kita berasa optimis, mereka boleh melakukan perkara yang sama pada 9, 10 dan 11 September 2014 nanti.

Aiman Haron
Lagipun ada di antara mereka yang telah acap kali memperolehi keputusan 5A, bukan sekali atau dua kali. Lebih-lebih lagi bagi Adelia ShaniaMohammad IsmanazreenAqeelah AzaharFarahiyah Hani dan beberapa nama lain. Kecemerlangan memang milik mereka.

Deborah Ahira
Farahiyah Hani
Kejayaan yang mereka perolehi setakat ini bukan 'yang pipih datang melayang atau yang bulat datang bergolek' tetapi hasil daripada kesungguhan mereka sendiri. Komitmen guru dan keprihatinan ibu bapa adalah resepi yang menyumbang kepada kejayaan mereka. Mereka begitu gigih menghadiri setiap program anjuran sekolah dan sentiasa akur dengan nasihat dan tunjuk ajar guru. Kesimpulannya, mereka sentiasa fokus dengan tujuan mereka datang ke sekolah.

Mohammad Ismanazreen

Mas Azmina
Hendaknya, kesungguhan, kegigihan dan didiplin belajar mereka boleh dicontohi oleh rakan-rakan yang lain. Jadilah insan yang cemerlang sementara masih di sekolah rendah yang akan dibawa sebagai bekal bila mengharungi alam persekolahan sekolah menengah yang lebih mencabar. Ingatlah UPSR adalah 'starting point' untuk cemerlang dalam pendidikan. Semoga berjaya dalam UPSR. Amin.


Friday 22 August 2014

PRESTASI TERKINI CALON-CALON UPSR 2014

Salam.
Tahniah kepada peneraju-peneraju (guru-guru) Tahun 6 2014 kerana telah berjaya membimbing calon-calon UPSR sepanjang Gerak Gempur UPSR. Sepanjang program yang telah dimulakan sejak awal Julai sehingga 8 September nanti, 6 kali penilaian mirip format UPSR telah dijalankan sehingga kini, hasilnya agak memberangsangkan.

Program Ceramah Motivasi.

Program Gerak Gempur UPSR 2014, yang telah diadakan dalam 2 Fasa merangkumi beberapa komponen yang terdiri daripada;
  • Bengkel / Workshop UPSR
  • Ceramah Motivasi
  • Ceramah keibubapaan (Parenting)
  • Seminar Mata Pelajaran
  • Program Mentor-mentee
  • Program Rakan Sebaya
  • Majlis Pemaufakatan Dengan Waris
  • Solat Hajat
  • Majlis Memohon Restu
Kesungguhan mengikuti ceramah
Impak daripada program-program di atas adalah sangat baik. Kesedaran calon-calon UPSR untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang sangat tinggi. Keperihatinan ibu bapa terhadap prestasi anak-anak mereka dapat dipertingkatkan. Buktinya, dengan keputusan penilaian yang yang telah diadakan, hampir-hampir mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Majlis Akujanji.
Tetamu Kehormat Majlis Akujanji 2014
Penilaian terkini yang telah diadakan sepanjang minggu ketiga Ogos, menunjukkan peratus calon lulus semua mata pelajaran kelulusan meningkat kepada 82.24% iaitu seramai 88 orang (sasaran UPSR 2014), sementara Gred Purata Sekolah mengecil kepada 2.16 mata. Berikut adalah keputusan penilaian tersebut mengikut peratus lulus dan gred purata mata pelajaran (GPMP) untuk semua subjek.




Kejayaan Milik Kita

Monday 18 August 2014

Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Salam.
Berikut adalah jadual waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2014 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh ujian ialah 9, 10 dan 11 September 2014, iaitu selama 3 hari.





Bersedia untuk keputusan 'cemerlang' UPSR 2014