Sila Klik

Saturday 3 November 2012

Lawatan Sambil Belajar - Kampung Budaya Sarawak.

Salam.
Hari terakhir, dipenuhi dengan menjejaki keunikan budaya dan adat resam masyarakat Sarawak di Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village). Kampung Budaya Sarawak yang telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1990, dibangunakan di atas kawasan seluas 14 ekar. Diharapkan destinasi pada hari terakhir lawatan ini mampu memberikan pengalaman terindah kepada rombongan yang mahu merasakan sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat pelbagai entik di Sarawak.









Add caption










Setelah puas menikmati persembahan kebudayaan yang merangkumi pelbagai etnik dan menjenguk rumah-rumah tradisi masyarakat pribumi Sarawak, ahli rombongan pun mnikmati makan tengahari di Kampung Budaya sarawak.

Antara juadah yang disajikan.
Juadah disaji mengikut amalan masyarakat pribumi Sarawak.




Lastly, dalam perjalanan pulang ke Sri Aman, rombongan Lawatan Sambil Belajar SK Abang Aing telah singgah di pusat membeli-belah Boulevard. Apa lagi belanja sakanlah mereka. Sampai ada yang menjinjing 5 beg plastik. Nasib baik muatan bas masih belum terisi semua.
   
                                       



- gambar dengan ikhsan Wan Nur Izzati

Lawatan Sambil Belajar - Makan Malam Bersama YB Hajah Simoi bt Peri, ADUN N. 23 LINGGA

Alhamdudillah.
Setelah sehari suntuk menghabiskan jadual lawatan ke Sekolah Seni aka Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg dan Kompleks Dewan Undangan Sarawak serta jalan-jalan keliling bandaraya Kuching, pada sebelah malamnya, rombongan menerima undangan Makan Malam dari Yang Berhormat Hajah Simoi bt Haji Peri. 

Sambil makan-makan, sempat juak bergambar
YB Hajah Simoi, duduk diapit oleh Cik Khamsiah dan Cik Wan Nur Izzati
Suami YB Hajah Simoi, mantan Pengetua SMK Engkelili.
Majlis Makan Malam bertempat di Taman Sukma, Kuching. 
Murid-murid kegembiraan berkesempatan makan bersama YB

Burung merpati terbang meninggi

Singgah sebentar di pohon nangka

Sungguh tinggi budimu YB
Sepanjang hayat dikenang jua.
-gambar sumbangan Wan Nur Izzati

Friday 2 November 2012

Lawatan Sambil Belajar - Sekolah Seni dan Dewan Undangan Negeri

Salam.
Masuk ke hari kedua, semakin ceria pada wajah peserta rombongan. Agaknya, pada malam tadi semua dah tidur lena ataupun ada yang tak dapat tidur memikirkan keseronokan yang bakal dialami pada keesokan harinya. Walau apa pun, sarapan perlu ada untuk menambah tenaga bagi menghadapi jadual yang padat.

Bersarapan untuk bekalan tenaga menghadapi jadual yang padat
Menjamu sarapan di Lakeside Cafe & Restaurant

Sebaik sahaja selesai bersarapan, rombongan pun bertolak menuju ke destinasi pertama, iaitu Sekolah Seni Sarawak aka Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg. Di sana nanti peserta rombongan bakal bertemu dengan beberapa orang teman lama mereka yang menuntut di sana, iaitu bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Abang Aing seperti Sazalies Brothers.


Setiba di Sekolah Seni, sambutan bertaraf 5 bintang telah diberikan oleh pengetua, guru-guru dan pelajar sekolah. Rombongan telah dihiburkan dengan berbagai persembahan seni yang menghiburkan. Bertepatan dengan status mereka sebagai pelajar seni, mutu persembahan dan bakat yang ditonjolkan memang menyerlah.







Dirasakan kunjungan ke Sekolah Seni, sangat memberi makna kepada lawatan kali ini. Peserta rombongan terutamanya pelajar telah mendapat suntikan motivasi untuk lebih berjaya dalam alam persekolahan mereka. Tidak kira apa pun minat mereka, kalau dipupuk dan disubur dengan kesungguhan akan berjaya juga akhirnya. Lihat saja, The Sazalies Brothers.



Salah seorang penari Sekolah Seni
Sesi randau bersama Pengetua, Sekolah Seni
Ketua Rombongan merakam ucapan terima kasih kepada tuan rumah
Tuan rumah membalas ucapan.

Bergambar beramai-ramai sebagai ikatan silatulrahim.
Sebelum menamatkan lawatan ke Sekolah Seni, kedua-dua belah pihak tetamu dan tuian rumah telah bertukar cenderamata sambil masing-masing melafazkan ucapan penghargaan. Terima kasih daun keladi, tahun depan berjumpa lagi.


Destinasi seterusnya adalah Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kompleks DUN Sarawak telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 2009 oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bentuk bumbung yang merupa payung adalah ikonik bagi negeri Sarawak.


Selepas meneroka segenap bahagian dipimpin oleh petugas Kompleks Dewan Undangan Negeri, peserta rombongan dihidangkan dengan jamuan. Makan lagi. Maka sesi bergambar pun bermula. Tak sah lawatan kalau tak ambil gambar, maksudnya di luar dewan.


Nang sik melepas peluang.

Menikmati jamuan.
Terima kasih Dewan Undangan Negeri Sarawak. Insyallah, SK Abang Aing akan berkunjung lagi.

- semua gambar sumbangan Wan Nur Izzati




Lawatan Sambil Belajar - Astana Negeri Sarawak dan Markas TUDM

Alhamdudillah.
Jadual lawatan hari pertama agak padat, memenatkan tetapi seronok sangat. Seperti yang dijadualkan, lawatan ke Astana Negeri tepat jam 9.30 pagi telah disambut dengan meriah. Peserta rombongan telah mendapat layanan VIP oleh pegawai-pegawai dan petugas Astana Negeri. Rombongan telah diberi taklimat dan dibawa melawat tempat-tempat yang menarik. Sebelum menamatkan lawatan ke tempat yang berprestij itu, rombongan telah dijamu dengan jamuan ringan.


Menikmati jamuan yang disediakan.

Bergambar di ruang lobi Astana Negeri
Memasuki hanger TUDM
Kepenatan dalam perjalanan Sri Aman - Kuching yang mengambil masa lebih 3 jam, tidak melemahkan semangat peserta rombongan untuk meneruskan jadual lawatan. Destinasi yang seterusnya, markas atau pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sebahagian peserta rombongan agak terpegun melihat pesawat-pesawat yang terdapat di situ. Malah ada di antara mereka mengambil kesempatan bergambar di depan dan di dalam pesawat sebagai kenang-kenangan.

Ewah...ambik peluang sungguh.
Waduh. Waduh. Boleh terbangin Buk.
Nie, kenak tukar profession nie.
Takkan bergayut begitu pak?. Gawat ya?
Bermacam-macam pesawat yang tak penah dilihat terdapat di situ.
Model ke juruterbang?
Rombongan hanya dapat sampai ke tempat penginapan di Sinar Serapi Eco Theme Park Resort pada lewat petang setelah sepanjang hari melengkapkan jadual lawatan. Nampak tanda kepuasan pada wajah semua peserta rombongan, agak-agaknya malam ini tidur lenalah mereka. Perlu kumpulkan tenaga untuk acara hari kedua, yang lebih menyeronokkan.

Kepenatan tapi happy je.

Memasuki perkarangan Sinar Serapi Eco Theme Park Resort.
Tak puas-puas berposting. Dah sampai pun berposting lagi.